Meriahkan Cuti Sekolah Anak Anda Dengan Barbie & Hot Wheels di Lost World of Tambun

Wahh..tak lama dah nak cuti sekolah kan? Mesti anak-anak dah start merengek nak ajak mak bapak gi berjalan. Ha..jom aku kongsikan dengan orang mana tempat best yang korang boleh bawak anak-anak sepanjang cuti sekolah yang akan berlangsung tak lama lagi. Dan aku pasti anak-anak korang pasti akan kenang sampai bila-bila.

Barbie & Hot Wheels Kini di Lost World of Tambun

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba ni, Sunway Lost World of Tambun bakal membawakan Barbie dan Hot Wheels ke taman tema mereka bermula 23 November hingga 31 Disember 2019.


Barbie dengan tema 'You Can Be Anything' bakal memberikan keriangan maksima buat anak-anak. Bukan hanya keriangan, malah Barbie turut memberikan inspirasi untuk menggalakkan anak-anak untuk mencari potensi sebenar diri mereka!


Kali ini di Lost World of Tambun, pengunjung bakal dipersembahkan dengan tarian dan nyanyian dari Barbie, ruangan rumah impian kerjaya Barbie, ruangan seni dan almari Barbie dan turut berpeluang menikmati parti minum petang bersama Barbie! Seriously aku rasa bukan takat anak-anak yang teruja malah mak bapak pun turut sama teruja.



 "Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya, memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka dengan pelbagai pilihan. Lebih daripada 200 kerjaya, bertanding sebanyak  6 kali untuk presiden dan angkasawati pertama ke bulan sebelum Neil Amstrong, Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua peringkat umur." Kata Lisa McKnight, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Barbie.

Seriously korang, banyak giler aktiviti menarik di zone 'You Can Be Anything' ni. aku sendiri tak melepaskan peluang untuk sama turut melihat segala aktiviti yang ada kat sini dan turut sama-sama mengabadikan kenangan bergambar sebagai 'Barbie Muslimah' hahaha..


Hot Wheels Challenge Accepted

Untuk peminat-peminat Hot Wheels pula, korang pasti teruja dengan pelbagai aktiviti yang disediakan di sini. Yang pasti anak-anak korang boleh berlumba di trek yang disediakan tiap hari dan berpeluang untuk mendapatkan hadiah premium dari Hot Wheels.




Buat pengetahuan, bersempena dengan sambutan ulang tahun Hot Wheels yang ke 50 tahun, satu Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama telah diadakan pada tahun 2018 dan telah menerima kunjungan lebih 3,600 buah kereta serta 65,000 orang peminat tidak kira usia dari seluruh pelusuk dunia.

"Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka." kata Ricardo Briceno, Pengarah kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel


Harga Berbaloi Untuk di Kunjungi

Serious la wei korang, harga sangat berbaloi kot untuk korang datang bawa anak-anak ke sini sebab para pengunjung akan dapat akses ke acara eksklusif ini dengan harga RM77 (untuk pemegang MyKad) dan berpeluang mendapat barangan premium percuma untuk pembelian 3 tiket dan ke atas  bagi setiap transaksi dan ianya hanya terhad kepada 4,000 unit sahaja tau!



Untuk keterangan lanjut korang boleh la layari :


Post a Comment

16 Comments

  1. Saya nak patung Barbie yang berhijab tu ada jual tak kat market hehehehe comel wakakakaka..

    ReplyDelete
  2. kalo dekat blh bwk ank dtg sni.. huhu

    ReplyDelete
  3. bestnya ada tempat yang comei comei macam ni. kalau kat kb ni takde hiburan mcm gini.

    ReplyDelete
  4. barbie.. dulu masa kecik2 ada jugak main barbie ni. 😂

    ReplyDelete
  5. alahai comelnya. dulu masa kecik memang main barbie. sampaikan ada semua aksesori dia. budak2 girl mesti suka aktiviti mcm ni..ala2 princess gitu

    ReplyDelete
  6. barbie pun collab dengan hot wheels yee menarik ni hahaha

    ReplyDelete
  7. Wah menariknya. Bagus bila gabungkan barbie dgn hot wheels ni. Girl suka barbie, boy suka hit wheels.

    ReplyDelete
  8. Memang menarik ni bawak Anak-anak berseronok kat sini cuti sekolah nanti. Tapi rasanya mak dia yang over excited nanti. Masa kecik suka main barbie. HAhaaa

    ReplyDelete
  9. Memang terbaiklah! Saya memang suka hotwheels haha. Barbie tu saya suka yg real live version hehe.

    ReplyDelete
  10. alololo... omeynya patung barbie yang berhijab tu. awat duk dalam kotak je? limited edition ekk.. hehe.. BTW best la aktiviti ni. bukan setakat budak, mak budak pun excited..

    ReplyDelete
  11. Ni kalau sis ajak aeysha ni sure dia tak nak ni..maklumlah..kekonon dah anak dara so malu le..hehehe

    ReplyDelete
  12. Bestkan aktiviti yang disediakan. Semuanya menarik. Anak-anak kita siap ajak pergi lagi ke sini

    ReplyDelete
  13. seronoknya dapat pergi tambun tambah lagi bila ada tema macam ni. memang seronok sangat lah nak bergambar and mandi manda.

    ReplyDelete
  14. Hot wheels tu kegemaran budak lelaki.. harraz mesti suka.. barbie doll tu pun comeyyy.. yang tu mamanya suka.. eh.. hahaha.. penyanyi pun dah macam barbie kan..

    ReplyDelete
  15. Anak perempuan saya suka la Barbie Barbie ni. Memang attraction yang bagus untuk anak-anak. Cuti ni boleh la ibu bapa bawa anak2 ke sini.

    ReplyDelete
  16. Happy 60th Anniversary Barbie! Must be a fun celebration in this school holidays!

    ReplyDelete