Rancang Perkahwinan Selepas PKP? Ini Solusinya..

by - Tuesday, January 19, 2021

Merancang majlis perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah dikala dunia dilanda pandemik Covid-19. Dengan peningkatan angka kes setiap hari membuatkan ramai yang menunda perancangan majlis perkahwinan.

Memahami keadaan ini, pihak Dewan Perdana FELDA telah menyediakan kemudahan bagi melancarkan perancangan majlis perkahwinan anda. Dengan langkah-langkah pematuhan SOP yang telah ditetapkan pihak Kerajaan, Dewan Perdana FELDA memberi jaminan bahawa segala ketetapan dalam pematuhan SOP wajib dipatuhi.


Berikut adalah sebab kenapa anda perlu memilih Dewan Perdana FELDA sebagai tempat menyempurnakan impian perkahwinan anda ;


1. Dewan yang besar dan luas

Dewan Perdana Felda mampu menerima jumlah tetamu sehingga 1,100 orang. Namun berikutan keadaan pandemik Covid-19 dan majlis norma baharu menetapkan kehadiran tetamu adalah terhad kepada 40-50% tetamu sahaja yang dibenarkan maka majlis boleh dihadiri seramai lebih kurang 500 tetamu dan keutamaan diberi kepada ahli keluarga dan saudara terdekat.




2. Langkah-Langkah Pematuhan SOP Yang Ketat

Bagi memastikan kelancaran majlis anda, Dewan Perdana FELDA telah memastikan setiap tetamu akan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu ;

  • Mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera

  • Memakai pelitup muka 

  • Memeriksa suhu badan dan pemakaian hand sanitiser

  • Pihak Dewan Perdana FELDA turut membekalkan sanitizer kit disetiap meja tetamu



3. Hidangan Pelbagai Jenis Masakan Melayu & Tradisional

Dewan Perdana FELDA turut menyajikan tetamu dengan pelbagai jenis hidangan terutamanya masakan Melayu dan tradisional. Setiap hidangan yang enak di sini pastinya disediakan oleh pihak D'Saji yang terkenal dengan masakan enak. Antara hidangan buat para tetamu ialah ;

  • Nasi Minyak
  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Merah
  • Daging Masak Hitam
  • Masak Lemak Daging Salai & Mangga Muda
  • Buttered Prawn
  • Sayur Goreng Jawa
  • Salca Sayuran
  • Karipap Pusar Initi Kentang
  • Apam Johol


Setiap hidangan disediakan di meja dan turut disediakan ialah sarung tangan bagi memastikan kebersihan terjaga agar terhindar dari sebarang kemungkinan jangkitan Covid-19

Bukan hanya setakat hidangan yang tertera di atas, mee goreng dan kueyteow goreng turut dihidangkan buat tetamu.



Bagi pencuci mulut pula, Dewan Perdana FELDA turut menyediakan aiskrim tapai keluaran D'saji. Terdapat pelbagai perisa termasuk vanila, mangga dan banyak lagi.




5. Platform LED

Terdapat 2 konsep dekorasi pelamin yang disediakan oleh pihak Dewan Perdana FELDA iaitu konsep Black & White dan juga konsep Tropikal.

Pada kesempatan lepas ketika diundang ke majlis perkahwinan anak Dato' Zakaria (Pengerusi FELDA D'Saji) yang diadakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), konsep yang mereka gunakan ialah konsep Tropikal.



Apa yang lebih menarik, terdapat platform LED yang dijadikan tempat makan beradab oleh pengantin. 




6. Persembahan Secara Langsung


Para tetamu turut dihiburankan dengan persembahan secara langsung. Pada majlis yang lepas kami dihiburkan oleh gesekan biola yang merdu.


7. Ruang Solat Yang Besar Dan Selesa


Kebiasaannya jika menghadiri majlis perkahwinan, perkara utama yang paling kita risau adalah untuk menunaikan solat kerana kebiasaannya majlis diadakan pada waktu antara solat Zohor dan Asar. Tapi di Dewan Perdana FELDA ini anda tidak perlu risau kerana terdapat ruangan solat yang besar dan selesa buat para tetamu.

Terdapat 2 surau berasingan lelaki dan perempuan yang disediakan di sini yang berdekatan dengan tanda. Pendek kata sangat selesa untuk kita menunaikan solat tepat pada waktunya.



8. Ruangan Parkir Yang Luas


Dan yang paling penting dan utama, terdapat ruang parkir yang sangat luas yang disediakan di hadapan Dewan Perdana FELDA. Dengan anggaran tetamu seramai 500 orang (ketika musim pandemik), ruangan parkir yang disediakan di sini sangat mencukupi tanpa anda perlu menapak terlalu jauh untuk ke dewan.


Jika anda merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan selepas musim PKP ini, Dewan Perdana FELDA adalah solusi untuk segala masalah yang berkaitan dengan perancangan majlis anda tersebut.

Untuk sebarang pertanyan dan maklumat lanjut anda boleh layari :

Telefon : 03- 2698 8302
Alamat : Jalan Maktab, Off Jalan Semarak,
54000 Kuala Lumpur 

Artikel berkaitan

13 comments

  1. dasyattt service dewan felda siap bagi sanitizer tu. betul2 ikut sop. terbaik lah..

    ReplyDelete
  2. Apa pun kena tunggu la PKP dah longgar ya tak... apa pun tempat ini memang terbaik utk majlis perkahwinan.... dewannya besar.

    ReplyDelete
  3. Rawlins memang tak pernah balik kecewa kalau hadir acara kat Dewan Perdana Felda nie. Ruang luas, parking banyak and makanan memang lazat

    ReplyDelete
  4. Terbaik Dewan Perdana Felda. Semoga dipermudahkan urusan mereka yang mahu membina mahligai.

    ReplyDelete
  5. Terbaik la Dewan Perdana Felda ni.. next company event boleh la suggest buat kat dewan ni.. very the convenient dan rasanya harga pun lebih berpatutan compare to hotel 5*

    ReplyDelete
  6. Memang luas betul dewan dia, selesa kalau jemputan ramai, tak nampak padat kann.. menu-menunya pun nampak banyak pilihan.. harga berpatutan, kalau ada di Johor ni boleh survey untuk majlis anak..

    ReplyDelete
  7. it's a nice banquet hall at the city. Good for ppl to do wedding banquet after MCO is lifted

    ReplyDelete
  8. betultu. kena buat persediaan yang rapi sbb covid ni mcm2 perubahan kpd kita smua termasuklah utk buat majlis kahwin. moga dipermudahkan urusan smuanya.

    ReplyDelete
  9. memang terbaik buat majlis kahwin kat dewan sekarang, lebih terjaga SOP. kalau kat rumah sendiri, fuh mencabar nak jaga SOP dengan sedara mara dan kawan2. lepak pulak lama2..

    ReplyDelete
  10. Venue yang cantik. Tapi waktu sekarang ni, kita nak tetapkan tarikh pun susah, sbb semua tak tentu.

    ReplyDelete
  11. I attended a wedding there before, its very convenient with ample carpark, the hall is big and comfortable.

    ReplyDelete
  12. Semoga yang merancang untuk berkahwin tahun ini dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  13. such a beautiful and spacious hall that's perfect for weddings and large gatherings. thanks for sharing this venue!

    ReplyDelete