Review Sudio Nio Case : Apple Skin Leather

by - Tuesday, May 18, 2021

Bercerita tentang Sudi Nio, pasti anda pernah membaca review yang aku pernah tulis sebelum ini di https://www.bebelancikmin.com/2021/03/review-sudio-nio-sudio-nio-lancarkan.html. Jika sebelum ini Sudio Nio tidak tampil dengan case tapi kini Sudio Nio mula tampil dengan Apple Skin Leather Case. Menarik bukan? Untuk mengetahui lanjut tentang Apple Skin Leather Case, jom aku kongsikan review jujur aku mengenai Apple Skin Leather Case.




Review Sudio Nio Case : Apple Skin Leather


Sesuatu yang sangat menarik minat aku untuk review Sudio Nio case ini adalah kerana mereka telah menghasilkan case yang unik dari kulit epal. Kulit vegan di sekitar Sudio Nio case dihasilkan dari kulit epal dari kebun di utara Itali. Daripada dibuang, mereka diambil untuk tujuan yang lebih tinggi.





Dengan tema mesra alam yang hypoallergenic dan biodegradable, Sudio Nio case yang diperbuat dari kulit epal ini sangat memenuhi citarasa anda yang serba moden dan elegan.





Ketika ditanya kenapa memilih kulit epal untuk dijadikan case, ini jawapan mereka ;


Kerana kami tahu anda mementingkan bumi ini sama seperti kami. Sebagai pengguna awal kulit epal , Sudio berkomitmen untuk mengurangkan pencemaran di bumi ini. Dengan bantuan anda, kami dapat terus mencipta perkara baik untuk anda dan persekitaran.


Jujur aku sendiri sangat selesa menggunakan Sudio Nio case yang bukan hanya cantik dan sedap dipegang  kerana materialnya yang tidak licin, malah dengan adanya case ini lebih memudahkan aku untuk menyimpan dan membawa Sudio Nio kemana-mana.




Bentuknya yang comel mudah diselit di dalam poket seluar malah senang dimasukkan ke dalam tas tangan bagi wanita. 


Jika anda berminat dengan Sudio Nio Case ini anda boleh layari laman web https://www.sudio.com/my/ dan dapatkan Sudio Nio Case secara percuma dengan setiap pembelian Sudio Nio bermula 10 Mei sehingga 6 Jun (selagi stok masih ada)  dan untuk dapatkan 15% off sila masukkan kod NIOCASE






Artikel berkaitan

2 comments