Ketahui Apa Itu Ammonium Nitrate & Lima Tragedi Besar Akibat Letupan Ammonium Nitrate

by - Wednesday, August 05, 2020

Hari ini dunia telah dikejutkan dengan berita letupan ammonium nitrate yang dianggarkan seberat 2,750 tan menggegarkan kota Beirut, Lebanon pada lewat petang selasa (waktu Lebanon) atau awal pagi Rabu waktu tempatan yang mengakibatkan 100 kematian dan lebih 4,000 cedera.

Lima tragedi besar akibat letupan ammonium nitrate
Gambar ihsan google

Menurut Gabenor Beirut, Marwan Abboud, letupan itu telah menyebabkan kemusnahan kepada hampir separuh bangunan di bandar berkenaan dan hospital sesak dengan pesakit yang cedera. Manakala menurut Perdana Menteri Lebanon, Hassan Diab ammonium nitrate yang meletup itu disimpan di sebuah depoh tanpa pengawasan rapi selama lebih enam tahun.

Kesan letupan itu dikatakan menghampiri kekuatan gempa bumi 3.5 skala Ritcher, menurut Pusat GeoSains Jerman.Gegaran boleh dirasai sehingga ke Kepulauan Cyprus, 200 kilometer merentasi Lautan Mediterranean.


Orang awam yang merakam kejadian letupan itu dari 2 kilometer jauhnya, turut tercampak akibat impak yang kuat.

Apa Itu Ammonium Nitrate

Ammonium nitrat ialah sebatian kimia dengan formula kimia NH4NO3 yang berwarna putih serta sangat larut dalam air. Sebatian ini terdiri daripada kation ammonium dan anion nitrat.


Apa itu Amonium Nitrat, Penyebab Ledakan di Lebanon - Ringtimes Bali

Sebatian ini biasanya digunakan dalam bidang pertanian sebagai baja nitrogen. Tambahan pula, sebatian ini juga digunakan sebagai bahan letupan dalam bidang pelombongan dan pembinaan awam.
Ammonium nitrat merupakan garam ammonium yang terhasil daripada asid nitrik, satu sebatian yang sangat berbahaya jika masuk ke dalam badan manusia.


Ia digunakan secara meluas dalam penghasilan baja serta bahan letupan dalam sektor perlombongan untuk menghasilkan yis dan antibiotik.

Di Queensland, sebagai contoh, 99 peratus ammonium nitrat digunakan untuk bahan letupan di lombong, manakala 1 peratus untuk penghasilan baja.

Bahan itu boleh menghasilkan tindak balas yang berbahaya jika terdedah kepada bahan tertentu.


5 Tragedi Besar Akibat Letupan Ammonium Nitrate


Berikut merupakan lima kejadian letupan ammonium nitrat yang tercatat dalam sejarah dunia.


1. Letupan gudang barang di Tianjin, China (2015)
 

Dua letupan besar terjadi di gudang yang terletak di bandar pelabuhan Tianjin, dan disusuli kebakaran besar pada Ogos, 2015.

Kejadian itu mengakibatkan 110 anggota kecemasan, 55 penghuni dan pekerja telah terkorban. Selain itu 790 orang awam dilaporkan tercedera, manakala lapan mayat gagal ditemui sehingga ke hari ini.

Menurut pihak berkuasa, letupan itu berpunca daripada bahan mudah terbakar seperti ammonium nitrate dan sodium cyanide.

Letupan gudang di Tianjin: Jumlah kematian meningkat kepada 158 ...
Gambar ihsan Berita Harian

2. Tragedi Ryongchon, Korea Utara (2004)


Beberapa kenderaan yang membawa baja nitrogen mengandungi ammonium nitrate, serta gerabak keretapi yang membawa cecair bahan api telah meletup di stesen keretapi Ryongchon pada penghujung April, 2004.

Sekurang-kurangnya 162 orang terkorban, dan lebih 3,000 tercedera akibat tragedi itu. Letupan itu turut memusnahkan kediaman sekeliling menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Media membuat spekulasi bahawa letupan itu merupakan perancangan untuk membunuh pemimpin Korea Utara ketika itu iaitu Kim Jong-il, yang mana keretapi yang beliau naiki sepatutnya melalui stesen itu ketika kejadian berlaku


3. Tragedi Bandar Texas (1947)


Tragedi industri paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat berlaku di Teluk Galveston, yang terletak di Pelabuhan Bandar Texas pada April, 1947. Ia dikatakan bermula apabila seorang individu terbuang puntung rokok yang masih menyala di atas kapal SS Grandcamp, yang sedang mengangkut 2.3 tan ammonium nitrate.

Letupan pertama mengakibatkan beberapa siri letupan susulan di atas kapal lain  yang sedang berlabuh, dan merebak ke sebuah loji pemprosesan minyak berhampiran. Tragedi itu mengakibatkan 581 orang terkorban, dan sekitar 3,500 lagi tercedera.

Letupan itu juga dilaporkan terkena kepada dua kapal terbang yang sedang melintasi ruang udara kawasan berkenaan.


4. Letupan Oppau di Jerman (1921)


Pada 21 September 1921, sebuah menara silo yang menyimpan 450 tan ammonium sulfate dan baja ammonium nitrate telah meletup, mengakibatkan 500 hingga 600 orang terkorban, dan sekitar 2,000 lagi tercedera.

Letupan itu dapat dirasai berbatu-batu jauh, sehingga mencecah bandar Frankfurt.


5. Letupan Great Kent (1916)


Pada 2 April, 1916, sebuah kilang yang menyimpan 25 tan bahan letupan TNT, dan 700 tan ammonium nitrate di Faversham, United Kingdom, telah terbakar dan meletup.

Tragedi itu telah mengorbankan 115 pekerja, yang kesemuanya adalah lelaki dan kanak-kanak lelaki. Tujuh mayat gagal dikesan.

Kesan letupan itu dapat dirasai sehingga ke Norwich, yang terletak 244 kilometer jauhnya dari tempat kejadian.

Rujukan : Awani

Artikel berkaitan

3 comments

  1. Harap2 apa yang berlaku di Beirut itu bukanlah perbuatan khianat

    ReplyDelete
  2. tak tahu la..dengarnya bahan tu bukan dariapda pihak lebanon..diaorg park bahan tu di perlabuhan lebanon smpai bertahun lamanya..sedih tengok video tuh

    ReplyDelete
  3. huuurmm sayu hati tengok apa yang jadi. tiba2 saja meletus..
    semoga Allah lindung kita smua sentiasa.

    ReplyDelete