Resipi Fusili Bakar Bersama Keju Dan Sardin Menggunakan Air Fryer PerySmith

Memasak menggunakan air-fryer nampaknya lagi mudah dan menjimatkan masa. Air fryer adalah gadget yang pada aku memang wajib ada di setiap rumah. Bukan hanya mampu untuk memanaskan lauk, menyahbekukan   makanan sejuk beku, malah fungsinya yang seakan oven yang mampu membakar, memanggang serta menggoreng tanpa minyak menjadikan setiap hidangan lebih sihat.


Untuk artikel kali ini aku ingin berkongsikan Resipi Fusili Bersama Keju Dan Sardin menggunakan Air Fryer PerySmith. Resipi mudah dan enak untuk persediaan menu di bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. 




Namun sebelum aku memulakan perkongsian resipi, suka untuk aku memperkenalkan air fryer dari PerySmith. Buat pengetahuan, PerySmith adalah jenama trademark dari Amerika Syarikat dan telah lulus pensijilan sistem kualiti antarabangsa ISO9001:2015



Menampilkan Teknologi 9 Blade yang serba baru, yang membolehkan sistem pemanasan aliran udara bertambah baik, ia dapat menggoreng makanan dengan minyak hampir 80% lebih sedikit. Dengan 9 bilahnya, ia juga dapat menggoreng makanan lebih cepat daripada penggoreng udara Malaysia yang lain. Suhu termostat dapat disesuaikan dari 80 ° C hingga sekitar 200 ° C. Ia juga dilengkapi dengan pemasa 30 minit, dengan pemadaman automatik untuk mengelakkan terlalu panas.



PerySmith Air Fryer ini mampu memuatkan kapasiti sehingga 3.8L, yang menjadikannya cukup untuk keluarga kecil untuk memasak. Kuali dan bakul makanan terbuat dari lapisan berlian kelas makanan PFOA, yang sangat selamat walaupun berhadapan dengan panas yang tinggi. Bahagian luar juga dilapisi dengan beberapa lapisan agar sejuk ketika disentuh, walaupun bahagian dalamnya panas.




Dengan Teknologi 9 Blade dan penampilan yang anggun, PerySmith Ecohealth  Series PS1520 ini adalah antara air fryer terbaik Malaysia yang mesti anda miliki. Berikut maklumat lanjut mengenai air fryer PerySmith ini ;

Kapasiti Pan

 

4.8L

Kapasiti Bakul

3.8L

 

Teknologi ECOHEALTH

 

makanan goreng dengan minyak kurang 80%

 

Sistem pemanasan aliran udara 3D, cepat dan jimat tenaga

Suhu termostat boleh laras

 

80 ° C ~ 200 ° C

 

Bakul makanan yang boleh ditanggalkan lapisan makanan

Pemasa 30 minit dengan pemadaman automatik

Pelbagai lapisan sejuk untuk menyentuh badan

 

Perlindungan panas berlebihan

 

Berat

5 kg

 

 

Dimensi

 

33.8 × 33.8 × 41.2 cm

 


Resipi Fusili Bakar Bersama Keju Dan Sardin Menggunakan Air Fryer PerySmith


Bahan-bahannya ;

Bahan A

  • 500gm Fusili/Spring pasta
  • 1 tin kecil sardin
  • Setengah tin sos carbonara
  • 1 biji bawang holand dipotong dadu
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • Sedikit cendawan shitake
  • Sedikit daun sup sebagai penambah rasa
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak zaitun/butter untuk menumis


Bahan B

  • 2 biji telur
  • Suku tin susu cair
  • Sedikit keju yang diparut



Cara-caranya ;

  1. Rebus pasta sehingga masak dan ketepikan
  2. Panaskan minyak
  3. Tumis bawang holand sehingga layu
  4. Masukkan serbuk kari dan tumis seketika
  5. Masukkan sardin dan tumis seketika (hancurkan sardin dengan cara menikam ketika tumis)
  6. Masukkan kiub pati ayam
  7. Masukkan garam
  8. Masukkan cendawan shitake
  9. Masukkan sos carbonara
  10. Masukkan pasta
  11. Masukkan daun sup
  12. Tutup api dan ketepikan
  • Dalam mangkuk lain pecahkan telur dan pukul bersama susu cair (bahan B) dan ketepikan seketika
Sediakan bekas tahan panas atau mangkuk kaca borosilikat dan masukkan pasta yang telah dimasakkan dan diketepikan tadi. 

