Kek gula hangus yang juga dikenali sebagai kek sarang semut adalah antara kek legend yang menjadi kegemaran ramai sehingga ke hari ini. Seingat aku kek ini dah wujud sejak zaman kecil aku lagi. Tak pasti berasal dari mana tapi yang pasti kek ini sangat sedap dan senang penyediaanya.
Jadi, untuk artikel kali ini jom aku kongsikan resipi kek gula hangus sedap sukatan cawan. Ikut resipi ini Insyallah tidak akan mengecewakan. Sukatan yang aku sediakan ini akan menghasilkan kek yang tidak terlalu manis dan sangat lembut.
Resipi Kek Gula Hangus Sedap Sukatan Cawan
Bahan-bahan (untuk gula hangus)
1. Setengah cawan gula
2. Setengah cawan air
Cara menyediakan sos karamel/gula hangus ;
- Cairkan gula di dalam periuk (aku gunakan periuk non-stick) menggunakan api perlahan.
- Setelah gula cair sepenuhnya (gula akan bertukar ke warna coklat), masukkan air dan kacau hingga sebati.
Bahan-bahan kek ;
1. 1 cawan tepung gandum
2. 4 biji telur
3. 1/2 cawan susu pekat
4. 1/3 cawan mentega/marjerin (dicairkan)
5. 1 sudu kecil soda bikarbonat
6. 1 sudu kecil esen vanila
Cara-caranya ;
- Akhir sekali masukkan gula hangus/sos karamel dan gaul sebati hingga warna bertukar menjadi coklat
- Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin (supaya kek senang dikeluarkan dan tidak melekat pada loyang). Perap selama 1 jam
Selepas 35 minit, cucuk dengan lidi dan jika tiada bahan melekat pada lidi bermaksud kek sudah masak sepenuhnya. Sejukkan sebelum di potong.
Selamat mencuba. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
* Kebanyakkan kitchenware yang aku gunakan ialah kitchenware dari MyCooking Story. Jika anda berminat boleh klik link di bawah dan jangan lupa masukkan diskaun kod MCSMIN untuk dapatkan 10% diskaun dan penghantaran percuma.
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
3 Comments
Kek gula hangus ni memang sedap..tapi entah kenapa waktu raya je baru termuncul..haha..happy baking!
ReplyDeleteCantik sangat kejadian kek gula hangus cikmin. Jarang makan kek ni tapi bila dapat kek yang sedap ditekak ni memang akan repeat la. Kena cari kerajinan nak buat kek ni boleh la refer resepi kat sini. Nampak mudah.
ReplyDeleteKek lagend ni.. lama tak makan...
ReplyDelete