Tengah trending sekarang di Netfilx sebuah drama bertajuk Squid Game. Squid Game (Korea: 오징어 게임; sebutan: Ojingeo Geim) adalah siri televisyen drama survival Korea Selatan yang ditulis dan diarahkan oleh Hwang Dong-hyuk. Siri sembilan episod itu, yang dibintangi oleh Lee Jung-jae, Park Hae-soo dan Wi Ha-joon, menceritakan kisah sekumpulan orang yang mempertaruhkan nyawa mereka dalam permainan bertahan misteri dengan hadiah berbilion Won . Ia dilancarkan di seluruh dunia pada 17 September 2021 oleh Netflix.
Dibintangi oleh Lee Jung Jae sebagai Seong Gi Hun, Park Hae Soo sebagai Choo Sang Woo, Wi Ha Joon sebagai Hwang Jun Ho, Jung Ho Yeon sebagai Kang Sae Byeok dan ramai lagi. Malah di episod 1, Gong Yoo yang terkenal dengan watak Goblin muncul sebagai watak undangan menjadi jurujual yang menawarkan permainan misteri tersebut kepada bapa yang terdesak mendapatkan duit.
Squid Game Kisah Buat Mereka Yang Terdesak
Ketika Rasulullah SAW dan sahabat balik dari peperangan
Badar, Rasulullah SAW bersabda: "Sebenarnya kita baharu balik dari
peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar." Sahabat
bertanya: "Apakah peperangan yang maha besar itu ya Rasulullah?" Jawab
Baginda: "Perang melawan nafsu." (Hadis Riwayat Baihaqi).
Perjuangan menentang hawa nafsu dianggap suatu pengorbanan
yang amat dihormati dan menjurus kepada jalan yang sebenar. Allah SWT menjelaskan
dalam firman-Nya: "Mereka yang berjuang ke jalan Kami, nescaya Kami akan
tunjukkan jalan Kami. Sesungguhnya Tuhan berserta dengan orang yang berbuat
baik." (Surah al- Ankabut, ayat 69).
Sesiapa yang bermujahadah terhadap nafsu, akan ditingkatkan
darjatnya kepada kedudukan yang lebih baik dan Allah akan memberi petunjuk
kepada segala perkara kebaikan.
Maka, nafsu perlu dididik dan diasuh mengikut telunjuk iman
kerana nafsu adalah musuh utama kepada manusia sebelum datangnya musuh kedua
iaitu syaitan.
Nafsu adalah musuh dalaman sedangkan syaitan musuh luaran.
Apabila nafsu sudah ditundukkan dan ia taat kepada perintah Allah maka baharu
syaitan akan dapat dikalahkan.
Benar, wang adalah satu keperluan untuk hidup. Tanpa wang kita sukar menjalani kehidupan. Namun ada sesetengah manusia sanggup melakukan pa sahaja termasuk melanggar syariat demi mendapatkan wang dan kedudukan. Lihat sahaja apa yang terjadi di Malaysia. Rata-rata pemimpin dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan penyelewengan wang berjuta ringgit malah ada yang berbilion. Namun adakah setiap pertuduhan itu dijatuhkan hukuman? Sehingga hari ini aku belum melihat lagi mereka yang dipertuduhkan dijatuhkan hukuman malah terlepas dari hukuman.
Bukanlah menghentam pemimpin itu agenda aku menulis artikel ini. Namun itu adalah antara contoh terdekat yang dapat dilihat betapa wang mampu memesongkan hati-hati manusia. Jadi, sentiasalah kita memohon pada Allah untuk melindungi diri kita, keluarga kita dan keturunan kita dari perbuatan yang keji dan mungkar.
4 Comments
Moga Allah permudahkan perjalanan rezeki kita kan Min, janganlah sampai terdesak macamtu sekali bergadai nyawa.. kalau dah rezeki tak kemana..
ReplyDeleteRamai yang bercakap tentang squid game ni sejak akhir2 ni
ReplyDeleteterjebak jgk la ngn cite viral ni.. haha
ReplyDeletesaya pun terdesak untuk berjaya secara terhormat hehehe
ReplyDelete