McDonald's Malaysia Naikkan Papan Tanda MEKDI di 16 Cawangan Seluruh Malaysia
Sebut sahaja McDonald's sudah pasti dari golongan tua hingga la kanak-kanak terbayangkan keenakan burger dan ayam goreng. McDonald's yang sudah sebati di sebut Mekdi oleh rakyat Malaysia ini nampaknya masih mempertahankan kedudukan mereka yang teratas dalam senarai makanan pilihan di Malaysia walau sudah bertapak sejak 1982 di negara kita.
Mekdi Bukit Bintang |
Bersempena sambutan kemerdekaan yang ke-63 yang berlangsung pada setiap 31 Ogos, McDonald's Malaysia telah menzahirkan jiwa 'Malaysianya' dengan menaikkan papan tanda Mekdi di 16 cawangan terpilih iaitu :
- McDonald's Bukit Bintang
- McDonald's Titiwangsa
- McDonald's KLCC
- McDonald's Putrajaya, Presint 2
- McDonald's Kuala Selangor
- McDonald's Greenlane, Pulau Pinang
- McDonald's Jln Gopeng, Ipoh, Perak
- McDonald's Stulang Laut, Johor
- McDonald's Kulai, Johor
- McDonald's Kuala Pilah, Negeri Sembilan
- McDonald's Taman Buaya, Melaka
- McDonald's Teluk Cempedak, Pahang
- McDonald's Kota Bharu, Kelantan
- McDonald's Kuala Terengganu, Terengganu
- McDonald's Kuching 1, Sarawak
- McDonald's Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah
![]() |
Papan Tanda Mekdi di Putrajaya |
Papan Tanda Mekdi di Kota Bharu |
"Dikenali sebagai Mekdi di kalangan rakyat Malaysia, jenama McDonald's terus berkembang
seperti hari ini atas sokongan padu para pelanggan kami. Nama Mekdi mendapat sambutan hangat ketika pertama
kali kami memperkenalkan papan tanda itu di restoran ikonik kami di Bukit
Bintang tahun lalu, dan ini jelas menunjukkan bahawa Mekdi amat sinonim dengan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan
masyarakat. Jadi tahun ini, kami ingin memberi penghormatan kepada lebih ramai
rakyat Malaysia di seluruh negara dengan menukarkan restoran McDonald's
kegemaran mereka kepada Mekdi," kata
Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's
Malaysia.
Nasi Lemak & Cendol Sebagai Simbolik Menu Perpaduan Masyarakat Majmuk
#Mekdi
#McDonaldsMalaysia
#NasiLemakMcD
8 comments
Teringin makan MEKDI pulak harini. 😋😋😋
ReplyDeleteYeahh kita dh rasa.. Sedp..
ReplyDeleteTak sempat nak rasa cendol tu... Hmmm... Rare gila yg kat KB tu ada tulisan jawi
ReplyDeleteKulim kedah xberubah... Nanti balik kelantan kita g serbu mekdi hahaha...
ReplyDeletekalau saya pun selalu dgn kawan kawan pggil mekdi je
ReplyDeleteWah cendol pun ada. Rindu mekdi
ReplyDeleteBaru tadi makan mekdi. Banyak lak tu order sebab craving betul tadi 😅
ReplyDeleteYeah... Hidup Mekdi. Love Mekdi. Love Malaysia.
ReplyDelete