Crystal Skin Dari Tomato Kristal Mampu Membantu Hapuskan Pigmentasi

Masalah pigmentasi pada kulit adalah perkara biasa dalam kalangan kita, namun kehadirannya kerap tidak menyenangkan kerana bagi yang menghidapinya ia menjejaskan penampilan dan keyakinan diri kerana menyebabkan kulit kelihatan tidak sihat.



Gangguan pigmentasi berkait rapat dengan bilangan pigmen pada kulit iaitu melanin yang dibentuk oleh sel dinamakan melanocytes (melanosit). Melanin juga sumber yang memberi seseorang itu kulit warna semula jadi.


Peningkatan bilangan melanin menyebabkan kulit bertambah gelap dan keadaan ini dinamakan hipermelanosis atau hiperpigmentasi, manakala kekurangan atau kehilangan melanin menyebabkan kulit lebih cerah dinamakan hipomelanosis atau hipopigmentasi.


Punca gangguan pigmentasi disebabkan pelbagai faktor seperti masalah autoimun, tindak balas kepada ubat, jangkitan kulat, genetik, ketidakstabilan tahap hormon dan pendedahan kepada cahaya matahari.


Masalah pigmentasi yang kerap berlaku adalah melasma yang menyebabkan warna kulit lebih gelap, bertompok keperangan atau tidak sekata. Masalah ini juga lebih kerap dialami wanita dan hanya 10 peratus kes membabitkan lelaki disebabkan melasma biasanya berkaitan perubahan tahap hormon ketika kehamilan, pengambilan pil kontraseptif oral untuk mencegah kehamilan, terapi penggantian hormon dan gangguan endokrin.



Melasma mudah dikenal pasti melalui ciri tompokan perang muda atau perang kelabu pada bahagian kulit dahi, pipi, bibir atas, hidung dan dagu, manakala ujian biopsi menunjukkan peningkatan pigmen pada epidermis dan dermis dijalankan bagi mencari punca lain gangguan pigmentasi.


Pakar kulit percaya, punca utama permulaan dan penularan melasma ialah pendedahan kepada cahaya ultra ungu (UV) matahari. Namun, melasma yang berlaku ketika usia remaja disebabkan faktor genetik dan menjadi lebih buruk akibat pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.


Malangnya, melasma tidak boleh disembuhkan, sebaliknya ia ha­nya boleh dirawat atau dikurangkan menerusi kaedah paling asas iaitu perlindungan daripada cahaya UV. Melindungi kulit dengan cara ini mampu mencegah melasma sedia ada menjadi semakin buruk, di samping mencegah melasma baru daripada terbentuk.


Walaupun melasma berjaya dirawat, pendedahan kepada cahaya UV tanpa perlindungan boleh menyebabkan gangguan pigmentasi ini menyerang semula. Bagi melindungi kulit daripada cahaya UV, kita mungkin boleh menyapu krim pelindung, memakai payung atau topi ketika di luar rumah dan rawatan kosmetik lain termasuk pengambilan suplemen.


Seiring dengan perkembangan teknologi, rawatan untuk melasma kini lebih selamat dan berkesan, contohnya penggunaan karotenoid tidak berwarna yang diekstrak daripada tomato putih yang diubah suai bukan secara genetik.



Karotenoid adalah pigmen organik yang ditemui dalam kloroplas dan kromoplas tumbuh-tumbuhan serta organisma fotosintetik termasuk bakteria dan kulat. Karotenoid juga punca warna kuning, oren dan merah pada kebanyakan sayuran dan buahan seperti lobak, tomato, labu dan jagung. Pigmen organik yang biasa ditemui adalah beta karotina yang memberi warna oren pada lobak dan lycopene yang memberi warna merah pada tomato biasa.


Tomato putih mengandungi kepekatan tinggi karotenoid tidak berwarna iaitu phytoene dan phytofluene yang boleh memutihkan kulit, sebaliknya karotenoid oren atau merah pada tomato biasa mampu mengubah warna kulit kepada perang atau lebih gelap jika diambil dalam jumlah yang banyak.


Phytoene dan phytofluene adalah bahan pencerah semula jadi paling cekap dan terbukti secara saintifik mendatangkan manfaat kepada kulit dengan bertindak sebagai pelindung daripada kerosakan disebabkan cahaya UV dan foto oksida.


Karotenoid ini juga menghalang sintesis melanin bagi mencegah tompokan pigmentasi dan mengurangkan kehadiran melanin dalam sel termasuk parut akne, jeragat, hitam bawah ketiak dan tanda penuaan. Kandungan antioksida dalam pigmen ini juga mencegah kerosakan akibat radikal bebas dan antiradang.


