Resipi Cucur Bawang Menggunakan Roti

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, aku perasan yang masyarakat kita agak berminat dengan roti hingga dikhabarkan bahawa roti di pasaran sering tidak mencukupi. 



Tapi sayangnya selepas beberapa seketika kita mendapat tahu bahawa banyak pembaziran telah berlaku dek kerana sifat tamak segelintir masyarakat yang berebut membeli roti dalam kuantiti yang banyak dan akhirnya roti rosak dibuang. Tapi tahu tak korang yang korang sebenarnya boleh buat pelbagai resipi dengan menggunakan roti?



Antara resipi yang korang boleh cuba ialah cucur bawang atau cekodok menggunakan roti. Jom aku kongsikan resipi yang sedap dan mudah ni.


Resipi Cucur Bawang Menggunakan Roti

Bahan-bahan ;

1. Roti yang dah nak expired tu
2. Tepung gandum
3. Air panas
4. Telur
5. Bawang dihiris
6. Cili besar dihiris
7. Kiub pati ayam/bilis (if tak nak guna pun tak pe)



Cara-cara ;

1. Blend kering roti sampai hancur macam bread crumbs tu.
2. Tuang dalam mangkuk dan kacau sebati



3. Masukkan tepung (jangan banyak sangat, macam aku tadi gunakan 4 keping roti + 1 cawan tepung gandum)
4. Masukkan kiub pati ayam (hancurkan dan kacau sebati)
5. Pecahkan telur dan gaul lagi
6. Masukkan air panas dan kacau biar betul-betul sebati.
* step no. 5 & 6 tu kalau terbalik pun tak jadi masalah. Ada orang masukkan air panas dulu dah gaul sebati baru pecahkan telur.
7. Panaskan minyak masak
8. Goreng la adunan tadi sampai masak.
9. Sedia dihidang

Cucur bawang korang pasti akan ranggup diluar dan lembut di dalam. Kalau guna cara ni walaupun sejuk cucur bawang tetap lembut.

Bagi mereka yang nak buat cucur bilis ke cucur udang ke, resipinya sama je cuma kalau tak ada roti yang nak diselamatkan tak payah la letak roti tu. Apa yang penting, gunakan air panas untuk membancuh tepung ye sebab itulah rahsia untuk dapatkan cucur yang lembut di dalam dan rangup di luar.

Oleh sebab aku agak rajin kebelakangan ni, aku turut sediakan video sekiranya korang agak kurang faham macam mana cara nak buat bancuhan cucur bawang yang sedap ni.




Post a Comment

0 Comments