Sesungguhnya Islam mengajarkan setiap makhluk bernyawa yang
hidup di dunia ini termasuk manusia semestinya mengalami kematian dan mereka
semua tidak mungkin sama sekali melarikan diri daripada merasai kematian yang
sudah ditentukan oleh Allah SWT. Menerusi firman Allah ;
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَاِنَّمَا
تُوَفَّوْنَ اُجُوْرَكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۗ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ
وَاُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَآ اِلَّا
مَتَاعُ الْغُرُوْرِ
bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan
bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika
itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka
sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini
(meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah
Ali Imran, ayat 185)
Ini
bermakna mati adalah satu yang pasti dan tidak mungkin dielakkan.
Malahan, dalam konteks yang lebih mendalam, pakej hidup dan mati yang
disediakan oleh Allah SWT kepada makhluk ciptaan-Nya adalah merentasi empat
fasa: mati (sebelum lahir), hidup, mati dan hidup (pada hari akhirat).
Allah
berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 28 ;
كَيْفَ
تَكْفُرُوْنَ بِاللّٰهِ وَكُنْتُمْ اَمْوَاتًا فَاَحْيَاكُمْۚ ثُمَّ يُمِيْتُكُمْ
ثُمَّ يُحْيِيْكُمْ ثُمَّ اِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ
bermaksud: "Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari)
Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu;
setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari
akhirat kelak); akhirnya kamu dikembali kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi
segala yang kamu kerjakan)."
Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Mati
Berbeza dengan
perasaan ‘bercita-cita’ untuk mati, situasi itu membawa seseorang kepada
perasaan putus asa dan tidak reda menerima ujian.
Disebutkan di dalam
hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah SWT mencabut daripada dalam hati
musuh rasa kehebatan Islam, lalu Allah SWT akan jadikan bagi kamu satu penyakit
wahan.”
Sahabat bertanya
kepada Rasulullah SAW, “Apakah wahan itu ya Rasulullah?”
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.” (Riwayat
Muslim)
Mengingati mati
bukannya mahu manusia meminta lekas mati atau meninggalkan segala urusan dan
tanggungjawabnya di dunia.
Sebaliknya, mengingati
kematian mendorong manusia menetapkan matlamat yang jelas hidupnya di dunia dan
akhirat. Manusia yang sering mengingati mati menyedari Allah SWT sentiasa
mengawasi setiap tindakan yang dilakukannya.
Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu
melarikan diri daripadanya itu, tetap ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata,
lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu lakukan (serta
membalasnya).” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8)
Dalam keadaan pandemik Covid-19 yang sangat jahat ini melanda dunia, tingkatkan lagi persediaan kita untuk menghadapi mati dan menerima hakikat kematian. Secara jujur, aku baru kehilangan yang tersayang. Anak saudara antara yang terapat selama ini, yang sering datang lepak di rumah, yang sering keluar bersama, yang selalu bergurau senda telah dijemput Ilahi atas asbab Covid-19.
Tak mudah untuk bangkit. Artikel ini dah berada dalam draft hampir seminggu kerana tiada kekuatan untuk meneruskan penulisan tapi hari ini aku kuatkan semangat dan diri. Dalam masa yang sama untuk aku sama-sama muhasabah diri tentang kematian.
Allahu akbar..betapa pantasnya masa berlalu. Arwah Saffuan (ini kali pertama aku menyebut perkataan arwah setelah pemergiannya..sungguh tak kuat selama ini) telah disahkan positif Covid-19 pada 6hb Ogos yang lepas, 15hb Ogos dia ditidurkan dan sejak itu kesihatannya merosot dengan ada jangkitan kuman, paru-paru bocor dan keadaan jantung yang semakin lemah. Pada 26hb Ogos selepas seisi keluarga puas berusaha panjatkan doa dan bacaan yassin setiap hari, arwah pergi jua meninggalkan kami dalam penuh kedukaan.
Di usia 28 tahun, arwah meninggalkan seorang ibu yang cekal menghadapi ujian, meninggalkan 3 orang adik beradik dan meninggalkan kami seisi keluarga besar yang terlalu sayangkan dia. Namun benarlah, sayangnya manusia sesama manusia tidak mampu menandingi sayangnya Pencipta pada hambaNya. Hari ini, aku gigih bertabah siapkan penulisan ini sambil linangan air mata. Ya Allah sayangnya aku pada dia namun tak mampu menandingi sayang Mu pada dia. Masukkan dia ke dalam jannah Mu ya Allah.
Buat Saffuan, Ciknah harap awak tahu betapa Ciknah rindukan senyuman awak. Rindukan gelak tawa kita. Ciknah harap awak tahu yang Ciknah sayangkan awak dan seisi keluarga kita sayangkan awak sangat-sangat. Damailah awak di sana. Andai bertemu Tok dan Wan serta Abah, sampaikan salam Ciknah pada mereka..rehatlah, Insyallah kita sekeluarga akan bertemu kembali di sana nanti.
4 Comments
al fatihah pad arwah...
ReplyDeleteAl Fatihah
Deletesedihnya.. =(
ReplyDeletesemoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..
al-fatihah..
Huhu..amin..terima kasih atas doa. Moga anak saudara kesayangan sy ditempatkan dikalangan org2 beriman
Delete