Saranan KKM Tentang Pengambilan Vitamin C

Berikutan keadaan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan, pihak KKM turut menyarankan agar rakyat lebih prihatin dan tingkatkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi Vitamin C demi memperkuatkan sistem imuniti kita sebagai ikhtiar untuk menjauhkan kita dari terkena serangan Covid-19.



Apakah Vitamin C

Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.


Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C:

Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.

Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.


Kepentingan vitamin C

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

Dos harian vitamin C (Malaysia) ;


Faedah Kesihatan

 Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa vitamin C mungkin berkesan untuk:

  • Selesema. Vitamin C adalah suplemen kesihatan yang popular untuk selesema. Namun, semakan pelbagai kajian berkaitan vitamin C mendapati tiada bukti bahawa vitamin C adalah berkesan untuk mencegah selesema. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara tetap boleh mengurangkan tempoh dan keterukan selesema. Malangnya, penggunaan vitamin C selepas jangkitan selesema tidak mempunyai kesan yang sama.
  • Kanser. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko mendapat kanser tetapi vitamin C daripada suplemen kesihatan tidak membawa manfaat ini.
  • Masalah penglihatan golongan tua (Age – related macular degeneration; AMD). Satu kajian besar yang melibatkan golongan tua dengan AMD mendapati kumpulan yang mengambil vitamin C dengan zink, vitamin E, beta karotena dan copper lebih lambat kehilangan penglihatan (advanced AMD) berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen kesihatan tersebut di atas.


Kesan sampingan

Secara umumnya, vitamin C adalah SELAMAT diambil dalam dos yang disyorkan.

 Kesan sampingan yang biasa ialah loya, cirit-birit dan kekejangan perut.

Namun, pengambilan dos vitamin C yang tinggi (> 2000mg) untuk jangkamasa pangjang adalah tidak disarankan. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit-birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang (yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang).



Perhatian

Bagi pesakit dengan penyakit darah seperti;

Kekurangan Glukosa 6-fosfat dehidrogenase (G6PDH); Dos vitamin C yang tinggi boleh menyebabkan hemolisis (kemusnahan sel darah merah).

Hemochromatosis (keadaan yang menyebabkan badan menyimpan terlalu banyak zat besi); Dos vitamin C yang tinggi boleh memburukkan lagi pengumpulan zat besi (rujuk interaksi).


Interaksi

Vitamin C boleh:

  • Mengurangkan keberkesanan ubat untuk rawatan kanser, HIV / AIDS dan ubat bagi menurunkan paras kolesterol.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi. Bagi pesakit yang memerlukan suplemen kesihatan zat besi (contohnya: wanita hamil), ia adalah disyorkan bahawa suplemen kesihatan zat besi diambil bersama-sama dengan vitamin C.


Nasihat kepada pengguna 

Makanan (buah-buahan dan sayur-sayuran) adalah sumber vitamin C yang terbaik.

Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil suplemen kesihatan vitamin C, terutamanya pengambilan dos yang tinggi.


JANGAN mengambil vitamin C tambahan jika anda mempunyai:

  • masalah batu karang yang berulang
  • penyakit buah pinggang atau menjalani hemodialisis kronik
  • penyakit darah (kekurangan G6PDH dan hemochromatosis)

Vitamin C Pilihan Aku


Secara jujur ketika diusia muda dahulu aku mengambil supplemen vitamin C bertujuan untuk menjaga kecantikan namun apabila usia semakin meningkat aku mula menyedari bahawa vitamin C bukan hanya untuk keperluan cantik semata-mata tetapi juga untuk menguatkan imunisasi badan.

Tambahan pula ketika zaman Covid-19 melanda ini, semakin ramai mendapat kesedaran bahawa pengambilan vitamin C adalah sangat digalakkan. Betul vitamin C tidak mampu menyembuhkan Covid-19 tetapi vitamin C akan menguatkan sistem imunisasi badan dan dapat mengelakkan kita mudah terkena jangkitan Covid-19. Walaupun terdapat pelbagai perdebatan namun apa salahnya jika kita berusahakan?

Dan untuk vitamin C yang aku kekalkan pengambilannya sejak bertahun dahulu ialah Sustained Release Vita- C Plus dari Shaklee. Kenapa mesti Sustained Release Vita- C Plus dari Shaklee? Kerana berbeza dengan vitamin C lain yang berada di pasaran, Sustained Release Vita- C Plus dari Shaklee adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.


Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

Dan berikut adalah fakta nutrisi untuk Sustained Release Vita- C Plus dari Shaklee ;


Harganya pula pada aku sangat berbaloi. Bayangkan harga pasaran cuma RM 97.50 untuk sebotol vitamin C yang mempunyai 180 biji untuk keperluan 180 hari! Sangat murah bukan jika dibandingkan dengan segala kebaikan yang terdapat dalam setiap tablet?! Hanya ambil 1 biji sehari sudah melengkapi keperluan vitamin C harian anda.

Tambahan pula sempena tahun baru 2021 ini terdapat promo Sustained Release Vita- C Plus dimana anda akan mendapat penjimatan sehingga RM142.50 dengan percuma pelitup muka dan penghantaran percuma!




Jika anda tertanya dimana ingin dapatkan bekalan vitamin C dari Shaklee ini, anda boleh klik link ini https://bit.ly/3rxsP9c


Post a Comment

0 Comments