Pulihkan Skin Barrier Dengan Azomis Skincare

by - Thursday, January 21, 2021

Zaman sekarang semakin ramai yang menyedari bahawa pendidikan kulit sangat penting. Sebab itu jika anda perasan, dilaman media sosial seperti TikTok ramai dermatalogist mula membuat content mengenai pendidikan penjagaan kulit.


Tidak seperti zaman dahulu, kini pengguna mula mengkaji setiap kandungan yang terdapat dalam sesuatu produk penjagaan kulit dan ini menyebabkan pengeluar produk penjagaan kulit semakin teliti dalam memilih bahan untuk produk mereka.


Ketahui Apa Itu 'Skin Barrier' 

Sebelum aku bercerita lebih lanjut, suka untuk aku kongsikan tentang skin barrier. Skin barrier atau dikenali sebagai acid mantle/moisture barrier/lipid barrier merupakan lapisan permukaan  kulit yang bertanggungjawab melindungi kulit dari kehilangan kelembapan, bakteria dan pengaruh persekitaran luar seperti cuaca dan pencemaran



Apa Puncanya Skin Barrier jadi Bermasalah?


1) Faktor Umur

 Makin umur meningkat, skin barrier kita akan beransur lemah. 


2) Over-Exfoliation

 Guna Scrub yg terlalu kasar atau chemical exfolaint/clay mask secara berlebihan.


3) Cuci Muka Berlebihan

 Mencuci muka terlalu kerap. Mencuci muka adalah disarankan maksima 2 kali sehari (cuci menggunakan pencuci muka). Mencuci muka terlalu kerap akan menyebabkan  hilang minyak asas pada kulit wajah.


4) Guna Produk yang Mengandungi Harsh Ingredients

Menggunakan produk yang tinggi peratusan alkohol & SLS/SLES


5) Tidak menggunakan sunscreen

Terdedah dengan cahaya UV tanpa menggunakan sunscreen sebagai pelindung.


6) Pencemaran dan terdedah pada persekitaran

Habuk/Asap/Debu (Free Radicals) dan perubahan cuaca atau suhu yang terlampau panas/sejuk juga boleh memberi kesan kepada skin barrier.


Pulihkan Skin Barrier Dengan Azomis Skincare


Jujur aku tidak didedahkan dengan pendidikan kulit dari muda. Maka disebabkan itu ketika muda aku sering terpengaruh menggunakan produk yang viral pada ketika itu tanpa mengkaji tentang kandungan yang terdapat di dalamnya. Natijahnya, skin barrier semakin rosak. Jerawat kerap hinggap dan meninggalkan parut. Keadaan ini sudah pasti sesuatu yang menggusarkan aku.

Diperkenalkan dengan Azomis Skincare pada mulanya buat aku ragu. Agak lama juga aku mengkaji bahan yang terdapat di dalam setiap produk Azomis sebelum aku mengambil keputusan untuk mencuba. Alhamdulillah dengan penggunaan yang teratur aku mula jatuh cinta.




Apa Yang Terkandung di Dalam Azomis Skincare?


Azomis Skincare menekankan penjagaan kulit yang minimal tetapi berkesan. Terdapat 4 produk penjagaan rutin kulit harian iaitu ;


1. Cleansing Mousse

Pencuci muka dengan buih yang lembut ini mengandungi ;

  • Ekstrak Aloe Vera yang bersifat menenangkan dan memulihkan kulit selain kaya dengan sumber antioksidan serta memberi kelembapan berpanjangan.
  • Ekstrak Daun Teh Hijau yang antibakteria serta memperbaiki tekstur kulit dan mengekalkan kelembapan
  • Disodium Cocoamphodiacetate yang sangat sesuai untuk kulit sensitif
Teksturnya yang lembut dan membersih secara mendalam buat aku tertarik dengan pencuci muka Azomis ini. Hanya pamkan pada tangan yang bersih dan bersihkan serata ke muka anda.




