Lebih Mudah Berbelanja di PG Mall Menggunakan Grab Express

by - Wednesday, September 01, 2021

Membeli belah secara atas talian kini adalah satu keperluan. Tambahan pula dengan keadaan semasa yang membataskan pergerakan kita, membeli belah secara atas talian adalah pilihan yang bijak. Bagi aku sendiri, seboleh mungkin aku akan mengelak untuk bersesak atau keluar ke tempat yang ramai. Jadi, jalan terbaik bagi aku adalah memilih untuk membeli belah secara atas talian menggunakan platform PG Mall.


Sedikit Pengenalan Mengenai PGMall

PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian Malaysia, yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. PG Mall bertujuan untuk menghadirkan platform perniagaan yang boleh dipercayai untuk para peniaga untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global.

Pembeli PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk mulai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Anak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automotif  dan lain-lain hingga E-Voucher. 

Namun, apa yang membuatkan PG Mall ini begitu istimewa ialah kerana PG Mall adalah satu-satunya platform e-Dagang tempatan yang ada di Malaysia. Mula dibangunkan pada 2017, PG Mall yang berkonsepkan ConsuMerchant telah menduduki tempat ke-3 di dalam Iprice insight report - https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/


Lebih Mudah Berbelanja di PG Mall Menggunakan Grab Express

Melangkah setapak lebih kehadapan berbanding platform membeli belah atas talian yang lain, kini PG Mall mula bekerjasama dengan Grab express dan sekaligus menjadi yang platform e-dagang pertama di Malaysia yang melakukan usahasama ini.



Dengan adanya Grab express, pembelian atas talian di PG Mall akan berjalan lebih lancar kerana penghantaran barang kepada pelanggan adalah pada hari yang sama. Ini bermaksud jika anda membeli pada hari ini, barang turut akan sampai ke depan pintu rumah anda pada hari ini juga.




Sesuatu yang sangat menarik kerana dalam kita berada dalam suasana PKP yang sudah mula ke fasa yang baru ini, perkhidmatan yang cepat dan pantas dalam pembelian sangat diperlukan apatah lagi jika berkaitan dengan barang-barang yang melibatkan penjagaan kesihatan seperti sanitizer, penyembur nano bagi mematikan kuman dan seumpama dengannya.


Buat Masa Sekarang Tawaran Hanya di Lembah Klang

Walau bagaimana pun, buat masa sekarang perkhidmatan Grab express ini hanya akan berlangsung di Lembah Klang sahaja namun bagi yng berada di luar kawasan Lembah Klang perkhidmatan Grab express akan mula dilancarkan pada tahun hadapan iaitu tahun 2022.

Dan sempena pelancaran usahasama PG Mall dan Grab expess ini, RM12 OFF telah diberi buat semua pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini. Lebih mudah la kini kita ingin berbelanja secara atas talian di PG Mall, hari ini berbelanja dan hari ini juga barang akan sampai ke tangan.



Jadi, tunggu apa lagi.. Jom berbelanja di PG Mall sekarang! Untuk maklumat lebih lanjut mengenai PG Mall, anda boleh layari ;

Laman Web : www.pgmall.my
Facebook : PGMallMalaysia
Instagram : pgmall.my

Artikel berkaitan

4 comments

  1. Memang berbaloi laa kalau beli kat laman ecommerce lepas tu dapat hari yang sama. Pakai grab express je. Terbaik niii

    ReplyDelete
  2. Kita suka betul kalo shopping boleh dapat terus hari tu. Dah la banyak discount grab kasi ni..kena terjah la jap g..

    ReplyDelete
  3. Untunglah orang sana, lebih banyak jimattt tuuu.. tapi okaylah kita di Johor pun kalau soping time sale tu pun masih ada penjimatan gak kann.. tak sabarnyaaa nak soping..

    ReplyDelete
  4. Nice post! It really interesting to read and Thank you for sharing this post and I hope keep posting.

    ReplyDelete