Program Eksplorasi Koperasi Negeri Terengganu Jelajah Membantu Koperasi Yang Terkesan Akibat Covid-19

Umum mengetahui bahawa kesan pandemik Covid-19 menjejaskan banyak pihak. Bagi golongan usahawan pula, Covid-19 bukan sahaja membantutkan perkembangan malah boleh menjejaskan periuk nasi mereka. 

Prihatin dengan apa yang menimpa, Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin selaku Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah turun padang menyertai Program Eksplorasi Koperasi Negeri Terengganu yang berlangsung selama 3 hari bermula 18 September 2020 sehingga 20 September 2020.




Program PULIH

Memandangkan ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19, Program Pelan Pemulihan Ekonomi Koperasi : Insentif Promosi Dan Pemasaran Sektor Ekonomi Utama Pelancongan dan Penjagaan Diri (PULIH) merupakan salah satu inisiatif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah dilaksanakan secara task force bagi membantu koperasi yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Insentif ini bertujuan bagi membantu koperasi yang menjalankan aktiviti pelancongan dan penjagaan diri kembali beroperasi pada tahap maksimum selepas mengalami pengurangan dalam permintaan dan ketidakupayaan koperasi untuk terus beroperasi selepas kerajaan mengumumkan pembukaan semula ekonomi bagi sektor pelancongan.


Objektif Program PULIH

Antara tujuan atau objektif utama program PULIH diadakan adalah :

  • Membantu koperasi mendepani cabaran ekonomi semasa dalam jangka masa pendek selepas pembukaan semula ekonomi bagi sektor pelancongan dan penjagaan diri.
  • Mendorong dan membantu koperasi untuk menjana semula aktiviti serta meningkatkan pendapatan selepas mengalami pengurangan permintaan dan penutupan sektor pelancongan dengan bantuan insentif promosi dan pemasaran aktiviti pelancongan dan penjagaan diri.
  • Inisiatif khas SKM dalam usaha membantu kelangsungan koperasi untuk terus beroperasi serta berdaya tahan dan berdaya saing dalam era kebiasan baharu selain mengurangkan kesan ekonomi yang dihadapi oleh koperasi.


Pelaksanaan Program


Program PULIH dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dengan mewujudkan dana insentif khs bagi menyokong aktiviti promosi dan pemasaran dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri oleh koperasi khusus untuk pembangunan semula ekonomi koperasi di bawah sektor pelancongan dan penjagaan diri.

Bagi maksud pelaksanaan program ini, SKM telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta (Ringgit Malaysia : Satu Juta Sahaja) dalam bentuk bantuan insentif promosi dan pemasaran serta penganjuran program pemulihan sokongan yang akan memanfaatkan lebih 80 buah koperasi dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri.

Sehingga 10 September 2020, SKM telah meluluskan bayaran insentif pulih sebanyak RM525,500.00 kepada 65 koperasi seluruh Malaysia. Untuk negeri Terengganu pula terdapat 9 koperasi telah diluluskan untuk bayaran insentif pulih dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM70,000


Sekitar Majlis Pelancaran PULIH


Majlis Pelancaran Program Pelan Pemulihan Ekonomi Koperasi : Insentif Promosi Dan Pemasaran Sektor Ekonomi Utama Pelancongan dan Penjagaan Diri (PULIH) telah diadakan di Terminal Pelancongan Besut, Terengganu.



Majlis ini telah dilancarkan sendiri oleh Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin selaku Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Di majlis ini sumbangan insentif telah diagihkan kepada 9 koperasi yang terpilih antaranya Koperasi maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu Berhad sebanyak RM6,000, Koperasi Keluarga Haji Abdullah Besut Berhad sebanyak RM5,000 , Koperasi Tenaga Muda Hulu Besut Berhad sebanyak RM10,000 dan Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang Berhad sebanyak RM6,000




Program Eksplorasi Koperasi Negeri Terengganu Selama 3 Hari

Selama 3 hari bermula 18 September sehingga 20 September 2020 yang lalu, Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin meluangkan masa untuk melawat sendiri ke beberapa lokasi bagi mendengar sendiri keluhan para usahawan. 

