Outlet ke-5 Jalan Jalan Japan Mula dibuka Untuk Orang Ramai Bermula 28 Disember 2019 di KIP Mall Bangi

Ini ada berita gembira buat mereka yang sukakan barangan Pre-loved terutama dari Jepun. Jalan Jalan Japan (JJJ) bakala dibuka utuk orang ramai bermula 28hb Disember 2019 ini di KIP Mall Bangi.


Terletak di aras 2 di dalam bangunan KIP Mall Bangi, Jalan Jalan Japan telah membuka cawangan ke 5 yang luas dengan pelbagai pilihan keperluan termasuk barangan keperluan dapur, barangan keperluan bayi, pakaian, peralatan sukan hinggalah ke mainan.


Serba serbi lengkap dengan harga yang sangat berbaloi! Suka aku nak ingatkan di sini yang Jalan Jalan Japan menjual barangan pre-loved (bundle) yang berkualiti dengan kondisi barangan yang masih baik.



Nah..lihat je pakaian yang aku beli ni, masih kelihatan baru dengan kualiti pakaian yang tak dapat dinafikan. Untuk baju H&M ini aku beli pada harga RM20 manakala jeans berkualiti dari Jepun ini dibeli pada harga RM10 sahaja!



Seriously korang, memang rambang mata dibuatnya bila masuk ke Jalan Jalan Japan ni. Mana taknya, barangan yang berkualiti dengan kondisi masih baik malah ada antaranya masih kelihatan baru dijual pada harga yang sangat murah.

Malah korang boleh beli keperluan bayi seperti stroller juga di sini. Kelengkapan lain seperti pakain bayi, kasut bayi malah mainan dan patung juga boleh didapati di sini. Aku yang dah tua ni pun kemain teruja tengok patung-patung yang di jual di Jalan Jalan Japan ni..memang kelihatan baru wei!





Buat pengetahuan korang, Jalan Jalan Japan mula membuka cawangan pertama mereka di One City Mall, Subang dan atas sebab mendapat sambutan yang menggalakkan mereka kini mula mengembangkan sayap dan telah membuka cawangan ke-5 mereka di KIP Mall Bangi yang bakal beroperasi sepenuhnya pada 28hb Disember 2019 ni.

Cawangan lain Jalan Jalan Japan ialah :

  • Subang One City Mall
  • 1 Shamelin Mall
  • Centre Point Seremban
  • M3 Mall Taman Melati
  • KIP Mall Bangi
Jadi tunggu apa lagi? Jom la sebu cawangan baru mereka di KIP Mall Bangi pada 28hb Disember 2019 ni ye! Untuk maklumat lanjut korang boleh juga layari media sosial mereka :


Sempat bergambar dengan Pengurus JJJ yang berasal dari Jepun

Post a Comment

3 Comments

  1. Jalan Jalan Japan memang best... 3 cawangan pertama di atas dah pun LeYa singgah dan pergi. Cuma 2 yang baru takde rezeki ke sana..hehe..

    ReplyDelete