Kita sering terpesona melihat raut wajah pelakon-pelakon Korea dan Jepun yang mulus dan kulit ibarat telur yang dikupas tanpa sebarang cela.
Gambar kredit Google |
Namun tahukah anda bahawa sebenarnya setiap orang berpeluang untuk mendapatkan kulit yang bukan sahaja bersih berseri malah awet muda asalkan kita membuat rutin penjagaan kulit dengan betul.
Apa yang menyebabkan kulit kita kusam dan tetap berjerawat walaupun telah menggunakan pelbagai produk yang disyorkan ialah kerana kita salah dalam melakukan rutin penjagaan kulit harian kita. Apakah kesalahan-kesalahan tersebut? Jom aku kongsikan..
1. Tidak Membuat Double Cleansing
Tahukah anda bahawa antara rahsia kecantikan kulit orang-orang Korea dan orang Jepun ialah mereka mencuci muka menggunakan kaedah double cleansing.
Apakah double cleansing? Double cleansing adalah kaedah menggandakan cucian muka dengan menambahkan produk pencuci berasaskan minyak dan kemudian diikuti dengan cucian berasaskan air.
Ini adalah kerana kotoran berasaskan minyak seperti make-up dan sunscreen sebenarnya tidak dapat dicuci secara menyeluruh menggunakan pencuci muka berasaskan air semata-mata.
Oh ye! Pasti ada yang keliru apakah pencuci muka berasaskan air? Sebenarnya pencuci muka yang kita gunakan setiap hari itu adalah pencuci muka berasakan air. Sebab itu kita sering disarankan menggunakan penanggal make up sebelum mula mencuci muka kerana kotoran kebiasaannya tetap akan tersisa walau sekuat mana kita menggosok muka kita menggunakan buih-buih pencuci muka yang sering kita guna.
Caranya untuk membuat double cleansing ini sangat mudah. Langkah pertama anda perlu membersihkan muka menggunakan 'Oil Cleanser' (jenama apa pun tak kisah, terpulang pada anda namun pastikan jenama yang boleh dipercayai dan kandungannya sesuai dengan kulit anda). Wajib ambil perhatian! Pastikan tangan dan muka berada dalam keadaan kering ktika mencuci muka menggunakan cleansing oil. Selepas bersihkan seketika, bilas wajah anda dengan air bersih dan langkah seterusnya membersihkan wajah anda dengan pencuci muka yang biasa anda gunakan.
Antara kelebihan mencuci muka secara berganda atau double cleansing ialah ianya mampu membersihkan pori dengan lebih mendalam, menyihatkan kulit, mampu menanggalkan kotoran dari sisa makeup kalis air (waterproof makeup) dan akan menjadikan kulit anda betul-betul bersih. Ingat! Kulit yang sihat dan bersih akan membuatkan segala produk yang anda pakai akan lebih bertindak pantas dan hasilnya kulit pasti menawan.
2. Tidak Memakai Pelembap Muka (moisturizer).
Ramai yang meninggalkan kelaziman memakai pelembap muka terutama bagi mereka yang mempunyai kulit yang berminyak yang beranggapan bahawa mereka yang mempunyai kulit berminyak tidak perlu memakai pelembap muka sedangkan tanggapan itu adalah salah sama sekali.
Malah dengan tidak memakai pelembap muka, kulit akan lebih agresif mengeluarkan minyak. Bukan itu sahaja malah mengaktifkan pengeluaran jerawat.
Pelembap muka sebenarnya bertindak sebagai pelindung kulit dari sebarang masalah alergi dan sensitif terhadap makeup atau produk. Untuk mendapatkan kulit yang tidak berjerawat, kekal awet muda dan kulit tidak kusam pastikan anda mengoleskan pelembap muka setiap kali selepas mencuci muka.
3. Tidak Memakai Sunscreen
Ini adalah kesalahan paling besar yang dilakukan oleh kebanyakan wanita. Meninggalkan pemakaian sunscreen hanya akan mempercepatkan penuaan kulit anda.
Sunscreen wajib dipakai walaupun ketika anda berada di rumah atau walaupun ketika hari hujan dan mendung.
Pemakaian sunscreen pada setiap hari mampu melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahaya sekaligus mengelakkan risiko terkena kanser kulit.