Antara tempat yang sempat dilawati oleh Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin ialah Koperasi Felcra Malaysia Berhad di Gong Badak, Koperasi Syarikat Wan Zamri Terengganu Berhad, Koperasi Ummu Wahidah Terengganu Berhad dan Kedai Air Batu Koperasi Bersatu jaya Pulau Perhentian Besut Berhad.







Diharapkan dengan usaha murni pihak kerajaan dan SKM ini dapat membantu mengurangkan beban para ahli koperasi disamping dapat menaikkan kembali sektor pelancongan dan penjagaan diri. 

Post a Comment

18 Comments

  1. Terima kasih untuk penganjur sebab program mcm ni perlu buat masa sekarang kan , untuk bantu. ayuh la kita sama2 bantu membantu kalau mampu..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ada inisiatif mulia macam ni kan. Tambah-tambah dengan keadaan sekarang yang sangat menekan ahli koperasi, program macam ni setidak-tidaknya boleh membantu mereka supaya tak hilang semangat dan terus aktif!

    ReplyDelete
  3. Inisiatif yang bagus lagi-lagi tengah musim yang tak menentu, sekurangnya dapat bantu golongan yang terjejas untuk kembali menjana pendapatan.

    ReplyDelete
  4. Inisiatif yang bagus. Semoga mereka yang terkesan dapat bangkit dan mula bersemangat untuk berniaga. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Bagus usaha koperasi dalam membantu usahawan yang terjejas pada musim wabak ni. Semoga program ni diteruskan lagi di negeri-negeri lain juga.

    ReplyDelete
  6. such a good program. ramai terkesan dengan covid ni. selagi border belum buka jom la kita tingkatkan kembali ekonomi negara

    ReplyDelete
  7. Terengganu, negeri yang sangat cantik bagi saya. memang x pernah puas nak jalan2 kat negeri ni. Next week nak ke Terrapuri. eh

    ReplyDelete
  8. Ini semua demi melonjakkan program keusahawanan dalam keperitan COVID-19. Ini dia manfaat bagi semua terutama bagi sosio-ekonomi kekal seimbang. Ayuh jadilah kreatif dan berinovasi lebih lagi pada semua koperasi terpilih. Terima kasih program PULIH.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih laa pada pihak berkenaan yang mengadakan prosgram macam ni, sekurangnya ada juga tempat mereka nak tuju untuk selesaikan kemelut bebanan kewangan time pandemik kann..

    ReplyDelete
  10. Program terbaik! inisiatif yg patut dicontohi. dan wow bestnya dapat jelajah terengganu, banyak pengalaman dapat ditimba ❤

    ReplyDelete
  11. Bagus program mcm ni. Dpat pulihkan smgt yang terkesan dengn covid ni..

    ReplyDelete
  12. Bagus inisiatif utk membantu usahawan2 yg terjejas dalam era pandemik nie. Beruntunglah usahawan di bawah koperasi. Semoga usaha dpt memulihkan semula ekonomi mereka

    ReplyDelete
  13. bagus inisiatif macam ni. atleast boleh bantu mana yang memerlukan. usahawan mmg paling terkesan bila adanya covid ni.

    ReplyDelete
  14. Bagus ada initiatif macam ni, memang ramai peniaga tempatan yang terkesan akibat covid kan.

    ReplyDelete
  15. Bagus ada rogram macam ni dapat membantu lain2 usahaean dlm keadaan gawat sekarang sejak PKP ni

    ReplyDelete
  16. Terengganu memang banyak tempat-tempat menarik, atie sendiri tak pernah jemu berjalan ke sana.. sedikit sebanyak cuba gak bantu ekonomi yang terganggu ni.. hee~

    ReplyDelete
  17. Bagus la program PULIH ni kan.. terbaik initiatif at least dapat membantu mengekalkan ekonomi yang terjejas disebabkan oleh Covid19 ni... fund rolling is important to maintain.. semoga program ni berjaya dan we will win this fight together.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah adanya program pulih ni daoat tolong mereka yang terjejas teruk kesan dari sejak pelaksanaan PKP...rindu kampung halaman..

    ReplyDelete