Resipi Kek Marble Lembut

by - Wednesday, April 28, 2021

Kisahnya hari ni aku mencari resipi kek-kek. Jujurnya aku dah bertahun tak buat kek. Zaman menjual cup cake dulu memang la hari-hari buat kek tapi bila dah lama berhenti ni macam dah lupa resipi-resipi dan sukatan-sukatan bahan nak buat kek.


Pagi ni aku scroll Facebook dan jumpa resipi ini. Jadi aku abadikan di blog supaya senang aku nak buat rujukan sendiri disamping berkongsi resipi ni dengan pembaca blog aku. Apa pun terima kasih pada group Suka Suka Masak sebab kongsikan resipi ini.


Kredit buat tuan empunya resipi



Resipi Kek Marble Lembut


Bahan bahan:


  • 230gm mentega
  • 170gm tepung gandum
  • 170gm gula kaster
  • 5 biji telur dari fridge
  • 3 sb susu pekat
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sb ovalette
  • 3-4 sudu makan serbuk koko - diayak atau guna coklat emulco


Cara-caranya:

Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.


Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan/hingga jadi putih gebu lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.


Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.


Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan koko atau emulco pilihan anda.


Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.


Bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau sehingga masak..


Sumber Shahila

Artikel berkaitan

0 comments