Grilled Butter Chicken Kini Kembali di The Chicken Rice Shop

by - Saturday, December 12, 2020

Setiap hujung tahun biasanya aku tak pernah lepaskan peluang menikmati hidangan Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop (TCRS). Gabungan rasa isi ayam bahagian peha tanpa tulang  yang diselaputi sos mentega keemasan dan taburan daun kari dan cili ini tak pernah mengecewakan aku.

Menariknya, padanan ayam dan mentega yang diibaratkan hidangan sepadan bak merpati dua sejoli ini sekarang kembali lagi bermula dari sekarang sehingga 17 Januari 2021! Macam biasa, bila tahu hidangan ini kembali lagi aku sudah pasti tak melepaskan peluang.




Grilled Butter Chicken Hidangan Kegemaran Ramai

Menurut June Song, Ketua Pemasaran TCRS Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang meyelerakan tetapi juga kerana kombinasi yang sempurna antara ayam dan mentega.

Mentega bukan hanya sebarang ramuan. Ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan, dan tiada kata dapat menggambarkan nikmat mentega. Saya pasti rakyat Malaysia akan jatuh cinta berulangkali dengan Grilled Butter Chicken.

Kami terus berusaha untuk menyediakan makanan yang enak dan berkualiti. Itulah sebabnya menu ini menjadi pilihan ramai sekian lama. Hidangan istimewa akhir tahun ini sebagai tanda menghargai pelanggan kami.

Kami berharap keenakan sajian ini dapat enjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, sesuai untuk mengakhiri tahun anda.




Pendapat Peribadi Aku Mengenai Grilled Butter

Macam yang aku dah ceritakan diawal tadi, memang setiap hujung tahun aku tak melepaskan peluang untuk makan Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop ni. Pada aku, gabungan rasa peha ayam tanpa tulang yang dipanggang sempurna dan disaluti oleh sos mentega yang enak secukup rasa..ditambah dengan keharuman aroma daun kari yang ditabur bersama cili ni memang mantap habis.



Pendek kata, siapa penggemar chicken butter memang kena cuba Grilled Butter Chicken yang dihidangkan di The Chicken Rice Shop ni. Dengan tagline 'Jadikan GBC Jodoh Anda', Grilled Butter Chicken ini lebih enak dimakan bersama yang tersayang.



Peluang Sertai Peraduan GBC Jodoh Anda

Buat pengetahuan, TCRS turut menganjurkan peraduan GBC Jodoh anda bermula dari 16 November sehingga 20 Disember 2020. Apa yang perlu anda lakukan ialah like dan follow The Chicken Rice Shop di Facebook, Instagram dan TikTok dan ikuti langkah berikut ;

  • Beli Grilled Butter Chicken dari mana-mana cawangan The Chicken Rice Shop dan ambil gambar
  • Buka Instagram Stories dan cari filter 'Fake Video Call'
  • Pilih mana-mana filter 'Fake Video Call' yang anda suka dan pilih 'add media'
  • Tambahkan foto Grilled Butter Chicken menggunakan filter 'fake video call' dan komen kenapa anda sukakan Grilled Butter Chicken.
  • Muat naik video di Facebook/Instagram Stories atau TikTok
  • Tag @thechickenriceshop dan hashtag #Jadikan GBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken (pastikan set akaun anda kepada umum/public)


Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila layari ;

Laman web : www.thechickenriceshop.com

Facebook : https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Artikel berkaitan

7 comments

  1. Lama dah x gi makan kat sini. Lps abis pkpb ni nak cuba la resepi baharu ni.

    ReplyDelete
  2. sedapppp. suka makan butter chicken, tapi x pernah lagi rasa yang grilled punya. maybe kena try one day pula makan grilled butter chicken kat CRS ...

    ReplyDelete
  3. belum cuba lagi menu ni.Nantilah kalau jumpa tcr boleh try

    ReplyDelete
  4. Cantiknya GBC! Memang menggoda selera.

    ReplyDelete
  5. Meleleh tengok grill butter chicken tu, esk nak kena terjah TCRC nampaknya he he he

    ReplyDelete
  6. Nampak sedappp.. Lama dh x p mkn gini๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan kat chicken rice shop... Last makan anak 2 sekarang anak 4 dah... Haha.. lama tak lama tu kan..

    ReplyDelete