Resipi kuih Badak Berendam Gula Kabung

by - Saturday, June 13, 2020

Siapa suka makan kuih Badak Berendam? Atau Tak pernah dengar pun mengenai kuih Badak Berendam ni? Buat pengetahuan kuih Badak Berendam ni seakan-akan kuih Buah Melaka atau juga dikenali sebagai kuih Onde-onde.


Cuma bezanya kuih Badak Berendam ini dimasak menggunakan santan dan dikukus, berlainan dengan kuih Buah Melaka yang disaluti dengan kelapa parut. Dan istimewanya jika di negeri Pahang, kuih Badak Berendam ni kami gunakan Gula Kabung sebagai intinya. Buat pengetahuan semua, Gula Kabung adalah antara kebanggaan negeri Pahang selain sambal hitam pahang, tempoyak dan asarong.

Gula kabung adalah antara warisan daripada Kuala Lipis khususnya Kampung Peruang, Benta. Ini adalah kerana Kampung Peruang adalah hub pengeluaran Gula Kabung.



Gula Kabung

Buat pengetahuan, Pokok Kabung, kantor atau enau (bahasa Inggeris: Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya Arenga pinnata.

Pokok kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun berpelepah seperti pelepah daun kelapa. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.

Bunga pokok kabung tumbuh berumpun-rumpun, dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung menghasilkan todi yang boleh dijadikan cuka atau gula.

Buah Pokok Kabung berjuntai-juntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandan mempunyai 10 tangkai, dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah kabung berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal.


Kelebihan Gula Kabung

Nira pokok kabung dihasilkan dari tangkai atau tandan bunga jantan. Kaedah atau cara untuk menghasilkan nira kabung, hampir sama cara mendapatkan nira nipah.

Warisan Pahang: Gula Kabung
Sumber Gambar : Google

Air nira kabung yang ingin dibuat gula kabung biasanya dimasak menggunakan kawah kerana mudah untuk mengacau. Mengacau memasak gula kabung sama seperti mengacau membuat dodol. Bezanya masa mengacau gula kabung lebih singkat.

Air nira kabung yang dimasak perlu dikacau sehingga pekat dan berwarna coklat kmerahan. Setelah betul-betul pekat ia perlu segera dimasukkan ke dalam acuan daun mengkuang yang berbentuk bulat untuk dikeraskan. Proses pengerasan hanya kira-kira 5 minit selepas diambil dari kawah.

Keenakan gula kabung memang tiada tandingannya kerana rasa manisan itu berbeza dengan gula biasa yang diperbuat daripada tebu.

Rasa gula yang enak dan tidak terlalu manis menjadikan menyebabkan gula kabung menjadi pilihan di dalam masakan tradisional seperti dodol, kuih-muih atau dijadikan manisan untuk minuman.

Sumber Gambar : Google

Gula kabung boleh menggantikan gula biasa atau gula tebu. Gula kabung mengandungi kandungan glukosa yang lebih rendah berbanding gula pasir. Selain itu gula kabung kaya dengan Vitamin C, Thiamine, Nicotinic acid, Riboflavin, Ascorbic acid dan zat protein.

Memandangkan kepada kandungan zat galian dan nutrisinya yang tinggi, maka gula kabung amat sesuai bagi pengidap diabetes, lelah atau asma, anemia atau kurang darah, mereda panas pankreas, membantu pertumbuhan gigi dan tulang, menghalang kegemukan dan baik untuk proses pembesaran kanak-kanak. (kredit Lukman Ismail)

Resipi kuih Badak Berendam Gula Kabung


Bahan-bahannya :-

1. Tepung Pulut
2. Air
3. Gula Kabung
4. Santan pekat
5. secubit garam.

Cara-caranya :-

1. Bancuh tepung pulut bersama air sehingga boleh diuli (cara sama seperti buat kuih Buah Melaka).
2. Masukkan Gula Kabung sebagai inti dan bentukkan bulat-bulat dan masukkan dalam mangkuk.
3. Selepas selesai, tuangkan santan pekat yang telah dibancuh dengan secubit garam.
4. Bungkus mangkuk yang dah siap dengan adunan tadi dengan plastik pembungkus (ini adalah bertujuan untuk mengelakkan air masuk ketika proses mengukus)
5. Kukus selama 10-15 minit.
6. Sedia dihidang. Namun diingatkan untuk makan ketika suam kerana kuih yang panas boleh melecurkan lidah.

Boleh rujuk video dibawah untuk cara membuat kuih Badak berendam Gula Kabung.


Artikel berkaitan

3 comments

  1. penah dengar tapi rasanya macam belum pernah makan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..boleh cuba buat sendiri. Tak ada gula kabung guna la gula melaka hehe

      Delete
  2. okay saya suka kuih ni. selalu beli dekat makcik jual kuih dekat ngn umah. nak buatnya sendiri tak reti

    ReplyDelete