Siapa yang sentiasa follow aku di social media mahu pun di blog pasti tahu yang aku sangat suka memasak dan merakam hasil-hasil masakan aku. Memasak walaupun bunyinya mudah namun sebenarnya tidak semudah yang disangka.


Untuk membuat penyediaan bahan masakan sahaja biasanya akan mengambil masa. Itu belum lagi bab memasak sambil merekod! Dulu aku selalu terfikir alangkah bagusnya jika tak perlu sediakan bahan-bahan masakan terlebih dahulu sebab di situ sahaja dapat menjimatkan banyak masa.


Mungkin memahami bisikan hati dan masalah segelintir golongan ibu di dapur, Puan Nurharfiza, pengasas syarikat pengeluar bahan kisar masakan, Kitchen Saver nekad membantu menjimatkan masa mereka yang berada di dapur dengan mengeluarkan 9 produk bahan kisar makanan. 




Puan Nur Harfiza Hashim nekad untuk menjual produk Kitchen Saver menerusi ejen-ejen yang dilantik meskipun sedar akan penjualan produk seumpama ini berhadapan dengan pelbagai risiko terutamanya melibatkan kualiti . Menurutnya, dengan cara ini, ejen yang berdaftar sekaligus akan berjaya menjana pendapatan sampingan.


“Setelah berbulan-bulan akur dengan SOP dan perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan, kini masanya untuk kami mencipta kelainan dan cara-cara inovatif untuk orang ramai memasak di dapur”

 

“Ramai juga tertanya, boleh pergi jauh ke produk ini atau berapa lama boleh tahan? Itulah Kitchen Saver, kerana produk kami mampu bertahan selama sebulan jika di simpan di dalam ruang simpanan biasa peti ais manakala jika disimpan di dalam tempat beku ia mampu bertahan selama setahun”

 

“Malah untuk menarik perhatian para pelanggan, kemasan pada botol produk kami juga direka khas mengikut tema tertentu khususnya hari perayaan” ujar Harfiza 


9 bahan kisar yang dikeluarkan oleh Kitchen Saver adalah ;

  • Bawang Besar
  • Bawang Holand
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Cili Api
  • Cili Kering
  • Kunyit 


Mudahnya Buat Ayam Goreng Mamak Dengan Kitchen Saver!


Setelah 2 tahun wabak jahat COVID-19 menyerang dunia, kehidupan kita tidak lagi seperti dahulu. Jika dulu kita masih bebas ke sana ke sini lepak kedai mamak sambil menikmati hidangan nasi kandar dan ayam goreng mamak kegemaran 1 Malaysia, kini keadaan itu hanya tinggal kenangan.


Namun itu bukan bermakna kita tidak lagi boleh menikmati hidangan serupa di rumah. Dengan adanya bahan kisar dari Kitchen Saver, segalanya pasti lebih mudah. Aku sendiri misalnya, jika dahulu teringin sangat nak makan ayam goreng mamak pasti akan ke kedai mamak je. Maklumlah, nak buatnya agak renyah sebab terlalu banyak bahan yang nak dikisar dan diperap bersama ayam. Tapi sekarang mujurlah ada Kitchen Saver yang menyelamatkan keadaan.


Jadi dikesempatan ini jom aku kongsikan juga resipi ayam goreng mamak yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia ni. Buat ikut resipi ni pasti menjadi!



Resipi  Ayam Goreng Mamak

Bahan-bahannya ;

1. Ayam yang telah dibersihkan
2. Halia kisar Kitchen Saver
3. Bawang Besar Kitchen Saver
4. Bawang Putih Kitchen Saver
5. Serai Kitchen Saver
6. Lengkuas Kitchen Saver
7. Kunyit Kitchen Saver
8. Rempah Kari
9. Serbuk Ketumbar
10. 1 biji telur (bergantung berapa banyak ayam yang digunakan)
11. Pewarna (untuk dapatkan ayam goreng sebijik macam kedai mamak)
12. Daun Kari
13. Tepung Goreng Ayam
14. Sedikit garam dan bahan perasa

Cara-cara memasak ;

1. Sediakan ayam yang telah dibersihkan dalam bekas 



2. Masukkan semua bahan kisar dari Kitchen Saver




3. Gaul sebati semua bahan dan masukkan rempah kari dan serbuk ketumbar. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan telur dan gaul rata lagi.


5. Masukkan pewarna (aku campurkan sedikit pewarna merah dan pewarna kuning telur)


6. Masukkan daun kari dan gaul rata.
7. Akhir sekali masukkan tepung goreng ayam, garam dan perasa. Gaul sebati dan perap lebih kurang 1 jam sebelum digoreng.



Inilah hasilnya ayam goreng mamak yang telah di masak. Untuk hiasan boleh taburkan sedikit daun ketumbar dan cili kering yang telah digoreng.




Untuk video ringkas cara memasak ayam goreng mamak ni, anda boleh lihat di sini ;




Mengenai Kitchen Saver Sdn Bhd 


Kitchen Saver merupakan syarikat pembekal bahan tumis masakan yang mempunyai lebih 200 ejen di seluruh semenanjung Malaysia. Mempunyai sebuah kilang yang terletak di Wangsa Maju, Selangor yang telah dikategorikan A dari aspek kebersihan, Kitchen Saver turut berbangga menjadi pengendali pertama yang menyediakan bahan kisar kasar di Malaysia. Kesemua produk memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Manakala setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009. 


Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran dan promosi terkini Kitchen Saver di ;