Squid Game Kisah Buat Mereka Yang Terdesak

Tengah trending sekarang di Netfilx sebuah drama bertajuk Squid Game. Squid Game (Korea: 오징어 게임; sebutan: Ojingeo Geim) adalah siri televisyen drama survival Korea Selatan yang ditulis dan diarahkan oleh Hwang Dong-hyuk. Siri sembilan episod itu, yang dibintangi oleh Lee Jung-jae, Park Hae-soo dan Wi Ha-joon, menceritakan kisah sekumpulan orang yang mempertaruhkan nyawa mereka dalam permainan bertahan misteri dengan hadiah berbilion Won . Ia dilancarkan di seluruh dunia pada 17 September 2021 oleh Netflix.


Dibintangi oleh Lee Jung Jae sebagai Seong Gi Hun, Park Hae Soo sebagai Choo Sang Woo, Wi Ha Joon sebagai Hwang Jun Ho, Jung Ho Yeon sebagai Kang Sae Byeok dan ramai lagi. Malah di episod 1, Gong Yoo yang terkenal dengan watak  Goblin muncul sebagai watak undangan menjadi jurujual yang menawarkan permainan misteri tersebut kepada bapa yang terdesak mendapatkan duit.


Squid Game Kisah Buat Mereka Yang Terdesak


Squid Game Kisah Buat Mereka Yang Terdesak


Melalui drama ini, kisah manusia terdesak untuk mendapatkan sejumlah wang untuk hidup diketengahkan. Dikalangan mereka yang bersetuju untuk menyertai permainan ini adalah dikalangan mereka yang kaki judi, yang mempunyai hutang menimbun dan banyak lagi masalah yang melibatkan wang. Namun mereka tidak tahu bahawa maut menanti mereka.



Untuk artikel kali ini aku bukanlah ingin mengulas tentang siri yang tengah popular di seluruh dunia sekarang kerana mengulas filem atau drama bukan kepakaran aku. Aku hanya ingin mengaitkan drama ini dengan realiti kehidupan kita sebagai manusia.



Benar! mereka yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja apatah lagi apabila ia melibatkan sejumlah wang yang besar. Sesungguhnya manusia mudah rambang mata dan tergoda dengan duniawi. Dan hakikatnya wang adalah salah satu godaan duniawi diikuti oleh kehendak nafsu. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya nafsu itu akan mendorong kepada kejahatan melainkan nafsu yang diberi rahmat oleh Allah SWT." (Surah Yusuf, ayat 53).


Squid Game Kisah Buat Mereka Yang Terdesak


Ketika Rasulullah SAW dan sahabat balik dari peperangan Badar, Rasulullah SAW bersabda: "Sebenarnya kita baharu balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar." Sahabat bertanya: "Apakah peperangan yang maha besar itu ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Perang melawan nafsu." (Hadis Riwayat Baihaqi).


Perjuangan menentang hawa nafsu dianggap suatu pengorbanan yang amat dihormati dan menjurus kepada jalan yang sebenar. Allah SWT menjelaskan dalam firman-Nya: "Mereka yang berjuang ke jalan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan jalan Kami. Sesungguhnya Tuhan berserta dengan orang yang berbuat baik." (Surah al- Ankabut, ayat 69).

 

Sesiapa yang bermujahadah terhadap nafsu, akan ditingkatkan darjatnya kepada kedudukan yang lebih baik dan Allah akan memberi petunjuk kepada segala perkara kebaikan.

 

Maka, nafsu perlu dididik dan diasuh mengikut telunjuk iman kerana nafsu adalah musuh utama kepada manusia sebelum datangnya musuh kedua iaitu syaitan.

 

Nafsu adalah musuh dalaman sedangkan syaitan musuh luaran. Apabila nafsu sudah ditundukkan dan ia taat kepada perintah Allah maka baharu syaitan akan dapat dikalahkan.


Benar, wang adalah satu keperluan untuk hidup. Tanpa wang kita sukar menjalani kehidupan. Namun ada sesetengah manusia sanggup melakukan pa sahaja termasuk melanggar syariat demi mendapatkan wang dan kedudukan. Lihat sahaja apa yang terjadi di Malaysia. Rata-rata pemimpin dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan penyelewengan wang berjuta ringgit malah ada yang berbilion. Namun adakah setiap pertuduhan itu dijatuhkan hukuman? Sehingga hari ini aku belum melihat lagi mereka yang dipertuduhkan dijatuhkan hukuman malah terlepas dari hukuman.


Bukanlah menghentam pemimpin itu agenda aku menulis artikel ini. Namun itu adalah antara contoh terdekat yang dapat dilihat betapa wang mampu memesongkan hati-hati manusia. Jadi, sentiasalah kita memohon pada Allah untuk melindungi diri kita, keluarga kita dan keturunan kita dari perbuatan yang keji dan mungkar. 


Squid Game Kisah Buat Mereka Yang Terdesak






Post a Comment

4 Comments

  1. Moga Allah permudahkan perjalanan rezeki kita kan Min, janganlah sampai terdesak macamtu sekali bergadai nyawa.. kalau dah rezeki tak kemana..

    ReplyDelete
  2. Ramai yang bercakap tentang squid game ni sejak akhir2 ni

    ReplyDelete
  3. terjebak jgk la ngn cite viral ni.. haha

    ReplyDelete
  4. saya pun terdesak untuk berjaya secara terhormat hehehe

    ReplyDelete