Resipi Makaroni Kari Cheese Bakar

by - Tuesday, December 29, 2020

Untuk resipi kali ini aku ingin kongsikan resipi yang sedikit istimewa. Gabungan timur dan barat, disatukan menjadi sebuah hidangan yang lazat buat seisi keluarga. Resipi ini aku namakan Makaroni Kari Cheese Bakar atau dalam bahasa yang nampak lebih bergaya ialah Cheesy Curry Baked Macaroni.



Resipi Makaroni Kari Cheese Bakar

Bahan-bahannya ;

1. Setengah peket macaroni direbus hingga lembut

2. 200 gram daging/ayam kisar

3. 1 biji bawang besar

4. 3 ulas bawang putih

5. 1/2 inci halia

6. 3 sudu besar kari (dibancuh dahulu dengan sedikit air)

7. 2 sudu besar sos cili atau sos tomato

8. 1 sudu kecil lada hitam

9. Garam secukup rasa

10. 3 biji telur (dipukul sebati)

11. Setengah tin susu cair

12. Mozarella Cheese

13. Sedikit butter untuk menumis

14. Cendawan butang (boleh ditambah capsicum dan sayuran yang anda suka)


Cara-Cara Memasak ;

1. Panaskan butter 

2. Tumiskan bawang besar, bawang putih & halia yang telah dikisar terlebih dahulu. Tumis hingga agak garing.

3. Masukkan kari dan tumis hingga pecah minyak

4. Masukkan daging kisar & sedikit air. Biarkan hingga betul-betul masak.

5. Masukkan sos cili/tomato dan cendawan butang

6. Masukkan lada hitam

7. Masukkan garam

8. Masukkan susu cair

9. Masukkan makaroni dan masak sebati hingga agak kering kemudian tutup api.

Masak sehingga sedikit kering 

10. Masukkan kedalam bekas yang tahan panas

12. Taburkan cheese




13. Masukkan telur yang telah dipecahkan & dipukul terlebih dahulu



14. bakar dalam ketuhar pada suhu 180° selama 15-20 minit


15. Sedia dihidang



Untuk mangkuk kaca borosilikat yang tahan suhu panas dan sejuk ini aku beli di laman web MyCookingStory ketika promosi hari tu. Memang berbaloi sebab senang, boleh masuk oven, microwave dan peti sejuk. Lagi menarik sebab ianya tahan walaupun keluarkan dari peti sejuk beku dan terus masuk ke dalam oven atau microwave. Dilengkapi dengan penutup sekali. Jadi bila Makaroni Kari Cheese Bakar ni tak habis boleh terus tutup dan simpan dalam peti sejuk, esoknya hangatkan saja dalam microwave.


Tapi sayangnya promosi ini bakal berakhir pada 31hb Disember 2020 ni. Masih berbaki 3 hari je lagi. Tapi seandainya anda terlepas promosi ini jangan bimbang kerana promosi hebat lain akan menyusul pada 2 Januari 2021 sempena promosi Tahun Baru Cina. 


Untuk pembelian boleh klik link ini https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin dan nikmati 10% diskaun dengan memasukkan kod MCSMIN.




Artikel berkaitan

2 comments

  1. Boleh la try buat lepas nih. Bekas tuh pn dah ade senang sebab dah masak boleh hidang cmtu je dh cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye wakkk terus hidang je dalam tu. Nak simpan pun mudah

      Delete