Selangor Kekal Jaguh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Rata-rata rakyat Malaysia tidak sabar menanti pengumuman tentang keputusan lanjutan atau tamat perintah PKPP/PKPB sejak semalam lagi.

Sidang media PKPP/PKPB yang berlangsung hari ni nampaknya mengecewakan lagi penduduk di negeri Selangor apabila Selangor diumumkan akan dilanjutkan PKPB sehingga 20 Disember 2020. 



Hari ini Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan ada beberapa negeri telah ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan ada beberapa negeri yang dilanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 20 Disember 2020.

Berikut adalah senarai penuh negeri yang ditamatkan PKPB ;

 

 

 

 

 

DITAMATKAN

NEGERI / DAERAH

KECUALI

 

Wilayah Persekutuan Labuan

 

 

Mersing, Johor

 

 

Negeri Sembilan

 

Seremban & Port Dickson

Taman Meru 2C, Ipoh, Perak

 

 

Wilayah Persekutuan Putrajaya

 

 

Kelantan

Kota Bharu, Pasir Mas, Machang & Tanah Merah

Perak

Kinta, Mukim Teja & Mukim Changkat Jong

Pulau Pinang

Mukim 12 (Daerah Barat Daya) & Mukim 13 (Daerah Timur Laut)




Manakala untuk negeri / daerah yang dilanjutkan pula ialah ; 

 

 

 

DILANJUTKAN/BERKUATKUASA

NEGERI / DAERAH

KECUALI

 

Sabah

 

 

Johor Bahru, Batu Pahat & Kulai Johor

 

Kota Tinggi, Johor

 

 

Wilayah Persekutuan Kual a Lumpur

 

Selangor

Kuala Selangor, Sabak Bernam & Hulu Selangor





Namun terdapat 2 tempat telah diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu ;

1. Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak berkuat kuasa 06 Disember 2020 sehingga 19 Disember 2020.



2. Madrasah Ad-Diniah Al Falahian, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan berkuat kuasa 07 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020



Update Terkini Perkara Yang Dibenarkan Sepanjang PKPB


Walaupun negeri yang dilanjutkan tarikh PKPB telah diumumkan, namun kerajaan turut mengumumkan perkara gembira iaitu ;

1. Pergerakan rentas daerah dan negeri dibenarkan kecuali bagi kawasan PKPD dan kebenaran ini berkuatkuasa pada 7 Disember 2020


2. Semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing.


Apa pun yang telah diumumkan, moga kita sentiasa menjaga diri kita. Ingat kita masih belum menang! Jadi berhati-hatilah dalam setiap pergerakan dan perbuatan kita.

Post a Comment

0 Comments