Kenali Sushi Dan Jenis-Jenisnya

Umum mengetahui bahawa Sushi adalah sejenis makanan yang berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Dan kebanyakkan dari kita hanya tahu bahawa sushi adalah sejenis nasi yang digulung bersama rumpai laut namun tidak mengetahui tentang jenis-jenis sushi. 

Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Untuk artikel kali ini jom kita kenali jenis-jenis sushi.



Chirashizushi

Chirashizushi ialah semangkuk beras sushi yang dibubuh dengan pelbagai sashimi dan hiasan seperti sayur-sayuran. Edomae chirashizushi merupakan ramuan yang tidak dimasak yang dan disusun secara menarik di atas beras sushi dalam mangkuk. Tidak ada had atau formula yang telah ditetapkan untuk bahan-bahan yang perlu dibubuh dan ini adalah pilihan sama ada tukang masak tersebut atau kadang-kadang ditentukan oleh pelanggan. Chirashizushi sering dimakan kerana mudah mengisi perut, pantas dan mudah untuk disediakan. Chirashizushi sering berbeza-beza di rantau ini. Ia sering dimakan pada festival Hina Matsuri (sejenis perayaan pada bulan Mac setiap tahun yang diadakan untuk mendoakan pertumbuhan anak perempuan).



Inarizushi

Bentuk Inarizushi adalah seperti poket tauhu goreng yang dipenuhi dengan sushi beras. Ia dinamakan sempena Tuhan Shinto - Inari, yang dipercayai mempunyai kegemaran terhadap tauhu goreng. Inarizushi amat popular di Hawaii dan dikenali sebagai 'sushi kon' di sana.



Makizushi

Makizushi ataupun 'sushi gulung', ialah satu silinder yang diisikan dengan beras sushi dan umumnya dibalut dengan Nori (rumpai laut), Makizushi biasanya dipotong untuk menjadi enam atau lapan keping untuk senang dimakan. Berikut adalah beberapa jenis makizushi:

 

  • Futomaki ialah sekeping silinder yang lebih besar, dan dibalutkan dengan Nori di luar. Diameter Futomaki biasanya di antara tiga dan empat sentimeter. Mereka sering disediakan dengan dua atau tiga bahan yang dipilih untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Semasa perayaan Setsubun, Futomaki biasanya dimakan dalam bentuk silinder tanpa dipotong ke dalam bentuk kecil. Futomaki sering dimakan oleh vegetarian, tetapi ia boleh memasukkan bahan-bahan bukan vegetarian seperti telur ikan kecil dan tuna.
Gambar Ihsan Google
  • Temaki ialah kepingan Nori besar yang berbentuk kon di luar dan membalutkan bahan-bahan di dalamnya. Panjang Temaki adalah kira-kira sepuluh sentimeter dan dimakan dengan jari kerana ia terlalu janggal untuk dimakan dengan menggunakan penyepit. Untuk mengekalkan rasa dan tekstur yang optimum, Temaki mesti dimakan dengan cepat selepas disediakan kerana kon Nori tidak lama lagi akan menjadi lembap dan agak sukar untuk digigit.
Gambar Ihsan Google

  • Uramaki ialah silinder bersaiz sederhana dengan mempunyai dua atau lebih bahan di dalam intinya. Uramaki telah berbeza daripada makimono lain kerana beras sushi-nya adalah di luar dan Nori di dalam beras tersebut. Ia boleh disediakan dengan inti yang berlainan seperti tuna, ketam, daging, mayonis, timun atau lobak merah. Uramaki tidak begitu popular di Jepun dan Uramaki susah dipegang dengan jari. Walaubagaimanapun, orang Barat yang tidak suka warna hitam makimono dengan kulit Nori di luar, Uramaki telah menjadi lebih popular di negara-negara Barat.


Sushi Premium Pada Harga Berpatutan di Eat Sushi

Kenapa perlu mengenali sushi dan jenis-jenisnya? Selain untuk memudahkan kita membuat tempahan ketika berada di restoran makanan Jepun, dengan mengenali jens sushi kita juga dapat mengetahui sama ada sushi yang kita makan itu adalah dari jenis yang premium atau pun tidak.

Jika anda sejenis yang menggemari sushi aku cadangkan sebuah restoran makanan Jepun yang terletak di Sunway Giza yang dinamakan Eat Sushi. 



Sushi yang dihidangkan di sini semuanya adalah jenis yang premium. Eat Sushi memulakan operasi mereka sejak tahun 2009 di Brisbane dan kini mereka memperkenalkan sushi premium mereka di Malaysia. Berkonsepkan makanan halal tanpa campuran alkohol mahupun benda-benda yang haram dimakan, Eat Sushi mempunyai harapan besar agar sushi mereka menjadi pilihan utama di Malaysia.


Aku sendiri sudah berkesempatan untuk merasai sendiri sushi yang dihidangkan di Eat Sushi dan bagi aku yang sememangnya penggemar sushi, sushi yang dihidangkan di sini benar-benar mempunyai rasa tersendiri dimana ianya sangat enak dan setiap gigitan terasa nikmatnya.


Harga yang ditawarkan juga lebih rendah berbanding restoran sushi yang lain. Misalnya untuk 'blue plate' seperti Simba, dan Spicy Chicken harga yang ditawarkan di Eat Sushi hanya berharga RM2.80. Manakala bagi 'green plate' seperti Grilled Chicken dan Grilled Beef pula hanya berharga RM3.80 dan bagi 'grey plate' seperti Tempura Crabstick dijual pada harga cuma RM4.80


Selain itu aku turut mencuba Tako Karaege (RM11.50), Ebi Fry Set (RM13.90), Tempura Prawn Set (RM27.80), Prawn Gyoza (RM13.50) dan banyak lagi.

Tako Karaege (Octopus)


Prawn Gyoza


Pendek kata segala yang dihidangkan di sini sememangnya sangat berbaloi untuk dicuba. Oh ye! Kalau datang ke Eat Sushi jangan lupa makan Salmon Salad Bowl yang cuma berharga RM22.50. Salmon Salad Bowl ni bukan sahaja sangat sedap malah ketulan salmonnya juga sangat banyak. Memang berbaloi siapa order ni!



Bagaimana Ingin Ke Eat Sushi?


Eat Suhi terletak di dalam bangunan Sunway Giza dan beralamat di ;

Eat Sushi (Japanese Cuisine)
A-13-G, Sunway Giza Mall,
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Reservation Line : +603 7496 7318



Untuk maklumat lanjut mengenai Eat Sushi, anda boleh layari ;




Post a Comment

3 Comments

  1. Sedap gile ye sushi kat sini. Konfem akan datang repeat. Lain dari yg lain!

    ReplyDelete
  2. Mcm2 jenis ya ruapnya. Kita tau sushi je. Sebab x makan tp nampak sedap plak sushi dlm gmbr2 nih.

    ReplyDelete
  3. Selalu makan sushi tapi tak pernah ingat nama. 😂

    ReplyDelete