Sekatan Rentas Negeri Akan Dibuka Pada Isnin 11 Oktober 2021

Berita gembira buat rakyat Malaysia di mana pada harini pengumuman sekatan rentas negeri akan dibuka bermula esok, 11 Oktober 2021. Ini berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah PICK telah pun mencapai sasaran 90%.


Sekatan Rentas Negeri Akan Dibuka Pada Isnin 11 Oktober 2021

Pengumuman ini telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Pengumuman ini juga membawa berita gembira dimana bukan hanya setakat merentas negeri dibenarkan malah untuk ke luar negara turut dibenarkan.


Sekatan Rentas Negeri Akan Dibuka Pada Isnin 11 Oktober 2021



Namun begitu, hanya mereka yang telah lengkap 2 vaksin sahaja dibenarkan. Manakala bagi mereka yang belum lengkap ataupun yang langsung tiada vaksin sekali-kali tidak dibenarkan. Semoga berita gembira ini dapat melenyapkan kedukaan seluruh rakyat Malaysia yang telah lama berkurung akibat wabak merbahaya COVID-19.


Berikut adalah syarat rentas negeri ;


1. Lengkap 2 dos vaksin

2. Tidak termasuk ke kawasan PKPD


Polis akan membuat semakan secara rawak walaupun tiada sekatan jalan raya. Aktiviti pelancongan di mana-mana negeri dibenarkan. My Travel Pass akan dimansuhkan untuk rakyat yang ingin ke luar negara termasuk aktiviti pelancongan.


Apa pun, semoga kita kekal mematuhi SOP dan jaga penjarakan fizikal. Kita tetap perlu #KitaJagaKita. Jangan berebut nak balik kampung ye..hehe..


Sekatan Rentas Negeri Akan Dibuka Pada Isnin 11 Oktober 2021
Gambar kredit : Arif San




Post a Comment

1 Comments

  1. Seronok macam esok hari raya hahahaha.. mudah-mudahan memasing jujur dan patih SOP kan Min.. takut plak kang kes naik, kita berdepan lagi dengan segala huruf 'P' huhuhu...

    ReplyDelete