Untuk entry kali ini aku berbesar hati untuk berkongsi dengan korang tentang tips memilih minyak hitam untuk kenderaan korang! Oleh kerana tips ini agak berat bagi seorang perempuan jadi aku mengambil beberapa rujukan terlebih dahulu sebelum aku mula berkongsi cerita dengan korang.
Antara rujukan aku ialah http://hellolubricant.com/ yang memang pakar tentang hal ini. Hehe maklum la, untuk berkongsi suatu cerita, fakta adalah sangat penting ye! Dan paling penting mesti study dulu!!
Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
Secara jujur, aku sangat singkat pengetahuan tentang apa-apa yang berkaitan dengan kereta pulak-pulak tentang minyak hitam. Apa yang aku tahu, aku hantar kereta ke tempat pusat service kereta dan aku serah bulat-bulat pada mereka untuk service kereta.
Sebenarnya cara ni tak betul sebab sebagai tuan empunya kereta, kita kena tahu apa yang terbaik dan yang sesuai dengan jenis kenderaan/kereta yang kita bawa. Nah kat sini ada beberapa tips tentang minyak hitam yang aku pelajari :
1. Cari simbol pecahan yang menunjukkan bahawa minyak tersebut telah diuji dan
memenuhi standard American Petroleum Institute (API). Di samping itu, terdapat
2 penilaian pada bekas minyak enjin. Perkhidmatan Standard API – Samada
SL/SM/SN. ”SN” merupakan piawaian yang terbaru dalam standard API. (SN) ni
sebenarnya merujuk kepada sekumpulan ujian makmal enjin, termasuk siri terbaru
untuk kawalan deposit suhu tinggi.
2. Pilih kelikatan (ketebalan) yang sesuai untuk suhu kenderaan korang.(cek
manual book kereta korang).
Tapi sebenarnya tidak cukup dengan tu,banyak lagi info yang perlu kita tahu. Di
atas ni adalah label yang korang akan dapati di setiap bekas minyak enjin
bereputasi. Sebagai contoh : Donut API di sebelah kanan atas memberitahu korang
jika minyak memenuhi perkhidmatan standard semasa SN (C bagi enjin diesel). Ia
juga menunjukkan nombor SAE (Persatuan Jurutera Automotif) kelikatan
menunjukkan minyak tersebut telah lulus ujian Resource Conserving. Simbol
pecahan di sebelah kiri atas pula menunjukkan bahawa minyak tersebut telah
lulus ujian yang disenaraikan oleh API untuk enjin petroleum.
Penting ke minyak untuk enjin?
Tanpa minyak untuk melincirkan dan menyejukkan bahagian yang bergerak,
memastikan kebersihan dan membantu gerakan piston dalam silinder,enjin hanya
boleh beroperasi beberapa saat sahaja. So? Ye, minyak enjin adalah penting!!
Minyak adalah sangat penting & sudah tentu ramai yang inginkan kualiti
dengan harga yang murah.Jadi pilihlah minyak yang menepati piawaian & pilih
yang sesuai untuk cara pemanduan korang.
Viscosity
Kelikatan (rintangan bendalir mengalir) diukur pada suhu 0° F yang diwakili
oleh nombor sebelum "W" (Winter) dan pada suhu 212° F ,untuk nombor
selepas W (Ini adalah piawaian antarabangsa). Oleh itu, minyak 10W-30 mempunyai
kelikatan yang kurang apabila sejuk dan panas daripada 20W-50. Minyak enjin
menipis kerana ia panas dan pekat apabila ia menyejuk. Semakin tinggi nilai
nombor selepas W,minyak tersebut lebih tahan kelikatannya. Sebagai contoh
,10w40 adalah lebih baik dari10w30 & 20w50 lebih baik dari 15w40.
