Terus terang, dah lama sungguh rasanya aku tak kemana-mana. Bukan sebab apa, aku agak takut nak keluar bebas macam dulu sejak Covid-19 melanda dunia. Jadi aku hadkan sikit pergerakan aku. Cuma tu laaa..bila dah lama sangat tak kemana-mana teringin jugak la nak keluar sekali sekala.

Jadi, lepas berbincang dengan suami akhirnya kami sepakat untuk 'ambil angin luar' tapi dekat je la. Kami pilih untuk rehatkan minda di Best Western i-City Shah Alam. Hahaha..dekat je weih dari rumah aku lebih kurang dalam 15 minit je tapi sebab nak jugak ambil angin luar so kami decide lepak sini selama 3 hari 2 malam.



Kebetulan, Best Western i-City Shah Alam tengah buat offer menarik sekarang so tanpa fikir panjang kami grab je la peluang! Maunya aku tak grab sebab sekarang Best Western i-City Shah Alam tengah buat tawaran unlimited WaterWorld Entrance jika menginap di sana. Jom aku kongsikan pengalaman penginapan 3 hari 2 malam aku di Best Western i-City Shah Alam.



Hari Pertama : Nikmati Seafood BBQ

Aku checked-in di Best Western i-City Shah Alam pukul 3 petang. Masuk je bilik tengok ada hadiah dari pihak Best Western i-City Shah Alam atas katil..hehe..sweet je diaorang! Aku pilih menginap di Deluxe Room dan guess what?? Bilik aku terletak di aras 17..perghhh memang cantik la view!




Lepas check-in, rehat-rehat kejap then aku ajak suami untuk jalan-jalan sekitar hotel. Memandangkan Best Western i-City Shah Alam memang terletak betul-betul dalam kawasan i-City so kami pun saja berjalan sekitar kawasan i-City, tapi sebab masih siang jadi tak ada la pemandangan lampu yang cantik-cantik. Actually bangunan Sogo cuma terletak di seberang jalan tapi sebab malas nak pergi shopping mall  so we all tengok-tengok je la kawasan sekeliling.




Tepat pukul 6.30 petang kami terus ke The View Cafe di aras 5 Best Western i-City Shah Alam untuk menikmati makan malam. Ha, memandangkan kami check-in hari Jumaat maka kami sangatlah beruntung sebab setiap Jumaat Best Western i-City Shah Alam adakan Seafood BBQ. Perghh..apa lagi memang makan puas-puas la.

View kat sini seriously cantik wei! Aku suka sebab diaorang ada ruangan terbuka di luar dan suasana sangat cozy. Nak buat candle light dinner kat sini pun sesuai.



Kalau korang tak nak stay sini tapi nak nikmati Seafood BBQ, korang boleh je datang dan nikmati bersama keluarga sebab memang diaorang open jugak untuk orang ramai. Harga pula cuma RM75/seorang dewasa dan RM52.50/kanak-kanak dan warga emas dan cuma ada hari JUMAAT je ye. Korang boleh makan apa je yang ada kat sini, makan la puas-puas.




Oleh sebab terlalu banyak pilihan makanan selain seafood, aku memang lepak sampai malam..banyak sangat pilihan makanan jadi kami makan slow-slow, menikmati hidangan uang sedap-sedap. Aku cam biasa la, memang hantu seafood jadi memang mengadap seafood je la puas-puas.


Oh ye! Di aras 5 ni turut disediakan surau. Jadi, tak perlu bimbang atau terkejar-kejar nak solat. Macam aku hari tu, aku makan puas-puas, masuk waktu aku pergi solat Maghrib lepas tu aku sambung makan sampai cafe nak tutup hahaha..


Hari Kedua : Penuh Aktiviti Makan & Nikmati Pemandangan Malam di i-City

Sarapan Pagi 

Aku mulakan hari aku dengan menikmati sarapan pagi di The View Cafe aras 5 tempat yang sama aku nikmati Seafood BBQ.  Sarapan pagi disediakan sewal 6.30 pagi hingga 10.30 pagi. Perghh..seriously sarapan pagi di sini sangat variety. Terlampau banyak pilihan sampai tak tahu nak makan apa. Tapi sumpah! Pulut Kuning dengan Rendang Ayam kat Best Western i-City Shah Alam memang sedap nak mati!



