Sejak-sejak PKP dilaksanakan ni aku rasa cam saraf-saraf otak aku berhubung dengan baiknya bab masakan..hahaha. Serious wei kekadang bukan setakat mencuba resipi baru malah kadang cipta jugak resipi baru..hahaha..tetibe rasa cam genius masakan pulak wakakaka.
Hari ni aku nak kongsikan resipi mudah untuk korang hidangkan buat keluarga. Dan aku sangat pasti yang anak-anak mesti suka menu ni sebab tak pedas. Tapi kalau korang sejenis yang suka pedas boleh la olah sedikit resipi ni mengikut citarasa korang.
Resipi Daging Goreng Menggunakan Hanya 3 Bahan Utama
Bahan-bahan Utama ;
1. 1/2 kilo daging
2. 1 labu bawang putih
3. 3 tangkai daun kari
+ 5 sudu besar sos cili (aku guna KIMBALL)
1. Sedikit minyak untuk menumis
2. 1 gelas besar air (untuk
empukkan daging)
3. 1 sudu kecil garam halus
Cara-cara penyediaan bahan ;
1. Daging dipotong nipis
2. Bawang putih dicincang halus
3. Daun kari dileraikan dari
tangkai
Cara-cara memasak ;
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih bersama
daun kari sehingga naik bau
3. Masukkan daging & air
4. Tutup sehingga daging empuk
5. Masukkan garam
6. Masukkan sos cili KIMBALL
7. Goreng sehingga kering
2 Comments
Nampak sedap
ReplyDeleteYeayy tenkiu share ade daging 1 portion masak lagi boleh buat resepi nin
ReplyDelete