Pernah tak terdengar ungkapan 'Wang tidak mampu membeli cinta?'. Secara jujur dari segi perspektif berbeza pada zaman yang sangat membutuhkan kewangan yang kuat aku sama sekali tidak bersetuju pada ungkapan itu. Mengapa? Aku ada alasan yang tersendiri dan aku yakin setiap orang mempunyai alasan dan hujah masing-masing.
Jika ditanya secara peribadi mengenai cinta, aku yakin cinta sentiasa akan berubah kecuali kecintaan kita pada Allah yang satu. Namun, jika ditanya sanggupkah aku menggadaikan sebuah cinta demi wang? Sejujurnya aku tidak sanggup sebab wang tidak mampu membeli kebahagiaan.
Indecent Proposal Buktikan Wang Mampu Musnahkan Segalanya
Siapa yang pernah menonton filem bertajuk Indecent Proposal lakonan hebat Robert Redford, Demi Moore dan Woody Harrelson? Filem ini diterbitkan pada tahun 1993 dan ia adalah sebuat filem box office pada ketika itu.
Indecent Proposal mengisahkan tentang sebuah perkahwinan hancur kerana duit. Ia bermula dengan kisah Diana dan David Murphy yang sangat bahagia dengan perkahwinan mereka telah pergi ke Las Vegas untuk berjudi dalam mencuba nasib mencari wang demi pembiayaan kediaman idaman David. Pada mulanya mereka bernasib baik dan menang dan kemudiannya mereka kehilangan segalanya.
Kemudian muncul John Gage yang tertarik pada Diana. Gage dalam filem ini adalah seorang yang sangat kaya. Pada mulanya Gage 'meminjam' Diana sebagai teman yang membantunya menang dalam perjudian sebanyak 1 juta Dollar dan kemudiannya Gage yang sangat tertarik dengan Diana mula membuat tawaran sebanyak 1 Juta Dollar kepada pasangan itu dan sebagai cagaran untuk bermalam dengan Diana.
Mereka yang menolak pada mulanya akhirnya menerima tawaran tersebut dengan alasan mereka memerlukan wang dan 'hubungan' itu hanya 1 malam dan akan dilupakan kemudiannya. Kemudian scene beralih kepada kehidupan mereka selepas itu. Walaupun mereka mempunyai wang sebanyak sejuta dollar namun kehidupan bahagia mereka mula hancur dek kerana insiden berkenaan.
Walaupun Diana sebolehnya mempertahankan perkahwinan mereka namun dipihak David sendiri kepercayaan sudah luntur. David sering cemburu tanpa sebab walaupun diawalnya persetujuan tersebut adalah persetujuan bersama. Dek kerana sering berantakan mereka mula tidak lagi tinggal sebumbung manakala Gage yang memang tergilakan Diana mula mendapat tempat di hati Diana.
Hingga akhirnya bila Diana dan Gage memulakan hubungan mereka, Diana mula menuntut cerai dari David dan namun kerana cinta mereka kuat akhirnya Diana meninggalkan Gage untuk kembali bersama David.
Mungkin pada persepektif berbeza ada yang yang anggap kisah ini menggambarkan betapa cinta tidak boleh dibeli. Tetapi pada pandangan aku sendiri dalam kisah ini, cinta masih boleh dibeli kalau tidak mana mungkin cinta Diana berpaling pada Gage juga akhirnya.
Tetapi pada aku wang mampu menghancurkan segalanya walaupun sebuah kehidupan yang bahagia. Macam kisah Diana dan David ni, mereka sangat bahagia sebelum tawaran 1 juta tu datang dalam hidup mereka. Dan seperti orang lain, mereka fikir yang wang mampu membahagiakan mereka tapi pada akhirnya musnah dengan pelbagai prasangka buruk, tuduhan melulu, hilang kepercayaan dan diburu dengan 'kisah 1 malam'.
Jadi sebagai pengakhir kata, wang bukan segalanya.. Bagi yang belum menonton filem ini, boleh la mula mencari filem ini di internet. Filem lakonan hebat ketiga-tiga pelakon terkenal Hollywood ini pasti tidak mengecewakan.
2 Comments
Betul wang tak dapat membeli cinta tapi tula serba sedikit kita nak effort pun perlukan wang 😅😐
ReplyDeletewang dapat kalahkan banyak benda
ReplyDelete