6 Resipi Telur Mudah Dimasak

Aku pasti, dalam saat kita menghadapi dugaan Covid-19 ni ramai yang buntu memikirkan resipi. Kali ini aku nak berkongsikan resipi mudah untuk masak telur. walaupun nampak macam terlalu biasa tapi kena ingat yang mana bujang tu tak semua pandai memasak..hehe..jadi aku kongsikan resipi mudah yang berlainan agar korang tak jemu makan telur goreng je tiap hari.

10 Resipi Telur Mudah Dimasak

1. Pouched Egg/Egg Benedict 

Ni sebenarnya telur separuh masak versi dimasak tanpa kulit. Seperti memasak telur separuh masak, apa yang penting ialah jaga masa. Biasanya aku masak pouched egg ni dengan cara masukkan air dalam periuk serta masukkan sedikit cuka makan (untuk dapatkan tekstur telur yang anjal) dan sedikit garam. 

Didihkan air, kacau laju dan buat pusaran kemudian masukkan telur yang dah dipecahkan di dalam mangkuk. teruskan buat pusaran dan tunggu sehingga 4-5 minit. Kalau korang tak yakin nak cuba buat cara ni, korang boleh letakkan telur yang dipecahkan ke dalam plastik wrap makanan dan ikat. Masukkan dalam air mendidih tadi dan ikut masa yang sama macam cara di atas. Dah masak enak dimakan bersama roti bakar.

Gambar Ihsan Google

2. Half Boiled Egg/Telur Separuh Masak

Semalam aku dah kongsikan cara masak telur separuh masak yang sempurna di media sosial aku.  Caranya mudah je korang..yang penting korang jaga masa. Masakkan air hingga mendidih, tutup api dan masukkan telur dalam periuk dan tutup permukaan periuk. Biarkan selama 7 minit dan korang akan dapat tekstur telur separuh masak yang sempurna.


3. Omelette/Telur Dadar

Aku pasti semua pun tahu macam mana cara nak masak telur dadarkan? Tapi telur dadar ni kalau korang tambahkan bahan, ia boleh enhancekan rasa. Biasanya aku suka tambahkan daun sup, bawang dan cili merah yang dihiris. Caranya mudah je, pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan bahan yang aku tulis tadi dan sedikit garam..pukul sebentar untuk dapatkan tekstur yang gebu.

Goreng dalam kuali yang dah dipanaskan dengan sedikit minyak. Biarkan sehingga masak dan balik-balikkan telur. Berhati-hati ketika balikkan telur takut pecah pulak!

Gambar Ihsan Google

4. Telur Dadar Gulung ala Korea

Seperti buat telur dadar bahan-bahannya (boleh ubah ikut citarasa korang). Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. Masukkan telur yang sudah dipukul bersama bahan (boleh rujuk bahan di resipi no.3). Masukkan telur (biar nipis) dan gulung apabila telur sedikit masak.


5. Sandwich Telur

Aku sebenarnya pernah berkongsi resipi sandwich telur ini dan Alhamdulillah pernah hit sehingga mendapat hampir 100,000 view. Korang boleh baca di sini https://www.bebelancikmin.com/2017/09/sandwich-telur-roti-tesco.html

Aku suka buat sandwich telur ni sebab ianya mudah dan sedap dimakan. Caranya mudah je. Korang lenyekkan telur rebus, masukkan mayonis, sedikit garam dan lada sulah. Tu je caranya dan sapukan pada roti. Makan dengan roti bakar lagi umphhh..

Gambar Ihsan Google

6. Roti Telur Cheese Goreng

Ni pun mudah je nak masak yang penting ada 3 bahan ni ; roti, telur dan cheese keping. Nak masak mudah je, pukul telur di dalam mangkuk dan ketepikan. Kapitkan cheese bersama roti, panaskan minyak di dalam kuali dan kemudian celupkan roti yang dikapit cheese ke dalam telur yang dipukul tadi & kemudian goreng kedalam minyak panas tadi. Pastikan minyak hanya sedikit ye! Kalau tak nanti roti korang terlalu berminyak. Korang boleh masukkan chicken slice atau sosej yang dihiris halus juga untuk enhancekan rasa.

Gambar Ihsan Google

Selamat mencuba! Aku pasti anak-anak pun suka menu-menu ni semua. Banyak resipi telur yang mudah tapi aku kongsikan 6 ini dulu ya..moga korang dah tak jemu makan telur goreng je..hehe



Post a Comment

19 Comments

  1. kalau takde lauk nak masak
    paling mudah dan ringkas, cari telurlah.

    ReplyDelete
  2. Ok. Teringin pulak tgk roti telur cheese tu. Mesti kenyang kan. Telur gulung korea tu pon something yang baru

    ReplyDelete
  3. Tak sangka banyaknya resipi berasaskan telur.

    ReplyDelete
  4. half boiled egg tu srs paling malas tapi paling sedap lagi-lagi makan dengan kicap

    ReplyDelete
  5. ok. baru beli telur sepapan. terima kasih share resipi di kala kesempitan memikirkan menu sehari-hari. elok dijadikan breakfast sebab cepat dan mudah

    ReplyDelete
  6. Wowwww sangat bagus ni, boleh cuba nanti, sesuatu yang memang tengah cari idea nak masak ni ..maceh Min...

    ReplyDelete
  7. Telur je yang senang sekarang ni nak beli pun. Belakang rumah pun ada telur ayam Kampung. Sedap

    ReplyDelete
  8. Thanks sharing kak min. Baru jer beli telur 2 papan utk stok makanan kami anak beranak kat rumah ni. Nt try buat telur pouch tu. Hope menjadi lah

    ReplyDelete
  9. wah, menarik ni kak..telur banyak tu kt dapur..blh la buat :D

    ReplyDelete
  10. Amboi mentang-mentang arahan berkurung ni hehehe awak buat post menu masakan hehehe jelous kita tak pandai nak buat telur separuh masak ni tapi kita pergi mall banyak telur dah habis awak geram rasa...

    ReplyDelete
  11. yessss.... recipe mudah masak telur... boleh buat nanti utk menu diet za... takde la boleh telur rebuss je....thanks min

    ReplyDelete
  12. Sedap2 resepi kat sini. Nanti boleh cubalah esp yg macam.poached egg tu

    ReplyDelete
  13. definitely will try this. suka telur dan pelbagai cara memasaknya. memang sedap

    ReplyDelete
  14. Rawlins sejenis malas so suka buat telur dadar atau omelette sahaja. Yang lain tu tunggu Kak Min jemput bekpes kat umah ye tak

    ReplyDelete
  15. Thanks for sharing!
    My daughter loves eggs! So I guess we can try this at home for the 14 days!

    ReplyDelete
  16. I suka telur suku masak.. sedap kan.. rasa nak makan Maggie lah letak 2 bijik telur .. mameeeyammuy yummy yo

    ReplyDelete
  17. Oh i suka makan roti cheese bakar, sedappp kan kalau makan dengan kopi

    ReplyDelete
  18. macamana nak masak telur ni, stok telur kat kedai asyik habis je.

    ReplyDelete
  19. Telur la selalu jadi penyelamat bila bosan nak masak

    ReplyDelete