Kismis California Jadi Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Siapa je yang tak suka kismis kan? Aku ingat sejak kecil memang didedahkan tentang kebaikan kismis untuk kesihatan dan minda. Sebab tu tiap kali tiba musim peperiksaan, kismis yang direndam bersama susu segar menjadi menu wajib setiap pagi. Jenama pilihan aku? Dah semestinya Ligo atau pun Sun-Maid iaitu kismis California!



Kismis mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Menurut seorang pakar diet klinikal iaitu Cik Tan Yen Sing, kismis mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semulajadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Kismis ialah snek yang sihat dan boleh menggantikan gula dalam banyak resipi masakan dan roti serta kek.

Nah, berikut adalah kebaikan Kismis California yang aku ingin kongsikan dengan korang :

Semulajadi sepenuhnya

Manis secara semulajadi dan tidak mengandungi gula tambahan

Tidak mengandungi lemak dan kolestrol dan rendah natrium (garam) secara semulajadi

Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan system saraf

Sumber serat

Sumber nutrient

Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi


Kismis California Jadi Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk merasai sendiri air tangan chef bertaraf dunia iaitu Chef Emmanuel Stroobant iaitu chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Michelin yang terkenal menjadi chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan Chef Erich Anton Roos yang berasal dari Switzerland dan mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa.

Dengan pelbagai kebaikan dan khasiat yang terkandung dalam Kismis California, 2 chef selebriti antarabangsa ini justeru telah memilih Kismis California sebagai bahan utama dalam menu hidangan mereka di Samplings On the Fourteen Restaurant.

Menariknya lagi, kedua-dua chef ini melakukankan demonstrasi bagaimana mereka menggunakan Kismis California di dalam setiap hidangan mereka! Dan aku patinya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri mereka beraksi di depan mata..




3 resipi yang dikongsikan oleh Chef Emmanuel Stroobant ialah :

√ Kismis California, Ketam & Kubis Bunga
√ Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang
√ Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-buahan Musim Sejuk

Secara jujur, aku sukakan rasa ketiga-tiga menu yang dihidangkan selebriti AFC ini. 

Gabungan rasa Kismis California, Ketam dan Bunga Kobis yang sangat menarik. Rasa rangup dil uar dan lebut di dalam ini terasa seakan-akan bergedil. Rasa lemak, manis dan masin yang seimbang menjadikan menu ini sangat sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang. Rasa manis semulajadi dari Kismis California dan rasa sJintan Hitam dan manis udang membuatkan menu ini sangat sedap dan pastinya akan menambat selera. Tapi pandangan peribadi aku, rasanya hidangan ini pasti menjadi kegemaran anak kecil sebab rasa Kismis California yang memikat pasti dapat menambat selera anak-anak

Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-buahan Musim Sejuk. Ini menu yang paling aku suka! Gabungan rasa sos yang menggunakan Kismis California yang diblend sempurna menjadikan rasa hidangan ini sangat unik!


Hidangan Manisan dari Kismis California Air Tangan Chef Erich Anton Roos

Untuk hidangan terakhir setiap sajian pastilah diakhiri dengan manisan! Justeru itu, Chef Erich Anton Roos yang berasal dari Switzerland ini telah menyajikan 3 manisan yang memikat untuk para tetamu iaitu :

Mufin Kismis California dengan Krim
Aiskrim Kayu Manis Kismis California
√ Paf Epal

Sama seperti Chef Emmanuel Stroobant yang menunjukkan demonstari masakan menggunakan Ksmis California, Chef Erich Anton Roos turut menunjukkan aksi hebat beliau dalam menyediakan hidangan manisan buat kami.



Sajian hebat air tangan Chef Erich Anton Roos pastinya tidak mengecewakan! Tiap hidangan manisannya membuatkan tetamu menikmati hidangan mereka hingga ke titisan terakhir.


Nah, aku kongsikan salah satu resipi yang dikongsikan oleh Chef Erich Anton Roos :

California Raisin Cinnamon Ice Cream

250gm
California Natural Raisins

500gm
Fresh Milk

500gm
Fresh Whipped Cream

125gm
Custard Sugar

60gm
Light Brown Sugar

4 pcs
Cinnamon Stick

8 pcs
Fresh Egg Yolk

1gm
Salt

2gm
Ground Nutmeg

1gm
Vanilla Essence


1.       Add to the milk and whipped cream the cinnamon stick, vanilla essence, ground nutmeg and cook to boil under low temperature.
2.       Meantime whip fresh egg yolk, brown sugar, custard sugar together until fluffy.
3.       Add hot fresh milk and fresh whipped cream to egg mix.
4.       Mix well for 3 minute or until the mixture is smooth.
5.       Let ice cream mix cool down over ice water.
6.       Let it rest overnight in fridge.
7.       Next morning make the Raisin ice cream.
8.       Add the California Natural Raisins at the end with a spatula under the ice cream.
9.        



Sedikit Mengenai Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC)

Buat pengetahuan, majlis ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pentadbiran Kismis atau Raisin Adminstrative Committee (RAC) iaitu sebuah organisasi tidak mencari untung yang dipacu oleh 47 penanam, pembungkus dan satu ahli awam. 

RAC diseliakan secara langsung oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) dan ditubuhkan pada 1949 hasil daripada Akta Perjanjian Pemasaran Pertanian 1937.

Ibu pejabat RAC terletak di Fresno, California. RAC mengumpul dan mengedarkan data penghantaran mingguan dan data bulanan, menerbitkan laporan tahunan perangkaan dan dasar industri, memasarkan secara aktif dan terus ke 18 negara asing, dan bekerjasama dengan Perkhidmatan Pemasaran Pertanian USDA.

Untuk maklumat lanjut dan resipi Kismis California, sila layari :

Website : www.calraisins.org
Website : www.caraisins.com
Facebook : RACAsean

Sempat bergambar bersama Chef Emmanuel Stroobant




Post a Comment

10 Comments

  1. Kita suka makan kismis hingga sekarang sebab dari kecik arwah Abah paksa makan kismis. Cuma sekarang dah moden, kismis pun boleh jadi menu hebat kann...tengok aje menu-menu tu, semuanya sedap sangat!

    ReplyDelete
  2. Fuyoooo mesti kismis ni terbaekkk dari ladang ni hehehe sebab tu chef antarabangsa pon guna. Mesti makin sedap rasa masakan ..

    ReplyDelete
  3. Kan dari kecil lagi dah diberitahu kebaikankismis..selalu nampak kismis dalam nasi minyak je..ni sekrg macam-macam jenis makan boleh buat

    ReplyDelete
  4. Sis pun suka makan kismis..tapi dh lama tak pekena. Selalu makan cam tu je, kekadang je masuk dlm makanan kalau perlu diletak kismis

    ReplyDelete
  5. Selalu kismis ni saya buat makan macam tu je. Tak pun buat campur dalma nasi hujan panas. Tak terfikir pulak untuk buat menu lain. Kagum aih

    ReplyDelete
  6. sedap nye nampak semua tu. jarang org guna kismis utk menu lain. selallunya dessert atau nasi. kismis ni dah kenal dr masa kecik lagi..

    ReplyDelete
  7. Wow kemain gempak menu yg dihasilkan chef antarabangsa. Biasa kita jumpa kismis dlm makanan biasanya bila makan nasi minyak kan?

    ReplyDelete
  8. Sis memang suka makan kismis dan bila nak buat kek buah harus guna California Raisins.

    ReplyDelete
  9. Kismis ni my favourite dengan anak i, sesuai buat snek bila dalam kereta or travelling! :)

    ReplyDelete