Pada takat akhir suhu rendah,
minyak perlu tahan dari menjadi terlalu likat supaya ia mengalir dengan lebih
mudah pada semua bahagian-bahagian yang bergerak di dalam enjin korang. Juga,
jika minyak terlalu likat,enjin memerlukan lebih banyak tenaga untuk menghidupkan
crankshaft, yang sebahagiannya tenggelam dalam takungan minyak. Ketebalan yang
berlebihan boleh membuatkan lebih sukar untuk memulakan enjin, yang
mengurangkan ekonomi bahan api. Minyak 5W biasanya apa yang disyorkan untuk
kegunaan musim sejuk. Walau bagaimanapun, minyak sintetik boleh diadun untuk
mengalir dengan lebih mudah apabila sejuk, jadi minyak synthetic boleh lulus
ujian yang memenuhi standard 0W.
Bila enjin beroperasi, minyak
menjadi panas. Nombor kedua dalam kedudukan kelikatan - sebagai contoh
"40" pada 10W-40 – menunjukkan bahawa minyak akan kekal likat pada
suhu yang tinggi berbanding dengan nombor yang lebih rendah,contoh -
"30" pada 10W-30. Apa yang benar-benar penting ialah korang
menggunakan kelikatan minyak yang disarankan didalam “manual owner book”
korang.
Kenapa Ada Terlalu Banyak Jenis Minyak di Pasaran?
Tengok rak kat
kedai-kedai auto/spare part dan korang akan melihat minyak yang dilabelkan
untuk semua jenis tujuan tertentu. Contohnya : Enjin berteknologi tinggi,
kereta baru, perbatuan yang lebih tinggi, SUV dan Heavy-duty/off-road. Korang
akan nampak pelbagai pilihan kelikatan. Jika korang baca manual book korang,
korang akan tahu apa yang pengeluar kereta korang sarankan untuk kenderaan yang
baru. Korang boleh melihat terdapat minyak dalam kelas Energy Conserving, yang
bermaksud minyak tersebut telah lulus ujian makmal. Dan yang terbaru dalam
piawaian ialah Resources Conserving. Klasifikasi ini tidak semestinya menjamin
penjimatan bahan api,tetapi pengeluar-pengeluar minyak terkemuka biasanya
mempunyai beberapa label khas untuk keluaran mereka sebagai kelebihan.
Ni beberapa jenis minyak :
Premium Conventional Oil :
Ini adalah standard minyak untuk kereta baru. Pengeluar kereta biasanya
menentukan minyak 5W-20 atau 5W-30, terutamanya untuk suhu yang lebih rendah,
dengan minyak 10W-30 sebagai pilihan, terutamanya untuk suhu ambien yang lebih
tinggi. Ketiga-tiga penilaian ini meliputi hampir setiap kenderaan ringan di
jalan raya. Yang lebih penting,tukar minyak dan penapis minyak dengan kerap.
5000KM / 4 bulan sekali adalah lebih baik. Paling minimum sebenarnya adalah dua
kali setahun. Terdapat sesetengah kereta baru sekarang mempunyai penunjuk
elektronik minyak. Jadi pastikan perubahannya tidak melebihi amaran.
Full Synthetic Oil :
Minyak yang dibuat untuk enjin berteknologi tinggi. Chevy atau Mercedes-Benz
menggunakan sintetik penuh. Jika minyak ini lulus ujian khas yang ketat,yang
ditunjukkan oleh perlabelan mereka (Rujuk pada laman API) bermakna mereka
mempunyai prestasi yang unggul & tahan lama dalam semua bidang kritikal
dari indeks kelikatan. Ia mempunyai aliran yang lebih baik pada suhu yang
rendah dan dapat mengekalkan daya pelinciran pada suhu yang tinggi. Tetapi
kenapa tidak semua orang menggunakan minyak ini? Jawapan : Minyak ini mahal dan
bukan menjadi keperluan bagi enjin mereka. Mungkin terdapat beberapa ciri yang
enjin kereta korang perlukan tetapi tidak ada pada minyak sintetik. Sekali
lagi,ikut la manual kereta korang.
Synthetic Blend Oil :
Ini minyak yang mempunyai dos minyak sintetik yang dicampurkan dengan minyak
organik, dan secara keseluruhannya dirumus untuk memberi perlindungan untuk
beban yang agak berat dan suhu yang tinggi. Secara amnya,minyak ini agak lambat
meruap,jadi kehilangan minyak dapat dikurangkan (menjadikan penjimatan bahan
api yang lebih efisen). Minyak ini popular di kalangan pengguna trak pickup /
SUV / MPV yang inginkan perlindungan kerana angkutan beban yang berat. Dalam
perbandingan harga juga,minyak ini jauh lebih murah dari fully synthetic &
hanya lebih beberapa ringgit dari minyak konvesional premium.
