Umum mengetahui bahawa kesan pandemik Covid-19 menjejaskan banyak pihak. Bagi golongan usahawan pula, Covid-19 bukan sahaja membantutkan perkembangan malah boleh menjejaskan periuk nasi mereka. 

Prihatin dengan apa yang menimpa, Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin selaku Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah turun padang menyertai Program Eksplorasi Koperasi Negeri Terengganu yang berlangsung selama 3 hari bermula 18 September 2020 sehingga 20 September 2020.




Program PULIH

Memandangkan ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19, Program Pelan Pemulihan Ekonomi Koperasi : Insentif Promosi Dan Pemasaran Sektor Ekonomi Utama Pelancongan dan Penjagaan Diri (PULIH) merupakan salah satu inisiatif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah dilaksanakan secara task force bagi membantu koperasi yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Insentif ini bertujuan bagi membantu koperasi yang menjalankan aktiviti pelancongan dan penjagaan diri kembali beroperasi pada tahap maksimum selepas mengalami pengurangan dalam permintaan dan ketidakupayaan koperasi untuk terus beroperasi selepas kerajaan mengumumkan pembukaan semula ekonomi bagi sektor pelancongan.


Objektif Program PULIH

Antara tujuan atau objektif utama program PULIH diadakan adalah :

  • Membantu koperasi mendepani cabaran ekonomi semasa dalam jangka masa pendek selepas pembukaan semula ekonomi bagi sektor pelancongan dan penjagaan diri.
  • Mendorong dan membantu koperasi untuk menjana semula aktiviti serta meningkatkan pendapatan selepas mengalami pengurangan permintaan dan penutupan sektor pelancongan dengan bantuan insentif promosi dan pemasaran aktiviti pelancongan dan penjagaan diri.
  • Inisiatif khas SKM dalam usaha membantu kelangsungan koperasi untuk terus beroperasi serta berdaya tahan dan berdaya saing dalam era kebiasan baharu selain mengurangkan kesan ekonomi yang dihadapi oleh koperasi.


Pelaksanaan Program


Program PULIH dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dengan mewujudkan dana insentif khs bagi menyokong aktiviti promosi dan pemasaran dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri oleh koperasi khusus untuk pembangunan semula ekonomi koperasi di bawah sektor pelancongan dan penjagaan diri.

Bagi maksud pelaksanaan program ini, SKM telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta (Ringgit Malaysia : Satu Juta Sahaja) dalam bentuk bantuan insentif promosi dan pemasaran serta penganjuran program pemulihan sokongan yang akan memanfaatkan lebih 80 buah koperasi dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri.

Sehingga 10 September 2020, SKM telah meluluskan bayaran insentif pulih sebanyak RM525,500.00 kepada 65 koperasi seluruh Malaysia. Untuk negeri Terengganu pula terdapat 9 koperasi telah diluluskan untuk bayaran insentif pulih dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM70,000


Sekitar Majlis Pelancaran PULIH


Majlis Pelancaran Program Pelan Pemulihan Ekonomi Koperasi : Insentif Promosi Dan Pemasaran Sektor Ekonomi Utama Pelancongan dan Penjagaan Diri (PULIH) telah diadakan di Terminal Pelancongan Besut, Terengganu.



Majlis ini telah dilancarkan sendiri oleh Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin selaku Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Di majlis ini sumbangan insentif telah diagihkan kepada 9 koperasi yang terpilih antaranya Koperasi maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu Berhad sebanyak RM6,000, Koperasi Keluarga Haji Abdullah Besut Berhad sebanyak RM5,000 , Koperasi Tenaga Muda Hulu Besut Berhad sebanyak RM10,000 dan Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang Berhad sebanyak RM6,000




Program Eksplorasi Koperasi Negeri Terengganu Selama 3 Hari

Selama 3 hari bermula 18 September sehingga 20 September 2020 yang lalu, Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin meluangkan masa untuk melawat sendiri ke beberapa lokasi bagi mendengar sendiri keluhan para usahawan. 

Antara tempat yang sempat dilawati oleh Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin ialah Koperasi Felcra Malaysia Berhad di Gong Badak, Koperasi Syarikat Wan Zamri Terengganu Berhad, Koperasi Ummu Wahidah Terengganu Berhad dan Kedai Air Batu Koperasi Bersatu jaya Pulau Perhentian Besut Berhad.







Diharapkan dengan usaha murni pihak kerajaan dan SKM ini dapat membantu mengurangkan beban para ahli koperasi disamping dapat menaikkan kembali sektor pelancongan dan penjagaan diri.