Aku faham, ketika kita dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni aktiviti kita agak terhad. Dan untuk seorang ibu dan isteri pula walaupun terpaksa 'bertugas' seperti biasa adakalanya kita buntu memikirkan idea nak masak apa untuk keluarga.
Hari ni aku nak kongsikan resipi ringkas yang arwah abah aku selalu sediakan bila dia berkelapangan. Arwah abah seorang polis dan jarang ada waktu bersama. Tapi kalau dia ada waktu yang dapat luangkan bersama keluarga, abah suka juga memasak dan aku rasa sifat suka memasak ni diwarisi oleh arwah abah agaknya..hehe..
Resipi Mee Rebus Abah
Resipi ni memang sangat mudah dan sedap..makan pulak dengan sos tamato & picit cili api sikit (nak sprinkle lada hitam sikit pun boleh)..serious sedap..huhu..rindu abah..Alfatihah (dibaca)
Bahan-bahan ;
·
Mee kuning
·
Sedikit bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk
·
Daging atau ayam
·
Sawi (ni paling penting)
·
Air secukupnya
·
Garam secukup rasa
·
Minyak untuk menumis
Cara Memasak ;
1. Panaskan minyak dalam kuali/periuk
2. Tumis bahan yang ditumbuk
3. Masukkan daging/ayam
4. Masukkan air (jika guna daging, masak daging sampai empuk)
5. Masukkan garam
6. Masukkan mee kuning
7. Masak sehingga mee kuning masak (jangan lama sangat nanti
kembang lak mee tu)
8. Masukkan sawi & tutup api
9. Sedia dihidang
Nak makan baru masak tau, sebab kalo lama takut kembang sangat.
Lagi satu, if korang nak masukkan tomato pun sedap jugak.
Cuba la resipi ni..Insyallah tak mengecewakan terutama untuk anak-anak kecil. Aku ingat masa kecil dulu memang suka sangat bila tiap kali arwah abah masakkan menu ni untuk kami sekeluarga.
Bagi yang tak suka makan sawi, boleh la tukarkan kepada sayur yang korang suka tapi bagi aku kurang enak berbanding jika letak sawi. Kalau ada sambal kicap pun sedap makan dengan mee rebus ni.
Apa pun, selamat mencuba dan tetaplah duduk di rumah ye! Jaga kesihatan diri dan jaga kesihatan keluarga. Duduk di rumah dalam keadaan selamat, semoga kita tabah menghadapi ujian Allah ini dan semoga virus covid-19 ini dapat diatasi secepat mungkin. Apa yang perlu kita buat ialah pecahkan rantaian wabak ini dengan duduk di rumah ya!
1 Comments
Sedapnya :) Bahan2 pun mudah dan simple sangat. Boleh buat nanti :)
ReplyDelete