Selamat Tahun Baru Guys! Apa Azam Korang? Aku?..Be A Better Me

by - Tuesday, December 31, 2019

Hari terakhir di tahun 2019. Seperti tahun-tahun yang sudah aku secara jujurnya tak adalah menyimpan banyak azam sebab saban hari selama berpuluh tahun ni impian aku satu je..semoga hari-hari mendatang akan lebih baik dari hari ini.



Dan ye, sebagai seorang muslim apa yang paling aku hajati ialah moga aku sentiasa berada dalam hidayahNya which is saban hari aku  minta untuk hidup dalam Iman dan mati juga dalam Iman. Maaf ini bukan poyo tapi as we know hati kita ni milikNya dan hati kita sentiasa akan berbolak balik. Kita saksikan sendiri bagaimana ada orang yang murtad saban hari, yang jauh dariNya tiap saat. Jadi, walaupun kita tak baik tapi tak salah jika kita minta untuk jadi orang yng baik..kan?

Jujur, hidup aku berubah 360 darjah sejak 10 tahun lepas. Macam-macam yang aku hadapi dan Alhamdulillah aku masih mampu bertahan hingga ke hari ini. For those yang selalu cakap struggle is real, yes..true indeed but bagaimana kita handle sesuatu masalah itu adalah bergantung pada diri kita sendiri.

2019 for me? Huh! Terus terang adalah tahun paling mencabar dalam hidup aku which is aku kehilangan kereta yang menyebabkan kehidupan aku berubah hampir 90% but still aku berdoa hingga kini moga ada hikmah yang manis sebalik kejadian.

Kenapa aku kata 2019 sangat tough? Hanya sebab hilang kereta? Tak..bukan itu aje, banyak sebenarnya yang aku alami dan yes aku masih macam orang yang korang kenal, yang kalau kita berjumpa aku masih akan ketawa mengilai cam orang giler, masih buat lawak-lawak yang mungkin kadang korang annoyed but that is me! Aku tak pandai nak tunjuk sisi sedih kehidupan aku sebab pada aku apa yang terjadi biar aku je yang tahu.


Jadi, untuk tahun 2020 yang akan menjelang esok..tak banyak yang aku harapkan memadailah menjadi tahun yang lebih baik untuk aku berbanding tahun-tahun yang berlalu. Aku cuma nak bahagia, nak kaya dan paling penting nak sihat sentiasa..hahaha..

Apa pun, jika korang sedang menghadapi kehilangan besar pada tahun 2019..moga 2020 akan memberi sinar baru dalam hidup korang (which is ini doa untuk aku juga). 2020 aku cuma nak yang terbaik dan be a better me!

Happy new year u olsss..


Artikel berkaitan

9 comments

  1. selamat tahun baru semoga tahun 2020 lebih menjanjikan kemanisan

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2020 kak min. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan semakin sukses

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maceh moka..happy new year jugak.. moga 2020 lebih bermakna buat kita semua

      Delete
  3. selamat tahun baharu 2020..

    moga tercapai azam dan istiqamah

    ReplyDelete
  4. Selamat Tahun Baru 2020 juga kepada semua. Semoga tahun 2020 ini lebih manis hendaknya.

    ReplyDelete