Ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang lima, yang wajib
dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukallaf. Justeru, setiap muslim mestilah
menanam di dalam hati serta berazam untuk menunaikan ibadah haji dan sentiasa
berusaha sedaya mungkin dalam melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Hal ini
jelas sepertimana firman Allah SWT di dalam Surah Ali-Imran seperti berikut:
وَلِلَّـهِ
عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan
mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”
(Surah Ali-Imran: 97)
Menurut
Syeikh al-Maraghi dalam menafsirkan ayat di atas, ia menerangkan bahawa ibadah
haji ini diwajibkan kepada setiap orang muslim mukallaf yang berkemampuan. Hal
ini kerana, perintah haji merupakan satu penghormatan besar kepada Baitullah
bermula dari zaman Nabi Ibrahim A.S sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW.
Justeru, perlaksanaan ibadah haji dan umrah mampu menjadi mercu tanda dan bukti
pengabdian setiap hamba kepada Penciptanya. (Rujuk Tafsir al-Maraghi,
2/853)
Seterusnya,
Nabi SAW turut menegaskan berkenaan hal tersebut di dalam sabdanya yang
berikut:
بُنِيَ
الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ
الْبَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Maksudnya: “Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah hambaNya
dan pesuruhNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah, dan berpuasa di
bulan Ramadhan.”
Riwayat Muslim (16)
10 Kelebihan Memilih Pakej Haji Rayhan dari Felda Travel
Sebagai umat Islam, aku sentiasa bercita-cita untuk mengerjakan haji. Sebab tu aku selalu jugak la membelek-belek pakej-pakej haji yang disediakan dan dalam banyak-banyak pakej aku agak tertarik dengan Pakej Haji Rayhan dari Felda Travel.
Manakan tidak, aku rasa Pakej Haji Rayhan dari Felda Travel ini sangat mesra pelanggan dimana mereka telah menyediakan :
1. Hotel sangat dekat dengan Masjidil Haram
|
Hanya 250m saja ke Masjidil Haram.
Tak perlu jalan kaki lebih 1km. Sangat sesuai untuk warga emas atau Jemaah yang
sakit lutut. Boleh ulang alik ke masjid nak beribadah dengan selesa.
|
2. Tiada transit hotel di Aziziah
|
Tidak
perlu transit di kawasan Aziziah yang jaraknya 4.5km ke Mekah kerana Felda
Travel akan membawa Jemaah terus masuk ke hotel di Mekah.
|
3. Ustazah Pembimbing Haji
|
Felda
Travel turut menyediakan seorang ustazah khas untuk membantu menjawab segala
permasalahan wanita dalam ibadah haji.
|
4. Makanan selera Melayu
|
Buffet
disediakan oleh Felda D’Saji sepanjang lebih 30 hari berada di Mekah.
|
5. Saiz kumpulan kecil
|
Saiz Jemaah
dilimitkan untuk menawarkan Jemaah perkhidmatan berkualiti dengan layanan
istimewa.
|
6. Percuma Qurban
|
Felda
Travel turut memberikan qurban percuma seekor kambing untuk setiap Jemaah status
terpilih awal.
|
7. Hari Tarwiyah
|
Tak
semua agensi buat sebab ada tambahan kos, tapi Felda Travel bawa Jemaah bermalam
di Mina pada 8 Zulhijah seperti sunnah Nabi S.A.W.
|
8. Agensi berpengalaman
|
Felda
Travel telah mendapat lessen dari Tabung Haji i selama 14 tahun.
|
9. 11 Hadiah Percuma
|
Felda
Travel menyediakan 11 hadiah percuma bagi memudahkan persiapan Jemaah menyempurnakan
rukun Islam ke 5 ini.
|
10. Pembimbing Haji Berpengalaman
|
Felda
Travel membawakan 2 ustaz dan 1 ustazah berpengalaman khusus untuk jadi
pembimbing haji di Mekah dan memnabtu Jemaah untuk mendapatkan haji yang
mabrur.
|
Menarikkan? Dengan pakej dan harga pakej yang menarik ni, aku harap suatu hari nanti aku dapat menjejakkan kaki ke tanah suci ini.
Laman Web : www.feldatravel.com.my/haji2020
Email : salam@feldatravel.com.my
Atau korang boleh hubungi :
Pn. Shidah +60192010843
Tn Hj Rizal +60192637028
1 Comments
Bagusnya pakej dia, all in semua di sediakan, tak payah pening-pening kan...dah macam layanan VIP gitu..moga tahun ni jemaah dapat menunaikan Haji huhuhu
ReplyDelete