Cara Masak Nasi Arab Menggunakan Pressure Cooker

Rasanya boleh dikatakan hampir setiap rumah sekarang memiliki pressure cooker. Gadjet dapur yang sangat membantu golongan ibu-ibu, suri rumah mahupun membantu mereka yang mempunyai perniagaan berkaitan makanan. Bukan apa, dengan adanya pressure cooker masa yang dapat dijimatkan tu memang berganda berbanding kita masak cara biasa.

Tambahan pula masakan menggunakan pressure cooker lebih enak sebab kalau kita masak ayam atau daging, memang lembut betul kejadiannya. Jadi, jika anda ingin membuat sedikit pelaburan untuk peralatan memasak silalah melabur sedikit untuk beli pressure cooker. Sekarang di Shopee banyak tawaran istimewa untuk pressure cooker yang dulunya berharga RM700-800 kini dijual pada harga sehinga RM179 je ketika promosi.

Ok, kita tinggalkan seketika bab pressure cooker tapi sekarang aku nak berkongsi cara memasak nasi arab menggunakan pressure cooker. Nasi arab yang aku gunakan ni aku beli dari kawan baik aku sejak zaman sekolah menengah lagi, Kuza nama kawan baik aku tu. Nampak dia jual terus la aku beli dan cuba. Ternyata memang sedap lah!


Menariknya ialah resipi turut disediakan jadi aku cuma ikut cara yang ditunjukkan dan memang sebijik jadi macam yang dijual di restoran nasi arab. Jenama yang kawan aku jual ialah Nasi Arab Mandy El Khalifa.



Resipi/Cara Masak Nasi Arab Mandy El Khalifa


* Air rebusan (nisbah sukatan air untuk 500gm beras : 750gm air rebusan)
Sukatan cawan ; 1 cawan beras : 1 1/2 cawan air rebusan
-Rebus kambing hingga empuk (untuk kenikmatan berganda, disarankan menggunakan air rebusan kambing)
** Untuk ayam ; teknik rebus, perap & goreng (simpan air untuk memasak nasi sekiranya menggunakan air rebusan ayam)
- Rebus ayam hingga masak, lumurkan bahan perap (P) dan goreng sekejap dengan minyak panas sekitar seminit sahaja (sekadarnya, jangan terlalu lama) ayam akan keras jika menggoreng terlalu lama.
* Ayam panggang : lumurkan ayam bersama rempah perap (P) dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 50-60 minit (bergantung pada oven masing-masing) sekitar 15-20 minit jika menggunakan pressure cooker

ayam yang siap direbus diperap dengan rempah yang tertulis (P)

** BAHAN A (tumis)
1 biji bawang besar (dadu @ mayam)
3 sehingga 4 sudu minyak masak atau minyak zaitun
2 sudu minyak sapi 4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
BAHAN B
1. 1 Inci hali ditumbuk (tidak perlu tumis, hanya masukkan ke dalam periuk nasi)
2. Sepokok daun ketumbar dimasukkan bersama akar (tidak perlu tumis)
3. Rempah masak nasi arab mandy El Khalifa (M) *(P) = Perap *(M) = Masak
CARA MEMASAK NASI ARAB

1. Tumiskan bahan A sehingga layu dan naik bau
2. Masukkan beras dan air rebusan ayam mengikut nisbah yang disarankan
3. Masukkan bahan B dan kacau rata 4. Perasakan dengan garam.
SAMBAL ARAB (cara saya)
2 biji tomato
5-7 biji lada hijau
1 biji bawang besar
Garam
Daun ketumbar Gula Lemon
Kisar semua bahan kecuali daun ketumbar dan lemon. Siap kisar (jgn terlalu hancur) perahkan lemon n masukkan daun ketumbar




SALATOH/ACAR ARAB (Cara saya)
1 biji timun jepun
1 biji tomato
Gula
Daun ketumbar Garam
Gaulkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati
Lemon diperah jusnya




Cara Setkan Pressure Cooker

Memandangkan resipinya sudah tersedia, sekarang aku nak tunjukkan cara nak setkan untuk pressure cooker (boleh rujuk di video yang aku sediakan ini)




Untuk menumis bahan-bahan apa yang perlu anda lakukan adalah setkan menu pressure cooker anda kepada mode 'saute'. Nanti pressure cooker akan automatik set pada api yang sederhana bagi membolehkan kita menumis.

Setelah semua bahan ditumis, masukkan beras yang telah dibersihkan bersama air rebusan ayam mengikut sukatan yang disarankan, masukkan daun ketumbar bersama akar-akarnya, garam dan semua bahan yang perlu dimasukkan tadi..terus setkan pressure cooker anda ke mode 'rice'. Tutup pressure cooker dan pastikan seal butang pressure ditudung periuk tu dan biarkan je. Insyallah selepas 12 minit nasi arab anda siap dihidang.

Jangan lupa untuk titikkan sedikit pewarna kuning setelah nasi masak. Dan untuk kaedah smoke (biasakan nasi arab ada rasa macam asap-asap sikitkan?), apa yang diajar di resipi yang disediakan oleh beras Nasi Arab Mandy El Khalifa ialah bakar seketul arang, masukkan arang yang dilapik dengan aluminium foil ke dalam periuk nasi yang telah siap dikaup balik. Titiskan minyak 1/2 sudu kecil atau minyak sapi ke atas arang dan tutup periuk dengan kadar segera. Biarkan nasi di smoke dengan asap arang.




Untuk semua peralatan masakan yang aku gunakan boleh beli di https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin masukkan Promo Kod MCSMIN untuk menikmati 10% diskaun
Pressure Cooker Giselle boleh beli di https://shp.ee/2s7k8xp
Rempah beras nasi arab El Khalifa di sini http://www.wasap.my/601151248008

Post a Comment

2 Comments

  1. Ya Allah! Sedapnya nasi arab.... terliuq!

    ReplyDelete
  2. wow..nasi arab tu. hebatla. ada periuk pressure cooker..nnti boleh la try

    ReplyDelete