Pernah dengar tentang Mardhiyyah Hotel & Suites yang terletak di Shah Alam? Bagi yang pertama kali mendengar pasti tertanya-tanya dimanakah terletaknya hotel ini? Adakah ianya sebuah hotel baru di Shah Alam?
Buat pengetahuan, Mardhiyyah Hotel and Suites adalah sebuah hotel antarabangsa patuh Syariah bertaraf 5 bintang. Nama jenama Mardhiyyah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud yang diredhai, dinamakan sendiri oleh pemilik hotel, Dato' Seri Haji Mohammed Rafik bin Haji Mohd Idris.
Hotel ini terletak di tengah-tengah ibu kota Shah Alam, Selangor. Mardhiyyah Hotel and Suites hanya beberapa minit dari tempat-tempat pelancongan di bandar ini, pusat membeli-belah, taman-taman popular dan juga pejabat-pejabat kerajaan.
Hotel ini dahulunya dikenali sebagai Grand Bluewave Hotel Shah Alam pernah dinobatkan sebagai pemenang bagi Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) kategori Platinum oleh Kememnterian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC). Anugerah platinum MFAR diiktiraf sebagai hotel konsep 'mesra Muslim' dengan peralatan dan kemudahan yang mematuhi syariah. Sebagai ciri pelancongan yang mesra Muslim, ia mempunyai restoran halal dengan disahkan oleh JAKIM.
Tawaran Harga Bufet Ramadan Bawah RM100 Di Mardhiyyah Hotel and Suites Shah Alam
Pada Ramadan 2021 ini, Mardhiyyah Hotel and Suites menampilkan tema "Bufet Antarabangsa'. Bufet iftar ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan. Antara masakan tempatan yang boleh dinikmati ilah ;
- Nasi Putih
- Nasi Briyani Kukus
- Ayam Masak Merah
- Ikan Goreng Sambal Lado
- Daging Masak Briyani
- Sotong Telur Asin Goreng
- Tahu Kukus dengan Sos Tiram Bawang Putih
- Pizza Ayam Bakar Teriyaki
- Garden Salad
- Tuna Salad
- Grilled Chicken Salad
- Tabbouleh Salad
- Coleslaw
- Pasta Salad Italian & Fresh Dressing.
- Ulam-ulaman
- Sambal Belacan
- Cincaluk
- Budu
- Kicap Cili Padi
- Air Assam dan Raita
- Jeruk buah-buahan
- Pelbagai Keropok
- Lemang & Nasi Impit dengan Kuah Kacang
- Serunding Ayam
- Kerabu Ayam
- Kacang Botol
- Jantung Pisang
- Kacang Panjang
- Som Tham
- Mesti Cuba
- Smoke Hickory Roasted Whole Lamb
- Masakan Jepun
- Masakan Cina
- Noodle Galore
- Gerai Roti John
- Gerai Aneka Goreng-Goreng
- Gerai ABC
- Gerai Penang
- Gerai Minuman Panas
- Gerai Minuman Sejuk
- Dewasa : RM99.00
- Warga Emas (60 tahun) : RM79.00
- Kanak-kanak (4-11 tahun) : RM59.00
1 Comments
Meriah sungguh semua hidangan yang ditawarkan.
ReplyDeleteSelamat berpuasa dan muga dipermudahkan segala urusan ibadah di bulan nan mulia ini.