Makan Tengahari

Untuk makan tengahari pula, aku pilih untuk mencuba menu-menu baru yang pihak Best Western i-City Shah Alam sediakan.


Menu-menu diaorang memang agak rare tapi sedap! Aku sendiri pilih Cincalok Beef sebagai menu makan tengahari aku. Cincalok Beef ni set dia terdiri dari Nasi kukus yang dihidangkan bersama daging bakar dengan cincalok. 

Cincalok Beef 
Suami aku pulak pilih untuk makan Coffee Lamb. Ni pun sedap sebab lamb dia lembut dan juicy je. Aku cam biasa la tumpang makan sekaki walau aku punya menu ialah Cincalok Beef hahaha..

Cincalok Beef

Nikmati Makan Malam Umpama Permaisuri

Malam pulak dek kerana kami malas nak keluar bilik (maklum la kebetulan tengah sibuk dengan pengumuman PM ke-8). Mujur la Best Western i-City Shah Alam ni telah memperkenalkan sistem baru untuk room service iaitu QR Code Ordering system dimana korang cuma perlu scan barcode yang telah disediakan dalam setiap bilik.



Kemudian, secara automatiknya korang boleh menempah makanan secara online dan mereka akan hantar makanan terus ke bilik korang. Mudahkan? 

Sambil makan sambil menikmati pemandangan malam dari bilik aku yang terletak di aras 17. Memang berselera betul la kami makan.


Hari Ketiga : Nikmati Unlimited WaterWorld Enterance secara PERCUMA & Nikmati Hi-Tea di The View Cafe

Hari ketiga aku di Best Western i-City Shah Alam, sesudah bersarapan aku terus ke WaterWorld yang start beroperas pada pukul 11 pagi. Seronok la bila ada anak-anak, mesti suka sangat diaorang main air di sini dengan pelbagai mainan yang telah disediakan.




Macam yang aku terangkan sedikit di atas..bagi mereka yang menginap di  Best Western i-City Shah Alam, korang boleh masuk ke WaterWorld i-City ni secara PERCUMA dan ianya TANPA HAD. Maksudnya korang boleh masuk ke WaterWorld ni tak kira la berapa hari pun asalkan korang menginap di sini.

Nikmati Hi-Tea Sampai Pengsan!

Dah puas main air terus aku naik bilik dulu untuk berehat. Bila perut dah berbunyi lapar aku turun makan pula sebab setiap Ahad pihak Best Western i-City Shah Alam menyediakan Sunday Hi-Tea yang menghidangkan banyak sangat pilihan makanan.


Habis je makan, naik bilik semula dan sambung tidur hahaha..Alamak, lupa nak cerita kenapa aku boleh sambung tido sedangkan hari ini adalah hari terakhir aku di sini dan sepatutnya dah check-out dari tadi lagi kan? Haaa..sebab sebenarnya sekarang Best Western i-City Shah Alam turut membuat promosi My Stay Is My Way dimana korang cuma perlu top up RM60 dan korang boleh menikmati :
  • Flexible check-in & check-out time
  • 24 hours stay
  • Minibar pack
  • Mystery gift awaits

So..dipendekkan cerita aku check-out pukul 4.30 petang hahaha..dah main air, dah makan kenyang dan dah tidur puas-puas baru check-out dan kembali ke dunia realiti hahaha..

Sebelum terlupa, antara fasiliti lain yang disediakan di Best Western i-City Shah Alam ni ialah :

Luggage assistance service and storage

Concierge service

Safe deposit box

Laundry service

Physically challenged facilities

24 hours business station

Baby napkin changing facilities at lobby and The View Café restrooms

Complimentary indoor / outdoor parking

Prayer room

Menarikkan percutian singkat aku ni? Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Best Western i-City Shah Alam dan segala promosi yang sedang berlangsung, korang boleh check sendiri di :

Instagram : https://www.instagram.com/bwicity/

Best Western i-City Shah Alam
A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia 40000 i-City,
Shah Alam, Selangor Golden Triangle | Malaysia
Phone : +603 5521 9000
Fax : +603 5521 2028


Last but not least aku sediakan video untuk korang tengok sendiri pengalaman 3 hari 2 malam aku di 
Best Western i-City Shah Alam