Crystal Skin Dari Tomato Kristal Mampu Membantu Hapuskan Pigmentasi


Menyedari hakikat betapa banyaknya khasiat yang terkandung dalam kristal tomato,

Pengasas Rish Beauty iaitu Encik Airiey Sayuti telah mengeluarkan produk Crystal Skin

yang mengandungi tomato kristal, Vitamin C, jus blackcurrant, ekstrak biji anggur, kolagen

dan habbatus sauda.




Crystal Skin terbukti dapat mencantikkan dan merawat kulit anda dari luar dan dalam agar

anda lebih sihat, menawan dan berkeyakinan.  Ia merupakan produk tempatan bumiputra

Muslim.  Kesemua bahan Crystal Skin adalah gred AAA,  kilang berstatus Halal dan juga

mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP

(Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000. 


Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan

semulajadi dan telah diuji secara klinikal.  Bahan-bahan ini juga terkenal untuk khasiatnya

dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan

di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Seperti yang telah dinyatakan di atas, bahan-bahan yang terkandung di dalam Crystal Skin

ini adalah ;


  • Tomato Kristal
Anti-oksidan terkuat, kurangkan jeragat dan melindungi dari kerosakan sinar matahari.

  • Vitamin C
Melindungi sel dan menjaga kulit agar sihat

  • Jus Blackcurrant
Anti-oksidan dan menguatkan sistem pertahanan badan.

  • Ekstrak Biji Anggur
Anti-oksidan, membunuh kuman dan membantu penyembuhan luka.

  • Kolagen
Menambahkan keanjalan kulit dan mencegah kedutan.

  • Habbatus Sauda
Anti-radang, mengurangkan jerawat dan membunuh kuman.




 

Kebaikan CRYSTAL SKIN

  • Merawat masalah kulit

  • Mengurangkan jerawat

  • Mengurangkan parut

  • Mengecilkan pori

  • Memutihkan kulit

  • Mengurangkan muka berminyak

  • Kulit kurang kusam dan glowing

  • Menambah kelembapan kulit


Untuk memastikan keputusan yang terbaik bila mengambil Crystal Skin :-

1) Elakkan minuman yang berkafein,beralkokol dan berkarbonat untuk mendapat keberkesan  yang  lebih baik.

2) Minum 2 -3 liter air putih setiap hari utk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin.

3) Amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan kerap.



Cara Mengambil Crystal Skin


Minum 1 sachet Crystal Skin yang dicampur dengan 150ml air sebelum sarapan. Crystal Skin datang dalam bentuk serbuk halus yang senang larut dalam air. Jadi, hanya tuangkan 1 sachet ke dalam segelas air (150ml) dan kacau sudah memadai tanpa perlu menggunakan shaker.





Rasanya yang sedap terasa sedikit masam-masam manis memang mudah untuk ditelan oleh semua golongan usia. 

Aku sendiri sudah mengamalkan pengambilan Crystal Skin ini selama hampir 2 minggu. Amalkan 1 sachet sehari sebelum sarapan dapat menghasilkan kulit yang lebih cerah sekata. Bukan hanya aku, ramai lagi yang mengamalkan pengambilan Crystal Skin ini dan terbukti sangat berkesan. Antara testimoni dari pengguna ;





Harga Crystal Skin

1 Kotak Harga Tawaran RM69       Harga Biasa RM89 (DISKAUN 23%)

2 Kotak  Harga Tawaran RM132 Harga Biasa RM178 (DISKAUN 26%)

3 Kotak Harga Tawaran  RM187            Harga Biasa RM267 (DISKAUN 30%)

4 Kotak Harga Tawaran  RM230 Harga Biasa RM356 (DISKAUN 35%)



Crystal Skin boleh dibeli dari: 




Untuk maklumat lanjutan, anda boleh layani laman Crystal Skin di  https://www.rishbeauty.com


Maklumat Hubungan Lebih Lanjut 


Tel : +60-11-62000032 

FB : www.fb.com/rishbeautyhq

IG : www.instagram.com/rishbeautyhq

TikTok : www.tiktok.com/@rishbeautyhq

YouTube : https://youtube.com/channel/UC2sO6hQMyq8nWB73z4B-xnQ


Post a Comment

1 Comments

  1. Kak Sue pun tengah guna Crystal Skin.. rasa dia pun sedap kan Min..

    ReplyDelete