Sunscreen hendaklah dipakai dalam rutin penjagaan kulit di siang hari. Cara pemakaian yang betul mengikut pakar dermatalogist adalah sebanyak 2 jari penuh dan hendaklah sentiasa disapu semula (reapply) setiap 2 jam sekali.
Sebenarnya 3 langkah penting diatas sudah mencukupi bagi mendapatkan kulit yang sihat. Amalkan 3 langkah ini anda pasti akan gembira denga hasilnya.
Untuk penjagaan kulit tambahan, bagi mereka yang berjerawat bolehlah menambahkan penggunaan Niacinamide yang mampu menghapuskan jerawat dan cela. Atau boleh juga ditambah dengan penggunaan hyaluronic asid dan serum Vitamin C.
Untuk penjagaan sebelah malam pula tidak perlu memakai sunscreen tapi memakai retinol selepas memakai pelembap muka.
Ingat! Tidak perlu memakai terlalu banyak produk. Memadai memakai asas penjagaan muka yang betul iaitu mencuci, melembap dan melindungi dari pancaran sinar UV. Simple is better! Apa pun jika anda ingin lebih berjimat dalam berbelanja produk kecantikan jangan lupa untuk berbelanja di Saleduck Malaysia dan dapatkan pelbagai diskaun dan promosi hebat di pelbagi rangkaian kedai yang terdapat di sini seperti Watsons, Guardian dan banyak lagi.
17 Comments
Honestly I agree with you about skincare regime. From what I can see, my wife really spends a lot of time to make sure that her skin is always glowing and perfect. Thanks for sharing your tips and products.
ReplyDeleteKetiga-tiga routine ni memang hari-hari LH amalkan. Memang boleh nampak wajah semakin membaik
ReplyDeletebetul tu skin routine memang penting, baru nak start jaga muka walaupun dah tua haha btw cantik gila kulit yang awak google tu eh.
ReplyDeleteBtul2......these are the 3 important things in skin care yg kita selalu abaikan. Double cleansing is a must kalo pakai makeup, moisturiser jgn sesekali ditinggalkan, dan sunblock juga jgn ditinggalkan.
ReplyDeleteOk. Rawlins jarang pakai sunscreen. Now baru tahu, even kat rumah pun kena pakai sunscreen kan. Thanks Kak Min
ReplyDeletesaya sekarang ni rajin jugaklah pakai sunscreen lepas bergelap beberapa hari dekat johor hari tu, sampai dah hitam kulit ni. hehe masa tu tak pakai sunscreen sbb dah hbis :)
ReplyDeleteiena memang buat Double cleansing, pakai serum dan pelembap dengan sunscreen tu memang wajib..cuma time malam extra siket masa tuk manja manjakan kulit sebab kene pakai face mask.
ReplyDeleteBetul, nad pun ada baca mana basic skincare ni dibjat dahulu, dh ok baru tambah yang lain. Setakat ni nad memg follow step ni.. Moisturizer tu paling lenting
ReplyDeleteTips penjagaan muka yang terbaik! Tak tau pulak pasal double cleansing ni. Bolehla cuba nak tengok muka flawless tak nanti. hahaha
ReplyDeleteAduh, usia dah menambah ni, Sis agak selalu gak abai rutin ni laa, kadang cuci-cuci biasa aje, then tido..kalau siang tu pun basic aje..huhuhu lepas ni nak kena lebih jaga laa, takut kedut datang belum usianya...
ReplyDeleteBoleh cuba laa tengok produk tu jugaa
Patutlah kulit orang korea cantik sangat. Lepas ni kena rajin kan diri buat rutin ni
ReplyDeleteSaya pernah cuba Korean 10-step face regime, dengan double cleansing segala macam tu la. Tapi hangat2 tahi ayam je. Tak cukup disiplin.
ReplyDeleteTq so much cikmin kongsi tips mudah nak jaga muka. Even mudah tapi diri ni masih lagi malas nak buat betul2 skin routine. Mesti skip lagi2 sunscreen. Kene start balik ni
ReplyDeletethanks for sharing these amazing tips thorugh this article. now i better understand the steps to take, and the products to use! :)
ReplyDeleteoh saya just buat cucian biasa je. tak pernah terfikir pasal double cleansing tu. btw thanks for the tips.
ReplyDeleteI agree with you on all 3 points. Especially on apply the moisturizer everyday to keep the skin nourish
ReplyDeleteTq utk tips ni. Dah lama tk buat sb produk habis. Hehe
ReplyDelete