Orientasi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 Terdapat Pelbagai teori dikemukakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah ;


  • Teori yang mengaitkan tingkah laku kanak-kanak dengan pengaruh persekitaran mereka yang digelar behaviorisme atau environmentalisme.
  • Teori yang berkaitan dengan pembelajaran sosial yang dikenali dengan teori pembelajaran sosial.
  • Teori yang berfokus kepada kematangan yang dikenali dengan maturationisme.
  • Teori yang berkait dengan kanak-kanak membina konsep berdasarkan penerokaan kendiri yang dikenali dengan konstruktivisme

Orientasi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak



Teori Behavioris/Environmentalis


Di antara ahli falsafah yang memegang aliran ini ialah John Locke, Edward Thorndike, dan B.F. Skinner. John Locke memandang kanak-kanak sebagai tabula rasa. Tabula rasa dimaksudkan sebagai blank state upon which a variety of experiences could be imposed to create quite different sorts of development. Ini bermakna kanak-kanak diibaratkan seperti kertas putih yang tidak mempunyai sebarang corak. Persekitaran akan menentukan corak dan perkembangan kanak-kanak. Oleh sebab itu persekitaran kanak-kanak perlu disusun dengan baik supaya dapat mendatangkan hasil yang dikehendaki.


Teori behaviorisme menekankan bagaimana persekitaran mempengaruhi sesetengah tingkah laku kanak-kanak. Ahli behaviorisme telah membuat penyelidikan dan mendapati peristiwa-peristiwa sebelum dan selepas sesuatu tingkah laku boleh menambahkan atau mengurangkan tingkah laku tersebut. Matlamat mereka ialah untuk menggalakkan tingkah laku yang dikehendaki dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.


Behavioris tidak begitu mementingkan konsep kendiri, corak-corak kematangan fizikal atau proses pemikiran dalaman. Behaviorisme tidak menganggap penting bagaimana kanak-kanak merasa (how a child feels) atau bagaimana mereka melihat alam ini. Yang penting kepada mereka ialah tingkah laku yang dapat diperhatikan. Pandangan mereka ini diasaskan kepada kejayaan Skinner dalam mengubah tingkah laku haiwan dan manusia berdasarkan teknik pengurusan tingkah laku.


Dalam melaksanakan teknik ini kajian hanya memerlukan pengetahuan tentang ;

1. Apakah ganjaran atau pengukuhan
2. Bagaimanakah membina jadual pengukuhan secara sistematik mengikut prinsip-prinsip yang impirikal.


Oleh kerana topik ini agak panjang untuk dihuraikan, maka aku akan bincangkan topik ini pada entri seterusnya. Semoga perkongsian yang aku ambil dan rujuk dari Pensyarah aku ketika mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Malaya iaitu Dr. Azizah Lebai Nordin memberi manfaat buat semua.


Post a Comment

0 Comments