Resipi Taugeh Teppanyaki

by - Monday, April 06, 2020

Aku adalah peminat sayur taugeh. Aku tau tak ramai peminat taugeh ni. Mungkin dek kerana pernah makan masakan berasaskan taugeh yang kurang enak atau memang sejenis tak gemarkan sayuran. Tapi pada aku taugeh memang sedap terutama yang mentah atau kurang masak.


Kali ini aku nak kongsikan 1 resipi yang memang aku selalu masak dari zaman muda aku. Aku namakan resipi ni 'Taugeh Teppanyaki' sebab cara masakan dan rasa yang hampir sama. Tambahan pula aku juga penggemar lada hitam jadi aku masukkan lada hitam supaya rasanya lebih umphhh.. Kalau korang sejenis yang tak suka makan lada hitam tak payah la letak lada hitam tu.



Resipi Taugeh Teppanyaki

Bahan-bahannya ;⁣

1. Daging⁣
2. Taugeh⁣
3. Bawang Putih⁣
4. Sos Tiram⁣
5. Lada Hitam⁣
6. Air (untum empukkan daging)⁣
7. Minyak untuk menumis⁣
Cara Memasak ;⁣

1. Bawang putih dicincang halus & ketepikan⁣
2. Panaskan minyak dalam kuali⁣
3. Tumis bawang putih hingga kekuningan⁣
4. Masukkan daging⁣
5. Masukkan air dan biar sehingga hampir kering⁣
6. Masukkan sos tiram (dah tak perlu masukkan garam sebab sos tiram dah masin)⁣
7. Masukkan lada hitam⁣
8. Akhir sekali masukkan taugeh. Jangan terlalu masak taugeh tu untuk pastikan tekstur masih rangup⁣
9. Tutup api & sedia dihidang⁣
* Gambar ni aku guna taugeh yg dah tak rangup, untuk lebih sedap biasanya lepas beli terus masak..masa masukkan taugeh tu aku biasanya cepat-cepat tutup api dan gaul rata


Cubalah! Rasanya pasti tidak mengecewakan malah mungkin lepas ni korang akan jadi peminat taugeh yang tegar.

Artikel berkaitan

1 comments