Istilah-Istilah Yang Wajib Blogger & YouTuber Tahu Untuk Perbaiki Pendapatan Adsense : RPM, CPC, CTR, Estimated Earning

Umum mengetahui bahawa para Blogger dan Youtuber mendapat pendapatan bulanan melalui Google Adsense. Namun sayangnya masih ramai terutamanya yang baru terjun ke bidang ini yang tidak memahami istilah yang digunapakai dalam adsense.


Istilah ini sebenarnya wajib diketahui kerana melalui istilah ini kita dapat perbaiki pendapatan bulanan kita dengan lebih baik serta dapat memahami bagaimana kiraan pendapatan kita. 

Untuk entri kali ini, jom aku perkenalkan istilah-istilah yang wajib diketahui oleh para Blogger dan Youtube.


1. RPM

Pendapatan halaman per seribu teraan (RPM) dikira dengan membahagikan anggaran pendapatan anda dengan jumlah paparan halaman yang anda terima, kemudian didarabkan dengan 1000.

Maksudnya begini..RPM adalah hasil bahagi antara jumlah pendapatan publisher dengan jumlah impression halaman di darab dengan 1000

RPM Halaman = (Anggaran pendapatan / Bilangan paparan halaman) * 1000 

Sebagai contoh, jika anda memperoleh anggaran $ 0.15 dari 25 paparan halaman, maka RPM halaman anda bersamaan  ($ 0.15 / 25) * 1000, atau $ 6.00.

RPM = $0.15/25 x 1000 = $6.00





Berapakah Jumlah Bayaran  Adsense 

RPM rata-rata untuk AdSense sangat bergantung pada kedudukan anda, kualiti laman web, sumber lalu lintas, dan jumlah pengiklan di platform AdWords. 

Ada yang mendapat sekitar $2 hingga $5 sehari, ada juga yang mendapat sekitar $5-$10 sehari manakala bagi yang mempunyai trafik yang tinggi pendapatan boleh mencecah sehingga $50 sehari. Semuanya bergantung pada keyword, kekerapan anda mengemaskini blog/channel anda dan kreativiti anda untuk menarik pengunjung untuk tetap kekal di laman web anda.


2. CPC (Cost Per Click)

CPC adalah jumlah yang ditawarkan oleh advertiser untuk 1 klik iklan oleh pengunjung. Bermaksud setiap iklan yang diklik oleh pengunjung akan dibayar oleh pihak advertiser. Semakin tinggi nilai CPC maka semakin tinggi peluang untuk dapatkan duit dari adsense.

Namun harus diingat, CPC sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang mempengaruhi CPC ialah :

1. Jumlah iklan dalam blog

2. Jenis iklan yang dipaparkan

3. Sumber pengunjung

Bagaimana untuk memastikan pengunjung terus melawat ke halaman blog anda? Semuanya bergantung pada keyword. Jadi silalah mendalami lebih ilmu tentang keyword dan SEO





3. CTR (Cost Trough Rate)

CTR adalah perbandingan berbentuk peratusan yang mengira jumlah iklan adsense yang berkaitan dipaparkan. Sebagai contoh, jika iklan dipaparkan sebanyak 1000 kali dan jumlah klik pula sebanyak 10 kali jadi pengiraannya adalah seperti berikut :

CTR = 10 (klik) / 1000 (jumlah iklan) x 100% = 1%

Buat pengetahuan CTR yang normal adalah dari 0 sehingga 5 sahaja. jika CTR anda 100% bermakna CTR anda tidak normal dan mungkin terjadi fraud click. Sebab itu jangan sekali-kali klik iklan sendiri!


4. Esimated Earning 

Manakala Estimated Earning pula adalah jumlah yang diperolehi dari iklan yang dipasang dilaman web anda (tak kira blog atauy youtube). Nilai estimate earning adalah hasil darab klik dan CPC. Semakin tinggi CPC maka semakin tinggi estimated earning dan semakin banyak klik maka semakin banyak pendapatan yang akan anda perolehi.



Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. 



Post a Comment

11 Comments

  1. Tq sis sebab share waima cx masih belajar dan cari ilmu lagi pasal ni.

    ReplyDelete
  2. wahhhh bagusnya entri ni! sangat membantu dan mudah faham!

    ReplyDelete
  3. Setuju sebab semua tu basic untuk blogger atau youtuber.

    ReplyDelete
  4. Nice sharing sis. Sampai sekarang xde adsense. Huhu...

    ReplyDelete
  5. nice sharing.. mmg noob bab bab ni..
    dan tak alert sangat pun. kena study dan fahamkan betul2..

    ReplyDelete
  6. Bagus artikel ni sangat membantu bagi yang newbie dalam hal hal SEO. SEO ni penting yer kengkawan blogger.

    Jom kita memandaikan diri supaya gaji setiap bulan dalam USD. hehe..

    ReplyDelete
  7. nice sharing kak min..Sangat bermanfaat untuk saya.Sebab sebelum ni tak pernah kisah pun pasal ni semua.Janji setiap hari ada masuk, lepas tu tunggu cash out..

    ReplyDelete
  8. Nice saring.. Kne banyak membaca lagi

    ReplyDelete