2. All in 1 Serum 

Antara kesemua produk Azomis aku paling jatuh cinta dengan All in 1 Serum ni sebab ianya memang buat kulit aku lembap. Antara kandungan serum ini ialah ;

  • Hydroviton Pus untuk kelembapan sehingga 48 jam 
  • Acetyl Hexapeptide-8 untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan 
  • Sodium Hyaluronate yang mempu menghilangkan kedutan dan garis halus
  • Ekstrak Aloe Vera yang bertindak menenangkan dan menyembuhkan kulit 
Teksturnya yang ringan memudahkan serum ini cepat meresap ke dalam kulit. Hasilnya kulit memang kekal lembap dan kulit lebih halus



Dan ini adalah 9 kebaikan All in 1 Serum ini ;

  • Kelembapan sehingga 48 jam
  • Mencerahkan kulit
  • Mengawal pengeluaran minyak
  • Membuatkan kulit lebih halus dan licin
  • Mengecilkan liang roma
  • Melindung kulit dari sinar UV
  • Mengurangkan bintik hitam dan jerawat
  • Anti radang
  • Tahan lebih lama



3. Tone Up Cream

Tone Up Cream pula mempunyai beberapa bahan yang sangat bagus untuk kulit iaitu ;

  • Niacinamide yang tengah viral sekarang dan terkenal dapat membantu membina protein kulit dan mengunci kelembapan yang berkekalan.
  • Witch Hazel untuk mengecilkan liang pori dan mempercepatkan penyembuhan jerawat.
  • Ekstrak Bengkoang bagi membantu mencerahkan kulit
  • Hydroviton Plus untuk kulit lebih sihat.
  • SPF 15 bagi melindungi kulit
Tektur Tone Up Cream yang ringan dan tidak membuatkan kulit melekit atau berminyak ni memang sangat bagus untuk aku cuma kerana kandungan SPFnya hanya 15 jadi aku terpaksa tambahkan lagi penggunaan sunscreen bagi melindungi kulit dari panahan sinar UV. 




Ingat ye! Sentiasa memakai pelindung muka (sunscreen) yang SPF sekurang-kuranya 30 bagi mencukupi keperluan untuk melindungi kulit. Sentiasa pakai sunscreen walaupun berada dalam rumah dan walaupun ketika hari hujan. Perlindungan yang mencukupi boleh menjadikan si pemakai awet muda tau!

4. Oxygen Mask

Berlainan dengan mask yang sering aku guna, Oxygen Mask ini adalah sejenis mask yang mengeluarkan buih di muka dan bahan yang terkandung di dalam Oxygen Mask ini ialah ;

  • Sorbitol Yang merupakan agen kelembapan semulajadi dari buah beri dan dia bertindak sebagai antiseptik yang berkesan serta mengekalkan kelembapan pada kulit
  • Ekstrak Alo Vera yang bertindak menenangkan serta menyembuhkan kulit
  • Sodium Hyaluronate bagi mengekalkan struktur kulit agar ia terus anjal 
  • Vitamin C yang sememangnya terkenal untuk mencerahkan kulit, antioksidan, mengurangkan cela kulit dan membuatkan kulit lebih cantik dn berseri
Cara penggunaannya, anda hanya perlu sapu rata oxygen mask ke seluruh muka anda. Teksturya seakan krim begini ;


Kemudian biarkan seketika hingga keluar buih seperti ini ;



Bilas selepas 5-10 minit. Hasilnya kulit terasa bersih, tegang dan licin. Guna hanya 1-2 kali seminggu secara teratur agar kulit lebih sihat dan cantik.

Itulah 4 jenis produk dari AZomis Skincare yang mampu membantu pulihkan skin barrier kulit anda. 



Dan aturan pemakaian pula adalah seperti berikut :

Siang

·         Cleansing Mousse

·         Serum

·         Tone Up Cream

 

Malam

·         Cleansing Mousse

·         Serum

 

Oxygen Mask

·         Pakai hanya 1-2 kali seminggu

 




Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Azomis Skincare ini anda boleh layari ;

Laman web : https://azomis.com/

Oh ye! Sebelum terlupa..sekarang Azomis sedang membuat promosi sempena Tahun Baru Cina. Setiap pembelian berharga RM198 dan keatas akan mendapat potongan harga sehingga 15%



Artikel berkaitan

1 comments

  1. makin cantik kak min...oooo itu makna skin barrier hehhee

    ReplyDelete