Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Johan Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

Dah lama rasanya tidak menulis langsung tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Mempunyai sedikit ilmu tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang ditimba ketika belajar di Universiti Malaya dahulu tak salah rasanya untuk aku berkongsi sedikit pengetahuan.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Johan Heinrich Pestalozzi (1746-1827)


Memandangkan artikel terdahulu yang bertajuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali mendapat sambutan sehingga hari ini (walaupun artikel tersebut ditulis pada tahun 2017), aku bercadang untuk meneruskan perkongsian tentang pendidikan awal kanak-kanak mengikut teori dan pendekatan ahli falsafah yang lain pula.


Dan juga untuk tidak menghampakan permintaan seorang pembaca yang meminta untuk menulis tentang teori dan pendekatan Johan Heinrich Pestalozzi pada April lepas, jadi untuk kali ini aku ingin mengetengahkan teori & falsafah Johan Heinrich Pestalozzi.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Johan Heinrich Pestalozzi (1746-1827)


Johan Heinrich Pestalozzi telah dilahirkan di Zurich, Switzerland. Sangat terpengaruh dengan idea-idea Rousseau dan bukunya yang betajuk Emile yang berkaitan dengan konsep semulajadi.  Pestalozzi telah membeli sebuah ladang untuk dijadikan sebuah pusat percubaan kaedah pertanian. 


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Johan Heinrich Pestalozzi (1746-1827)



Semasa bekerja di ladang, timbul minat yang mendalam dalam bidang pendidikan. Oleh sebab itu, beliau telah mendirikan sebuah sekolah untuk kanak-kanak miskin di ladang milik beliau pada tahun 1774 yang dikenali sebagai Neuhof.


Pestalozzi telah memperkembangkan ideanya yang mengintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Di sekolah ini beliau mengaplikasikan pendapat Rousseau yang menjadikan kecenderungan semulajadi kanak-kanak sebagai asas kepada pengajaran.


Oleh sebab terlalu terpengaruh dengan konsep semula jadi Rousseau, beliau telah mengasuh anaknya Jean-Jacques dengan menggunakan Emile sebagai panduan. Namun begitu, beliau gagal dalam mendidik anaknya berdasarkan idea Rousseau. Anaknya masih tidak dapat membaca dan menulis pada usia 12 tahun. Keadaan ini berlaku mungkin kerana masalah fizikal anaknya yang dikatakan menghidap penyakit sawan babi atau epileptik dan mungkin juga kerana beliau tidak dapat menterjemahkan dan mempraktikkan idea-idea Rousseau yang abstrak.


Apa yang dapat dipelajari daripada kegagalan Pestalozzi ini ialah pendidikan awal kanak-kanak tidak harus bergantung sepenuhnya pada inisiatif kanak-kanak dan mengharapkan kanak-kanak sendiri mempelajari apa yang perlu diketahuinya.


Pestalozzi percaya bahawa teknik ,mengajar secara mengingat dan menghafal adalah tidak berkesan. Beliau menekankan penggunaan bahan maujud dan penerokaan kendiri dalam pengajaran kanak-kanak.


Salah satu sumbangan Pestalozzi yang berharga ialah pembentukan kaedah pengajaran yang sesuai dengan keperluan individu. Beliau yakin bahawa kanak-kanak perlu dilibatkan dalam aktiviti yang bermakna berdasarkan minat dan pengalaman mereka.


Beliau juga mencadangkan supaya kanak-kanak diajar secara berperingkat berdasarkan kebolehan dan usaha mereka sendiri.


Pestalozzi percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman deria. Melalui pengalaman-pengalaman deria yang sesuai kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Bedasarkan kepercayaan ini beliau membentuk kaedah pengajaran berdasarkan objek. Beliau percaya cara yang terbaik dalam pembelajaran konsep ialah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Johan Heinrich Pestalozzi (1746-1827)


Beliau juga percaya pada kumpulan pelbagai umur atau multiage grouping dimana melalui kepercayaan beliau kanak-kanak yang lebih tua dapat membantu kanak-kanak yang lebih muda. Beliau juga yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.


Rujukan : Dr. Azizah Lebai Nordin, Fakulti Pendidikan UM

Sertai link berikut untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu pendidikan awal kanak-kanak https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl


Post a Comment

0 Comments