Buli Siber Punca Depresi | Himaya Premium Hijab Medical Mask Lancarkan Kempen Anti Buli Siber

Seorang remaja berusia 17 tahun mengambil keputusan untuk membunuh diri pada 2 Mac 2020 lalu kerana tidak tahan dibuli oleh dua rakan sekelasnya. Mangsa dilaporkan terjun dari tingkat empat bangunan kedai di Kulai, Johor. 

Kes ini benar-benar berlaku dan wujud di Malaysia. Keadaan membimbangkan ini bukan hanya berlaku di dunia nyata malah kini berleluasa di dunia siber pula.

Menurut hasil tinjauan yang dilakukan oleh sebuah syarikat tinjauan antarabangsa lpsos, 20,793 individu berumur antara 16 hingga 84 tahun di 28 buah negara di seluruh dunia menunjukkan terdapat peningkatan bilangan ibu bapa yang mendakwa anak-anak mereka pernah menjadi mangsa buli siber.



Buli siber adalah keadaan dimana penggangu dan pembuli menggunakan teknologi moden. Kesan terburuk dari buli siber ialah orang yang dibuli tidak merasa selamat di mana sahaja, bahkan di rumah mereka.


Apa yang lebih membimbangkan ialah Malaysia kini berada ditangga keenam tertinggi di dunia dan kedua di Asia dalam masalah buli siber.


Tahukah anda akibat dari buli siber yang lebih sinonim dengan kata-kata kecaman hingga menjatuhkan maruah seseorang di siber akan memberi kesan yang mendalam pada mangsa malah terdapat banyak kes depresi dilaporkan akibat buli siber yang membawa kepada kes bunuh diri. 


Kerana itu buli siber adalah dikira sebagai suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dalam usaha mengekang penyebar khabar angin menggunakan komunikasi elektronik, peruntukan Seksyen 233 menyebut seseorang boleh didenda "tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan."


Kempen Anti Buli Siber Oleh Himaya Premium Hijab Medical Mask.


Menggunakan tagline 'Berani Itu Jelita', Himaya Premium Hijab Medical Mask menganjurkan kempen Stop Cyber Bullying Women Day yang akan diadakan pada 7 Julai 2021.


Kempen ini diwujudkan atas kesedaran dari Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Hijab Medical Mask iaitu Datuk KK Chua sendiri dalam usaha membanteras buli siber.


Berucap ketika majlis pelancaran Stop Cyber Bullying Women Day yang berlangsung di Hilton KL baru-baru ini, Datuk KK mengakui beliau adalah antara yang pernah menjadi mangsa buli ketika dibangku sekolah. 


"Buli siber kini tidak lagi mengenal mangsa sama ada remaja, pelajar atau orang dewasa. Langkah paling penting adalah memberitahu ibu bapa atau orang yang anda rasa selamat untuk bercakap mengenainya.


"Masyarakat juga berperanan mendengar masalah mereka, memberi pandangan positif atau melaporkan kejadian tersebut sekiranya mangsa malu atau buntu" ujarnya.




Menurut beliau lagi Himaya Premium Hijab Medical Mask terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana artis antara golongan yang kerap menjadi mangsa buli.


Walaupun tidak seteruk yang berlaku di luar negara misalnya di Korea yang menyaksikan banyak artis terkemuka membunuh diri akibat tekanan seperti Goo Hara dan terkini aktress Song Yoo Jung, namun buli siber yang berlaku di Malaysia tidak boleh dipandang enteng.


4 duta Himaya sendiri iaitu  Erra Fazira, Wany Hasrita, Elfira Loy dan Amira Othman tidak terkecuali antara mereka yang pernah menjadi mangsa buli siber. Wany misalnya pernah menyahaktif semetara akaun instagram kerana tidak tahan dengan kecaman dari pembuli siber. Malah Amira Othman baru-baru ini ketika mengalami kecederaan otot tidak terkecuali terkena tempias pembuli siber yang memfitnah kononnya beliau dikejarkan ke hospital kerana overdose mengambil pil.


Walaupun enggan tunduk pada pembuli siber namun kesemua duta mengambil pendekatan untuk tidak terus melayan segala tohmahan agar keadaan tidak berlanjutan.


Atas sebab itu Himaya Premium Hijab Medical Mask tampil menganjurkan kempen anti buli siber 'Stop Cyber Bullying Women Day' bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umumnya betapa perbuatan membuli ini harus ditangani dengan segera.




Sedikit Mengenai Himaya Premium Hijab Medical Mask


Himaya Premium Hijab Medical Mask adalah pelitup muka premium perubatan dengan tiga lapis fabrik yang memudahkan pernafasan dan selesa. 




Menurut Datuk KK Chua, sasaran utama pengguna Himaya Premium Hijab Medical Mask adalah mereka yang berhijab  ini kerana Himaya Premium Hijab Medical Mask direka khas dengan tali topeng muka yang mesra hijab dimana pengguna tidak lagi memerlukan 'mask extender' untuk memakai pelitup muka.


Rekaan menawan dengan warna yang memukau pasti menambat hati semua. Himaya Premium Hijab Medical Mask didatangkan dengan lima warna menarik iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon dan Retro Slate.




Kesemua koleksi Himaya Premium Hijab Medical Mask boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watson dan Caring Pharmacy, Alpro, Georgetown, AEON, AA Pharmacy, Straits Pharmacy, Healthane serta ejen yang berdaftar.

Post a Comment

0 Comments