Resipi Rendang Pucuk Ubi

by - Thursday, September 23, 2021

Rendang pucuk ubi ni memang sedap sangat tapi nak buatnya agak renyah. Cara pembuatannya sama macam nak masak rendang biasa tapi untuk keringkan dia tu yang renyah sikit. Api kena sentiasa kecil dan sentiasa di jaga. Seeloknya gunakan kuali atau periuk non-stick.


Resipi Rendang Pucuk Ubi


Resipi Rendang Pucuk Ubi


Bahan-bahannya ;

1. 2 ikat pucuk ubi
2. Segenggam cili api (lebihkan jika suka pedas, kurangkan jika tak makan pedas)
3. 5 biji bawang besar 
4. 5 labu bawang putih
5. 2 inci halia
6. 2 inci lengkuas
7. 2 inci kunyit hidup
8. 5 batang serai
9. 5 helai daun kunyit
10. rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
11. 1 kotak besar santan
12. 5 sudu besar kerisik
13. Garam dan gula secukupnya


Cara-cara memasak ;

  • Kisar cili api, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan serai
  • Satukan kesemua bahan di dalam periuk/kuali
  • Masukkan rempah 4 sekawan
  • Masukkan pucuk ubi
  • Hidupkan api dan masukkan santan
  • Masak sehingga betul-betul masak dan masukkan kerisik
  • Masukkan garam dan gula secukupnya
  • Masukkan daun kunyit
  • Masak sehingga rendang betul-betul kering
  • anggaran masa antara 6-7 jam untuk siapkan hidangan ini.

Resipi Rendang Pucuk Ubi




Artikel berkaitan

3 comments

  1. faveret Ruby ni! Kalau dapat ni memang syok makan ngan lemang atau nasi impit. Hehehe. Masak lama sampai gitu, memang sesuai dengan harga mahal kat pasaran kan kak.

    ReplyDelete