Higher Mileage Oil :
Kenderaan hari ini tahan lebih lama, dan jika korang menggunakan kereta pada
mileage yang sangat tinggi, korang ada satu lagi pilihan minyak yang dirumus
khas. Hampir 2/3 kenderaan sekarang mempunyai mileage yang melebihi 250,000 KM
pada odometer.
Jadi penyelidik minyak telah mengenal pasti bahawa ini menjadi
satu kepentingan kepada pelanggan & mengeluarkan minyak ramuan khas untuk
pengguna kenderaan high mileage. Apabila kereta korang telah agak berusia,
berkemungkinan korang akan nampak titisan minyak hitam dari kereta korang. Ini
menunjukkan korang perlu topup minyak enjin lebih dari kereta baru.
Crankshaft
seal mungkin dah keras, hilang fleksibiliti dan akan bocor (biasanya pada suhu
rendah) dan berisiko retak. Minyak High Mileage ini telah direka dengan formula
bahan perapi yang mengalir ke liang-liang bocor bagi mengembalikan bentuk dan
meningkatkan fleksibiliti. Minyak ini juga mungkin mempunyai dos bahan tambahan
antiwear yang lebih tinggi untuk memanjangkan hayat penggunaan.
Thanks Raymin Tech yang menjadi rujukan lain untuk aku menulis entry ini..(hehe..ucapan terima kasih ditengah2 entry sebab takut terlupa nak kredit beliau yang banyak membantu)
Hello SAE 5W-30 API SN PLATINUM SYNTHETIC Formulation Petrol Engine Oil Menjadi Pilihan Aku
Memandangkan kereta aku yang guna adalah sejenis kereta yang cc nya besar, maka Hello SAE 5W-30 API SN PLATINUM SYNTHETIC Formulation Petrol Engine Oil adalah pilihan yang paling tepat untuk kereta aku.
Kerana kelebihannya :
- Melindungi enjin dari menjadi haus (untuk memanjangkan hayat enjin)
- Meminimumkan enjin simpanan dan pelepasan enjin yang bersih untuk prestasi puncak
- Enjin mudah dihidupkan walau ketika cuaca sejuk
- Menjimatkan minyak
Secara jujur, memang terasa perjalanan lebih lancar, lebih pickup terutama ketika perjalanan jauh selepas aku menggunakan Hello SAE 5W-30 API SN PLATINUM SYNTHETIC Formulation Petrol Engine Oil.
Berikut sedikit keterangan tentang Hello SAE 5W-30 API SN PLATINUM SYNTHETIC Formulation Petrol Engine Oil :
CERTIFICATE OF ANALYSIS (COA): | ||||
PARAMETERS | METHOD | UNIT | SPECIFICATION | RESULT |
DENSITY@15˚C | ASTM D4052 | kg/l | REPORT | 0.8598 |
DENSITY@30˚C | ASTM D4052 | kg/l | REPORT | 0.8504 |
FLASH POINT (PMCC) | ASTM D93 | ˚C | MIN 190 | 220 |
COLOUR | ASTM D1500 | Lovibond | REPORT | 2.5 |
APPEARANCE | VISUAL | - | BRIGHT & CLEAR | BRIGHT & CLEAR |
KINEMATIC VISCOSITY@40˚C | ASTM D7042 | mm²/s | REPORT | 56.31 |
KINEMATIC VISCOSITY@100˚C | ASTM D7042 | mm²/s | 9.30 - 12.50 | 9.41 |
VISCOSITY INDEX | ASTM D2270 | - | MIN 135 | 150 |
TOTAL BASE NUMBER | ASTM D2896 | mg KOH/g | MIN 6.00 | 6.85 |
ZINC | ASTM D4951 | %wt | 0.0640 - 0.1040 | 0.0796 |
CALCIUM | ASTM D4951 | %wt | 0.1650 - 0.2050 | 0.169 |
PHOSPHORUS | ASTM D4951 | %wt | 0.0500 - 0.0800 | 0.0673 |
POUR POINT | ASTM D97 | ˚C | MAX -35 | -38 |
CCS@30˚C | ASTM D5293 | cP | MAX 6600 | 5966 |
QR Code Untuk Lebih Banyak Kelebihan Untuk Dinikmati
Untuk setiap botol minyak hitam keluaran Hello, terdapat QR scan code. Apa yang perlu korang buat ialah gores, scan dan ikut setiap langkah yang dipaparkan di telefon pintar korang! Seriously sangat mudah dan dalam masa yang sama korang berpeluang untuk mengumpul point dan nikmati pelbagai ganjaran!
