Menerima anugerah dan award (biasa dikenali sebagai Play Button) dari Youtube adalah impian bagi setiap YouTuber. Play Button adalah tanda aras kejayaan sesuatu channel. Jika anda seorang YouTuber anda pasti akan sangat berbangga jika menerima Play Button Dari Youtube.

Namun, untuk mendapatkan Play Button bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kerja keras dan juga 'populariti' kerana setiap award yang diberikan adalah berdasarkan jumlah pengikut (subscribers) di channel anda.




Sebelum kita pergi lebih jauh, jom aku terangkan sedikit beberapa peringkat untuk menjayakan channel Youtube anda. Apa yang penting anda perlu melepasi tahap ini (tahap ini tidak merangkumi anugerah fizikal dan pengumuman tetapi sebaliknya menawarkan faedah alternatif ) :

1. Graphite

Untuk channel yang menjangkau atau melebihi 100 subscribers. Ini membolehkan pencipta mempunyai nama pengguna dan URL khusus seperti dan bukannya rentetan huruf rawak. Nama khusus tersebut adalah seperti ini https://www.youtube.com/c/BebelanCikmin

2. Opal

Untuk channel yang menjangkau atau melebihi 1,000 subscribers. Ini juga merupakan salah satu daripada tiga syarat yang berlaku untuk Program Rakan Kongsi YouTube untuk monetisation, dua yang lain adalah minimum 4,000 jumlah jam tontonan penonton dalam 12 bulan terakhir dan tinjauan kandungan saluran untuk menentukan kelayakan. Channel yang sudah monetised juga dapat mengaktifkan Super Chat, sementara channel permainan (game) juga dapat mengaktifkan keahlian saluran (channel membership)

3. Bronze

Untuk channel yang mencapai atau melebihi 10,000 subscribers. Sekiranya channel sudah monetised, tahap ini akan menambahkan pilihan Teespring Monetization 


Award Play Button

Play Button akan diberikan YouTube hanya untuk pencipta yang mematuhi peraturan. Saluran mesti disemak sebelum anugerah diberikan. Ini bermaksud bahawa pencipta yang layak mendapat anugerah adalah pencipta yang dapat mengekalkan reputasi baik untuk akaunnya tanpa pernah menerima teguran hak cipta, melanggar garis panduan komuniti, atau meningkatkan jumlah pelanggan secara organik antara kriteria lain.

Sekiranya kelayakan saluran disetujui, YouTuber akan mendapat pemberitahuan dari Creator Studio dalam masa satu minggu setelah melewati pencapaian Anugerah Pencipta.

Pemberitahuan akan merangkumi kod penebusan unik yang mesti anda masukkan di portal penebusan Youtube. Selepas itu, anda perlu mengisi nama saluran dan maklumat penghantaran.

Setelah anda menghantar semua maklumat, YouTube akan mula membuat Anugerah Pencipta. Tetapi semuanya bergantung pada tempat tinggal Youtuber. YouTube memerlukan 2-3 minggu untuk membuat dan menghantar anugerah Play Button. Pendek kata prosesnya sama ketika anda memohon untuk monetisasi di mana anda akan menerima surat (kod) dari Google Adsense terlebih dahulu.

Jadi, berapakah jumlah subscribers yang anda perlu ada bagi melayakkan anda menerima Play Button? Sila lihat senarai ini :

Silver Creator Award

100,000 Subscribers

 

Golden Creator Award

1,000,000 Subscribers

 

Diamond Creator Award

10 million Subscribers

 

Custom Creator Award

50 million Subscribers

 

Red Diamond Creator Award

100 million Subscribers

 

PewDiePie menerima Red Diamond Play Button kerana mempunyai 100 juta subscribers (foto kredit : Google)

Semoga artikel ini bermanfaat sebagai garis panduan untuk para Youtubers terutama Youtuber pemula mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk menerima Play Button