Moden & Berfesyen Namun Tetap Menutup Aurat Dengan Aina Farina Scarves

by - Monday, June 08, 2020

Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)


Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keselamatan harta benda dan jiwa raga. Islam telah menggariskan beberapa panduan khususnya pada wanita supaya menjaga aurat daripada tercebur ke lembah perzinaan demi untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.


Berfesyen Namun Tetap Menutup Aurat Dengan Aina Farina Scarves

Menitik beratkan soal syariat Islam dalam garis panduan menutup aurat bagi perempuan, Aina Farina Scarves memperkenalkan shawl yang sangat menawan dan menutup aurat. Aku sendiri sejujurnya memang mengenakan shawl yang mampu menutup dan meliputi paras dada agar tak terlihat aurat.

Berikutan itu, aku sangat selesa dengan rekaan-rekaan shawl yang dikeluarkan oleh Aina Farina Scarves. Baru-baru ini aku mencuba Madison Shawl yang berukuran 200 x 70 cm dengan material high quality dull satin. 


Pertama sekali sebelum mencuba dah pastilah aku melihat ukurannya yang mampu menutupi paras dada. Dan kerana ukurannya ialah 200 x 70 cm maka Madison Shawl ini memang sangat menepati selera aku. Selain rekaan, corak dan warnanya yang lembut..materaial kainnya juga sangat berkualiti.


Menggunakan materail high quality dull satin, Madison Shawl ini sebenarnya sangat sesuai jika nak bawa pergi travel kerana material kainnya tak mudah berkedut dan sangat senang digosok. Aku sendiri, bila sampai je Madison Shawl ni aku terus mencuba dan terus je buat tutorial menggayakan shawl ini.


Ternyata yang Madison Shawl ini sangat mudah untuk digayakan malah materialnya tidak mudah berkedut. Lihat je tutorial aku, bila dah gayakan kedutan pun tak jelas kelihatan walaupun belum digosok lagi.

Pelbagai Rekaan Yang Menawan

Bukan hanya terhad pada Madison Shawl, Aina Farina Scarves turut mengeluarkan beberapa lagi rekaan demi memenuhi permintaan pelanggan. Antara rekaan mereka ialah :

  • Blume Shawl
  • Melva Shawl
  • Shawl Melati
  • Shawl Melor
  • Shawl Bamboo
  • Shawl Leesa
Blume Shawl
Dan setiap rekaan mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri. Jadi, kalau korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut..lebih baik korang layari sendiri laman web dan media sosial Aina Farina Scarves di :

Telefon : +6592273140 

Artikel berkaitan

2 comments

  1. Wah makin berseri-seri kak min ni. Bilalah nak jumpa lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya tak jumpa kan? hahaha..last jumpe sebelum PKP masa campaign Marryrown kan?

      Delete