Jadi, tunggu apa lagi? Jom la buat pilihan yang bijak untuk kenderaan korang sekarang! Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh la ke :
Laman web : http://hellolubricant.com/
Facebook : https://www.facebook.com/HelloLubricant/
Last but not least, jom saksikan video yang aku buat khas untuk korang
19 Comments
Woah! pertama kali dengar beli minyak hitam siap dengan point dan boleh tebus ganjaran pula lagi! berbaloi-baloi. kena share dengan famili dan kawan-kawan ni!
ReplyDeleteKan? Memang sangat berbaloi
DeleteMacam berbaloi je, siap ada members pulak ni. Thank you share, boleh try untuk kereta saya pulak nanti. dah nak tiba masa ni pun.
ReplyDeletetak pernh amik thu bab mnyk hitam ni..heheh. bgus jgk dpt point bile mmbeli kan
ReplyDeleteMemang betul selama ini kita tak pernah nak ambi tau hal minyak sbb bilantime servis selalu serah bulat bulat pada bengkel. Good info ni.
ReplyDeleteMemamg bab ni nad serah dekat suami..tapi kadang suami ajar juga..tapi tu la tak dapat tangkap juga..baca perkongsian kak min pun nad baca teliti masih blur..hahaa..tapi faham sikit-sikit. Nanti bgtau husband berkenaan minyak ni
ReplyDeleteThanks for the tips.
ReplyDeleteAmboi sekarang dah jadi Automotif blogger ker hehehehehe kita sampai sekarang tak tahu pasal minyak hitam ni cuma tahu pergi kedai dan minta mereka tukar lepas tu tanya harga berapa wakakakakaka. Sekarang ni baru kita tahu yer penting juga pemilihan minyak hitam ni hurmmm....
ReplyDeleteBila guna minyak enjin yang berkualiti mcm minyak dari Hello ni, memang terasa smooth je perjalanan kak.
ReplyDeleteThank you share pasal minyak hitam. Tahu yang fully dan tak fully syntgetic je. Hihi
ReplyDeletetengok bajet...
ReplyDeletekalau ok..boleh sahaja guna yang berkualiti
Kita pon guna minyak pelincir Hello nie utk kereta kelisa kita. Smooth je perjalanan. Best !!
ReplyDeleteSaya tak pernah amik tau pun pasai minyak hitam ni.. Semua laki buat.. Teruknya... Kena tnya husband balik pakai minyak hitam apa
ReplyDeletethanks share info ni. memang jarang ambik port pasal minyak hitam, selalunya husband yang uruskan
ReplyDeletenmpk menarik skali tp x ada minat haha. but thanks for the blog post, nnt i dpt forwardkn kpd teman i, let him learn a thing or two from sis! :)
ReplyDeleteBagusnya kak min, ambil tahu jugak hal berkenaan kereta. Kebiasaannya org perempuan ni tahu naik je kereta, bab minyak hitam semua ni memang failed. Termasuk emi la tu, hihi
ReplyDeleteInfo yang baik ni, mouse mommy pun tak arif sangat pasal bab minyak hitam, biasanya ikut je pandangan suami.
ReplyDeleteDah ada kereta sendiri ni slow- slow la kena belajar kan. mudah untuk masa depan. btw thanks atas perkongsian.
ReplyDeleteberapa ribu mileage ya boleh pegi?
ReplyDelete