Aku pasti ada ramai dikalangan blogger yang mengalami masalah artikel telah di copy paste oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan membuatnya seolah-olah itu adalah karya asal dari mereka! Keadaan ini pasti sangat membuatkan pihak yang dicuri karyanya sedih. Manakan tidak, berpenat lelah cuba menghasilkan artikel terbaik alih-alih dicuri orang.

Gambar kredit : Google


Bukan itu sahaja.. kadangkala apabila artikel kita dicuri, sudah pasti akan sedikit sebanyak menjejaskan pageview blog kita. Ini adalah kerana kebanyakan trafik kita turut dicuri. Untuk mengelakkan kejadian ini berlaku, jom aku kongsikan cara terbaik untuk menghentikan segala perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.Sebelum itu, aku ingin ucapkan ribuan penghargaan kepada blog https://www.nurzariniismail.com/ dan blog https://www.lekatlekit.com/ yang membantu memberikan tunjuk ajar cara menghalang copy paste artikel ini berlaku.


Cara Menghalang Artikel di Copy Paste


1. Sila pergi ke DASHBOARD blog anda

2. Kemudian klik LAYOUT


3. Apabila klik LAYOUT akan keluar paparan seperti di bawah dan pastikan anda klik di bahagian yang aku tandakan bulat iaitu ADD A GADGET


4. Sila pilih HTML/JAVA SCRIPT dan klik tanda + yang dihujung paling kanan.


5. Kemudian sila masukkan kod  diruangan yang disediakan seperti gambar di bawah ini :


Kod yang anda perlu masukkan adalah :

<script language="JavaScript">
<!--
var message="Function Disabled!";
///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}
function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}
if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
// -->
</script>

Selamat mencuba. Aku pasti hasilnya tidak mengecewakan. Jika ada yang berhajat untuk copy paste artikel anda, akan keluar amaran seperti yang tertera dalam gambar berikut :