Zarraz Perkenalkan Z Store : Aplikasi Membeli Belah Atas Talian Yang Membayar Setiap Review Pengguna

Aku ada satu berita baik yang nak dikongsikan dengan korang semua khasnya untuk mereka yang suka membeli belah atas talian.

Zarraz Market Place telah melancarkan Z Store iaitu sebuah aplikasi membeli belah atas talian yang bukan sahaja menguntungkan penjual malah memberi pulangan yang lumayan kepada pembeli.


Zarraz yang mula dirasmikan pada 6 September 2019 lalu mula mendapat perhatian hingga menerima 6 juta kunjungan sehari sehingga hari ini.

Menurut pengasas Zarraz iaitu Dato’ Ahmad Zulfaisal, Zarraz dibangunkan dengan 3 fasa iaitu :

  1. Fasa Pertama : Zarraz Market Place yang berfungsi untuk melindungi jenama premium
  2. Fasa Kedua : Z Store yang berfungsi membantu mereka yang ingin memasarkan produk 
  3. Fasa Ketiga : Z Merchant yang dijadualkan akan dilancarkan pada tahun hadapan yang menggabungkan kedai makan, dobi, agensi pelancongan dan lain-lain 
Dato' Ahmad Zulfaisal, Pengasas Zarraz menerangkan tentang kelebihan Z Store

Sehingga kini 2 fasa telah berjaya dilancarkan. Z Store yang mempunyai ciri-ciri unik seakan-akan gabungan shopee dan grab service ini bukan sahaja memberikan perkhidmatan penghantaran barang melalui pos malah juga menerima tempahan COD iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia malah menurut pengasasnya beliau berani jaminan aplikasi ini adalah yang pertama di Asia. Satu-satunya aplikasi membeli belah atas talian yang menerima tempahan secara Cash On Delivery (COD) dan telah dipatenkan!!

Apakah kelebihan menggunakan Z Store?

Macam yang aku bagitau diawal tadi, Z Store bukan sahaja memberi keuntungan pada penjual malah memberi keuntungan pada pihak pembeli.



Kelebihan menggunakan Z Store antaranya adalah :

  • Memberi pulangan cash (Cashback) dimana setiap pembelian akan menerima pulangan
  • Pembeli yang membuat review mengenai barang yang mereka beli akan menerima ganjaran berbentuk wang. Senang kata setiap review korang akan dibayar!
  • Dapat membeli segala keperluan hanya melalui 1 aplikasi mudah.
  • Terdapat lebih 16 kategori yang  produk yang dijual termasuk kelengkapan rumah, motor, playstation, kecantikan, kishatan dan banyak lagi
  • Bagi mereka yang ingin menjual barangan, sistem ini adalah percuma! Apa yang perlu korang lakukan untuk menjadi penjual (seller) di Z Store ni ialah korang cuma perlu menjadi VIP Shopper di Zarraz dengan berbelanja barangan bernilai 200 mall value dan korang layak menjadi seller di sini!
Tapi secara jujur, apa yang lebih membanggakan aku ialah Zarraz ini adalah hasil usaha dari anak tempatan kita dan ia sudah pastinya100% milik bumiputera.

Pengasas Bersama Zarraz, En. Faizal

Jadi jika korang adalah pemilik produk tempatan, mempunyai kad pengenalan dan SSM yang berdaftar apa kata korang kembangkan perniagaan korang di Z Store!

Buat mereka yang ingin berjaya bersama team Zarraz, pihak Zarraz sememangnya menyediakan kelas secara PERCUMA pada setiap hari Sabtu pada pukul 11 pagi sehingga 4 petang di Bandar Tun Hussien Onn.





Untuk keterangan lebih lanjut, korang boleh mendapatkan maklumat di :

Website : https://zarraz.my/

Post a Comment

16 Comments

  1. Baru tahu mengenai platform milik Bumi ini... nanti akan usha la Zarraz ni walaupun sis jarang shopping on line.

    ReplyDelete
  2. Baru pestime dengar ni. Sis suka kalau apa-apa aplikasi yang kita guna, kita ada keuntungan juga, contohnya cashback...so berbaloi gak le gunakannya kan..nanti Sis nak try..

    ReplyDelete
  3. memang suka shopping on9..wah menarik. siapa kaki shopping online ni kena la jenguk..hehe

    ReplyDelete
  4. New online portal by a Malaysian? Bahaya nie kak Min - kang tershopping tanpa sengaja plak haha

    ReplyDelete
  5. First time dengar nama zarraz ni. gempak jugak apps ni, paling huda suka ada cash back. Bagus ada usahawan melayu yang proaktif bersaing dalam membangunkan apps yang memberi manfaat kepada pengguna

    ReplyDelete
  6. Baguslah bila review dapat wang. Siapa yang tak nak kan. Jadi microinfluencer melalui aplikasi Zarraz. Sis dah pasarkan juga tak sambal hitam awak tu?

    ReplyDelete
  7. Fantastic way to make money. Nanti boley lah I beli product at Zarraz and write a review about it. Thank you for sharing this information.

    ReplyDelete
  8. Menarik ni. Satu lagi produk BMF yang patot kita sokong. Hopefully everything goings well

    ReplyDelete
  9. Dah macam satu platform baru pulak buat rakyat Malaysia membeli-belah. Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  10. First time dgr pasal zaraz ni kak min. Bolehlah try nnti. Nnti nak donlodlah :)

    ReplyDelete
  11. makin seronok kaki shopping online lepas ni.. dah ada macam-macam platform sekarang

    ReplyDelete
  12. wahhhh menarik, mudah nak beli belah lepas ni dengan adanya apps.

    ReplyDelete
  13. menarik sangat ni kak min. nanti nak tengokla. mana tahu boleh buat duit sampingan untuk sara hidup kat kampung ni kan. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  14. zarraz memang best kami mengharapkan ini akan menjadi momentum untuk kebangkitan ekonomi rakyat Malaysia keran ia made in tempatan dan produk buat masa ini pun made in tempatan yang banyak jadi sudah pasti ia akan meningkatkan ekonomi tempatan . jom support produk tempatan

    https://www.zarraz.my/www/#/app/register//Denshope

    ReplyDelete