Kemudian tuangkan telur yang telah dipukul bersama susu cair ke dalam adunan. Akhir sekali taburkan keju yang telah diparut dan bakar di dalam air fryer pada suhu 160° C selama 13-15 minit.




Video turut disediakan bagi Resipi Fusili Bakar Bersama Keju Dan Sardin Menggunakan Air Fryer PerySmith ini.



Untuk maklumat lanjut mengenai air fryer Perry Smith, anda boleh layari ;




Post a Comment

16 Comments

  1. Air Fryer ni memang penyelamat ketika memasak. Lagi-lagi bulan Ramadhan. Kita nak cepat, dalam masa yang sama nak sihat. Jadi, air Fryer lah kena guna.

    Brand ni, memang terkenal. Ramai yang guna. Warna pun cantik. Memikat betul warnanya.. saya pun suka.tapi sayangnya saya dah ada. Kalo tak, nak juga grand.

    ReplyDelete
  2. nampak senang je nak masal resepi ni..menarik. masak dalam air fryer pula.lagi la senang kan

    ReplyDelete
  3. Wuwuuuu sedapnya. Akak bekas masuk dalam air fryer tu memang dapat sekali ke? Diameter dia mcm air fryer lain ke? Ada nampak kat shopee. Ingat nak beli. Nak try resepi akak ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas kaca tu dari MCS ruby..hehe..

      Delete
    2. bukan bekas kaca. bekas yang masuk dalam air fryer tu kak.

      Delete
    3. akak, tu bekas kaca ke dalam air fryer? ngam ngam!!!!

      Delete
    4. Ooo basket tu ek? Haah mmg dtg sekali dgn airfryer. Pastu bekas kaca yg akk beli kat mcs tu mmg ngam2 muat masuk airfryer tu hehe

      Delete
  4. Lawa lah warna air fryer Pery Smith ni. Masak pakai air fryer ni lebih menyihatkan kerana kurang guna minyak.

    ReplyDelete
  5. Kak pun time nak membakar guna air fryer sgtlah senang dan mudah, anak2 suka guna

    ReplyDelete
  6. Selalu jugak pakai air fryer sebab malas nak menunggu minyak kalau nak masak. Lebih sihat.

    ReplyDelete
  7. banyak saya nampak review air fryer ni.. nampak sangat mudah memasak.. boleh beli ni menjelang ramadan

    ReplyDelete
  8. Waduh gile sedap ni, senang aje ek guna AF..nanti anak sedara semua ada nak buat laaaaa

    ReplyDelete
  9. Merecik eh warna air fryer ni. Lagi merecik dapat makan fusili sardin bakar tuuu. Boleh try resepi ni nanti

    ReplyDelete
  10. Smart tengok air fryer ni. Tak.pernah lagi try brand ni kat rumah. Nampak menarik sangat

    ReplyDelete
  11. Menarik resipi ni kak Min.. wahhh, boleh la try nanti.. at least try something new! Nell baru tahu kewujudan brand ni for kitchen appliances and other electrical products dia.. nampak ramai yang share about it now.. Nak tengok2kan la.. since Raya around the corner, sure banyak promo best!

    ReplyDelete
  12. AF Perry Smith ada dalam cart kat PG Mall , belum check out jer lagi sebab nak tahu jugak review orang yang dah guna. Suka sebab warna dia merah dan saiz dia yang besar. Sesuai untuk keluarga besar macam akak. Boleh dah check out pasnih....

    ReplyDelete