Segi Fresh Tawarkan Barangan Segar dan Murah Buat Pelanggan

by - Tuesday, August 18, 2020

Membeli barangan keperluan harian sememangnya menjadi rutin bagi semua suri rumah. Tak ketinggalan, aku juga begitu dan seperti ibu-ibu lain di luar sana, memastikan keperluan harian mencukupi untuk seisi keluarga adalah satu kemestian. Apatah lagi jika berbicara soal kualiti, sudah pasti semua ibu-ibu menitikberatkan soal kualiti.

Di Segi Fresh, bukan sahaja kualiti malah jika anda berbelanja di sini anda juga akan mendapat barangan yang segar pada harga yang murah. Sebab itulah aku dan suami suka membeli barangan keperluan terutama keperluan dapur seperti lauk pauk dan sayuran di Segi Fresh.



Percaya tak jika aku cakap aku hanya berbelanja kurang dari RM200 dan aku sudah boleh menyimpan stock barangan dapur untuk lebih 2 minggu? Cuma bab ini agak subjektif sebab bergantung pada size keluarga. Tapi aku personally jika berbelanja barang dapur kurang RM200 di Segi Fresh, stock itu mencukupi sehingga lebih 2 minggu (aku hari-hari memang memasak).

Bukan itu sahaja, kebiasaannya aku akan pilih makanan laut seperti udang harimau, sotong, kerang dan sebagainya. Pendek kata kalau berbelanja kurang RM200 di Segi Fresh ni anda dah boleh 'makan besar'



Misalnya macam Sabtu lepas, aku berbelanja di Segi Fresh dan apa yang aku dapat adalah udang harimau yang besar (sebesar udang galah bersaiz sederhana), sotong segar, ikan susu sebesar lengan, ikan dowry dan banyak lagi dan kos keseluruhan (termasuk membeli barangan kering seperti tepung, santan kotak, gula dan sebagainya) cuma RM185 je (kurang dari RM200) dan semestinya stock ini pastinya sekurang-kurangnya cukup untuk sebulan (paling tidak lebih dari dua minggu)

Tengoklah senarai barangan yang aku beli ni..bukan sikit-sikit barangan yang aku beli ni ye..

Disebabkan aku beli udang harimau maka minggu ni aku memang aku asyik masak menu udang harimau je la sebab udang memang lauk kegemaran aku haha.. Hari tu, balik je dari Segi Fresh terus aku buat Masak Lemak Tempoyak Udang Harimau tambah pulak petai yang beli kat Segi Fresh jugak..perghh memang meleleh!



Sedikit Mengenai Segi Fresh


Segi Fresh Market adalah di bawah naugan Segi Group iaitu sebuah syarikat yang telah beroperasi lebih dari 20 tahun. Dengan menggunakan tagline 'Pilih Fresh, Pilih Segi' , Segi Fresh Market sentiasa memastikan pelanggannya berpuashati dengan kualiti dan kesegaran barangan mereka walaupun harga yang dijual lebih murah berbanding di tempat lain.

Sehingga kini Segi Fresh Market telah pun mempunyai 42 cawangan termasuk di luar Lembah Klang. 

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Segi Fresh Market ni, anda boleh lah dapatkan maklumat lanjut menerusi :

Laman web : http://segifresh.com/

Artikel berkaitan

2 comments

  1. Sally selalu pergi SEGI Fresh, sebab memang dekat dengan kawasan rumah Sally, dekat gila like kalau pergi SEGI Fresh cawangan Ampang tu, jalan kaki je daripada rumah. HAHA.

    ReplyDelete
  2. memang suka gi segi,puas hati membeli.

    ReplyDelete