Memasak menggunakan air-fryer nampaknya lagi mudah dan menjimatkan masa. Air fryer adalah gadget yang pada aku memang wajib ada di setiap rumah. Bukan hanya mampu untuk memanaskan lauk, menyahbekukan makanan sejuk beku, malah fungsinya yang seakan oven yang mampu membakar, memanggang serta menggoreng tanpa minyak menjadikan setiap hidangan lebih sihat.
Untuk artikel kali ini aku ingin berkongsikan Resipi Fusili Bersama Keju Dan Sardin menggunakan Air Fryer PerySmith. Resipi mudah dan enak untuk persediaan menu di bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Namun sebelum aku memulakan perkongsian resipi, suka untuk aku memperkenalkan air fryer dari PerySmith. Buat pengetahuan, PerySmith adalah jenama trademark dari Amerika Syarikat dan telah lulus pensijilan sistem kualiti antarabangsa ISO9001:2015
Menampilkan Teknologi 9 Blade yang serba baru, yang membolehkan sistem pemanasan aliran udara bertambah baik, ia dapat menggoreng makanan dengan minyak hampir 80% lebih sedikit. Dengan 9 bilahnya, ia juga dapat menggoreng makanan lebih cepat daripada penggoreng udara Malaysia yang lain. Suhu termostat dapat disesuaikan dari 80 ° C hingga sekitar 200 ° C. Ia juga dilengkapi dengan pemasa 30 minit, dengan pemadaman automatik untuk mengelakkan terlalu panas.
PerySmith Air Fryer ini mampu memuatkan kapasiti sehingga 3.8L, yang menjadikannya cukup untuk keluarga kecil untuk memasak. Kuali dan bakul makanan terbuat dari lapisan berlian kelas makanan PFOA, yang sangat selamat walaupun berhadapan dengan panas yang tinggi. Bahagian luar juga dilapisi dengan beberapa lapisan agar sejuk ketika disentuh, walaupun bahagian dalamnya panas.
Dengan Teknologi 9 Blade dan penampilan yang anggun, PerySmith Ecohealth Series PS1520 ini adalah antara air fryer terbaik Malaysia yang mesti anda miliki. Berikut maklumat lanjut mengenai air fryer PerySmith ini ;
Kapasiti
Pan
|
4.8L |
Kapasiti
Bakul |
3.8L |
Teknologi
ECOHEALTH
|
makanan goreng dengan minyak kurang 80% |
|
Sistem pemanasan aliran udara 3D, cepat dan jimat
tenaga |
Suhu
termostat boleh laras
|
80 ° C ~ 200 ° C |
|
Bakul makanan yang boleh ditanggalkan lapisan
makanan |
Pemasa 30 minit dengan pemadaman automatik |
|
Pelbagai lapisan sejuk untuk menyentuh badan |
|
Perlindungan panas berlebihan |
|
Berat |
5 kg |
Dimensi |
33.8 × 33.8 × 41.2 cm |
Resipi Fusili Bakar Bersama Keju Dan Sardin Menggunakan Air Fryer PerySmith
- 500gm Fusili/Spring pasta
- 1 tin kecil sardin
- Setengah tin sos carbonara
- 1 biji bawang holand dipotong dadu
- 2 sudu besar serbuk kari
- Sedikit cendawan shitake
- Sedikit daun sup sebagai penambah rasa
- 1 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- Minyak zaitun/butter untuk menumis
- Rebus pasta sehingga masak dan ketepikan
- Panaskan minyak
- Tumis bawang holand sehingga layu
- Masukkan serbuk kari dan tumis seketika
- Masukkan sardin dan tumis seketika (hancurkan sardin dengan cara menikam ketika tumis)
- Masukkan kiub pati ayam
- Masukkan garam
- Masukkan cendawan shitake
- Masukkan sos carbonara
- Masukkan pasta
- Masukkan daun sup
- Tutup api dan ketepikan
- Dalam mangkuk lain pecahkan telur dan pukul bersama susu cair (bahan B) dan ketepikan seketika
16 Comments
Air Fryer ni memang penyelamat ketika memasak. Lagi-lagi bulan Ramadhan. Kita nak cepat, dalam masa yang sama nak sihat. Jadi, air Fryer lah kena guna.
ReplyDeleteBrand ni, memang terkenal. Ramai yang guna. Warna pun cantik. Memikat betul warnanya.. saya pun suka.tapi sayangnya saya dah ada. Kalo tak, nak juga grand.
nampak senang je nak masal resepi ni..menarik. masak dalam air fryer pula.lagi la senang kan
ReplyDeleteWuwuuuu sedapnya. Akak bekas masuk dalam air fryer tu memang dapat sekali ke? Diameter dia mcm air fryer lain ke? Ada nampak kat shopee. Ingat nak beli. Nak try resepi akak ni. Hehe
ReplyDeleteBekas kaca tu dari MCS ruby..hehe..
Deletebukan bekas kaca. bekas yang masuk dalam air fryer tu kak.
Deleteakak, tu bekas kaca ke dalam air fryer? ngam ngam!!!!
DeleteOoo basket tu ek? Haah mmg dtg sekali dgn airfryer. Pastu bekas kaca yg akk beli kat mcs tu mmg ngam2 muat masuk airfryer tu hehe
DeleteLawa lah warna air fryer Pery Smith ni. Masak pakai air fryer ni lebih menyihatkan kerana kurang guna minyak.
ReplyDeleteKak pun time nak membakar guna air fryer sgtlah senang dan mudah, anak2 suka guna
ReplyDeleteSelalu jugak pakai air fryer sebab malas nak menunggu minyak kalau nak masak. Lebih sihat.
ReplyDeletebanyak saya nampak review air fryer ni.. nampak sangat mudah memasak.. boleh beli ni menjelang ramadan
ReplyDeleteWaduh gile sedap ni, senang aje ek guna AF..nanti anak sedara semua ada nak buat laaaaa
ReplyDeleteMerecik eh warna air fryer ni. Lagi merecik dapat makan fusili sardin bakar tuuu. Boleh try resepi ni nanti
ReplyDeleteSmart tengok air fryer ni. Tak.pernah lagi try brand ni kat rumah. Nampak menarik sangat
ReplyDeleteMenarik resipi ni kak Min.. wahhh, boleh la try nanti.. at least try something new! Nell baru tahu kewujudan brand ni for kitchen appliances and other electrical products dia.. nampak ramai yang share about it now.. Nak tengok2kan la.. since Raya around the corner, sure banyak promo best!
ReplyDeleteAF Perry Smith ada dalam cart kat PG Mall , belum check out jer lagi sebab nak tahu jugak review orang yang dah guna. Suka sebab warna dia merah dan saiz dia yang besar. Sesuai untuk keluarga besar macam akak. Boleh dah check out pasnih....
ReplyDelete